Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Friday, 23 April 2010

jalan-jalan Singapore ^_^

kali ini aku coretkan perjalanan satu hari ke negara yang terkenal dengan duyung berkepala singa-mana lagi kalau bukan SINGAPORE!!!


perkara paling penting...
kalau takde menda ni baik lupakan saja.


transport:
pada mulanya aku nak bawak kereta tapi ramai yang kata baik naik bas saja.lagi pun tambang cuma RM2.50 dari Larkin Sentral ke Queen street, singapore.tempat ni jalan kaki saja korang sudah sampai ke stesen MRT Bugis. sistem tren kat sana sebijik macam LRT, so aku rasa memang xde masalah. cuma yang lainnya, tiket dia harga lebih $1 dari harga asal. setelah kita tamatkan perjalanan, kita boleh deposit balik duit tu dengan pakai mesin. ini nak memastikan kita hantar kad tu, bukan macam LRT yang terus telan kad tu bila kita kuar stesen, kan.dan sebenarnya, jarak antara stesen2 macam city hall, bugis, esplanade dan kawasan sekitarnya hanyalah walking distance saja.boleh jalan la... cuma panas sikit je(sikit???)


dari larkin ke queen street 9.30 pagi-RM2.50 naik SJE singapore-johor express.


banyak lagi bas lain, ni aku main hentam saja.walaupun bas buruk tapi aircond dia memang sejuk.xde masalah.aku tengok agak ramai jugak orang naik causeway link dan bas-bas yang sewaktu dengannya.


sampai kat 1st imegresen johor.mantap! bila bas stop, kita turun (ikut orang la) then pegi scan passport. tapi orang agak berlari2 sebab nak kejar bas.bas pulak akan tunggu kita kat area bas menunggu he..kalau kena tinggal pun xpe, korang bleh naik bas seterusnya, provided jangan buangla tiket tuh! kang kena bayar lagi.


then sambung lagi...imegresen woodlands.yang ni macam celaka sikit.mula2, kena isi kad putih,biasalah nak masuk negara orang.ada je dia sediakan kat tepi2 tu,pandai2lah cari.aku pun mula2 tak isi tapi tengok sume org isi, kalut aku pegi cari,nasib baik ada.sambil isi tu sambil beratur.ni yang agak makan masa.tak macam malaysia, kat sini manual punya.nak kena cop,nak kena interview sikit.oleh sebab aku 1st visit to singapore, siap mintak IC lagi.ceh.. nasib baik abang tu hensem.


natijahnya, kena tinggal bas la.tapi rileks..tunggu tak sampai 5 minit bas datang. pandai2 la korang menyelit.aku ngan encik faiz siap potong barisan tapi dah xde org sound,jalanlah. terima kasih ya kerana tidak meng'sound' kami.kalau kat malaysia, dah lama kena maki.hehehe


sekali lagi dengan menggunakan kaedah tengok dan ikut orang, kami berjaya berjalan sampai ke stesen MRT Bugis. kat sini dah gaya macam expert.jalan2 di esplanade..dia adalah art centre,ada duri-duri!!!!

dari stesen MRT Bugis ke City hall cuma $1 sahaja.

then jalan-jalan kat Suntecn mall. yang bestnya ada 4 mall yang bersambung-sambung. laluannya kat bawah tanah. kedai tak payah cakap memang banyak gila.tapi aku kan classic orangnya...tak sampai setengah jam dah bosan tengok kedai. apa lagi, cari jalan keluar dan tengok pemandangan kat luar.biarpun panas.. tapi puas hati.

oh lupa plak nak cakap yang kat dalam mall ini ada fountain of wealth.tempat orang-orang baling syiling buat hajat. macam kat LONDON! teringat kenangan silam ngan encik faiz kat sana.tapi yang lainnya kat sana UK ada anak2 mat salih yang cumil duk mengutip duit yang orang baling tu.hahha comel gila.nasib air tak dalam.

jalan-punya jalan jumpa the merlion. tempat duyung berkepala singa tu lah.gambar takleh nak upload sebab xde kat tangan aku sekarang. kalau pasal makanan, ada je kedai halal kat area city hall tu.souvinir pun murah kat situ.macam ala2 kawasan masjid jamek la. masjid pun ada, cuma kena pandai tanya orang.aku semayang kat satu masjid je, kat area city hall tu.makan pun kat citu, beli souvinir pon kat situ.

dipendekkan cerita, aku nak balik dah. cuma cam celaka sikit tambang SJE dan $2.50 bukan RM2.50.agaknya sebab tu la kot tak ramai sangat orang naik SJE ni.dan balik pun kena lalu 2 imegresen gak. tapi sanat puas hati la berjalan kat sana.but sebelum berjalan baik catatkan tempat2 yang korang nak melawat. i mean buat preparation la. kang nanti susah plak nak kena tanya orang.heheh GOOD LUCK!

Tuesday, 20 April 2010

end.

sekejam-kejam korang, aku tetap sayang korang semua. thanks all ^_^



kesian member aku kena dajal ngan budak-budak ni!


antara budak-budak terejal..hehe







yang ni ganas tahap maksima. once dah ajar kelas ni rasa nak berenti jadi cikgu.hehe

Thursday, 15 April 2010

tak macam dulu

pada pandangan aku, students zaman sekarang bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkn dgn zaman kta dulu. seingat aku, cikgu adalah antara orang yang paling kita hormat.tak kirelah perangai kita buruk macam mana pun, depan cikgu automatik jadi baik.

baik kat sini bermaksud, kalau tengah kunyah chewing gum kita sanggup telan. kalau yang rasa-rasa diri nampak selekeh kita cepat-cepat betulkan kasi nampak smart. kalau rasa tak yakin cepat-cepat kita menikus pusing buat-buat cari kawan. lain sungguh dengan zaman sekarang !!

dalam kelas, students nampak kita bukannya reti nak bagi salam.masuk kelas kalau tak suruh bangun memang haramla. aku bukan tak nak menyokong 1 malaysia, tapi anak kapir esp orang cina ni memangla terlalu kurang ajar pada pendapat aku.

kurang ajar dalam konteks aku adalah asal tengok muka melayu tulen macam aku ni dah start buat muka takleh blah. ingat muka dia cantik sangat! kalau aku cakap "awak tak nampak ke saya kat depan ni? " dia kata "nampak satu amoi laa ". ada ke cakap dengan cikgu macam tu? sebagai penyedap rasa dia boleh plak cakap dalam bahasa haram jadah dia, pastu gelak-gelak kan cikgu. memang tahap celaka la. aku bukannya jahat sangat. tapi kalau dah dapat orang macam ni, kita pun akan jadi kurang ajar jugak .

adalah nanti yang makan maki aku. tu pun sempat lagi buat muka taik. memang celaka betul. aku tak fahamla kenapa students still tak boleh nak terima orang bukan sebangsa dengan dia jadi cikgu dia! kesian member aku, nak backing aku punya pasal, biru tangan dia pukul meja.terketar-ketar tangan dia nak lempang budak. to my fren IDA, thanks a lot...kesimpulannya budak-budak cina kat sekolah aku memang naik lemak sebab cikgu-cikgu yang cina gak selalu back up. sori but no thanks, aku takde mood nak mengajar orang yang kurang ajar dan tak makan diajar!!!