Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, 27 February 2011

cinta

cinta...
membuat kita bahagia dan merana dalam masa yang sama.
membuat kita selalu mengalah dalam banyak hal.
selalu buat kita menangis sendirian.
sukar dilafaz dengan kata-kata.
sering buat kita jadi selfish.

cinta...
sering buat kita tertunggu-tunggu.
sering buat kita ternanti-nanti.
kebahagiaan dalam penyeksaan..

Sunday, 20 February 2011

perancangan kita..

sekarang rasa sangat gembira.teruja.mana taknya, my fiancee tiba2 ajak kawen bulan 6.perancangannya kitorang nak kawen bulan 11 or bulan 12. fikir punya fikir rasanya eloklah buat lepas raya je, bulan 9. banyak masa sikit untuk plan.oh i feel so happy... katanya nak bincang dengan parents dulu. tengoklah..jadi ke tak. i will update the news.hope it will b a happy one.

kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama..

hehehe

Thursday, 10 February 2011

aku


kenapa aku?
kenapa kebahagian lain yang dicari..nikmat lain yang diberi?
adakah aku ni seorang hamba yang tidak pandai bersyukur?
Allah tak sayang aku ke?
aku ni dah jadi orang jahat ke?

sebagai manusia tak seorang pun dari kita ni akan terlepas dari dugaan.seringkali dikuasai nafsu, aku selalu lemas dan tewas. kadang kala aku ni cepat berputus asa.aku tau segala dugaan, kesusahan dan segala sakit hati yang aku terima selama ni adalah pembalasan.kifarat dosa yang telah aku buat.nafsu lawwamah yang suka menyesal apabila membuat kesalahan.suka mengeji diri namun tak pernah betul2 berusaha untuk bertaubat.

aku berjanji dengan diri aku...aku nak jadi orang terbaik.dah nak kawin pun..kalau perangai aku tak elok, macam mana aku nak jadi isteri yang baik,ibu yang baik.

kalau tak kuat iman, bila ditimpa masalah mesti akan bertindak mengguna hati.bukan guna fikiran.semoga aku tak jadi orang macam tu..

Monday, 7 February 2011

masalah dunia


sejak cuti Chinese New Year ni,setiap kali bukak facebook je,mesti ada orang update engagement.dah musim agaknya! selain musim batuk demam, sekarang jugak musim orang ikat mengikat.heheheh

rasa membuak-buak nak kawen.bulan 6 ni tak tahulah macam mana perasaannya.duk tengok orang menikah je.tiap kali orang tanya bila nak kawin...mesti tergagap-gagap nak jawab akhir tahun.dalam hati tuhan je yang tahu.ntah jadi ke tak akhir tahun ni.jawab akhir tahun pun orang dah buat muka.

lamanya.. kenapa tak bulan 6..

oh..lambat lagi...


oh ya allah..tolonglah hambamu ni.bukankah bila kita sudah berniat sesuatu yang baik, sudah tentu Allah akan permudahkan?

aku bukannya apa..rasanya sejak bertunang ni,makin kerap pulak kami jumpa.makin banyak godaan.makin rasa ingin disayangi dan menyayangi.kalaulah sudah ada ikatan,tak apalah...

dari segi kewangan memang kami bermasalah.masalah besar! macammanalah orang yang dah keje lebih dari 6 bulan tak dapat nak simpan sikit pun.padahal dah tahu, duit tu amat perlu untuk kawin.kadang-kadang buat aku rasa yang mungkin Allah tak bagi kami ni settle down lagi...

ada je masalah yang memerlukan duit.nak mintak dengan mak bapak..not an option!

lumut

lumut tu ada apa?
kampung ke bandar?
bukan ke lumut tu dekat dengan pantai ke?
boleh mandi laut tak?
kalo ikut tom tom sesat tak?
tiba-tiba risau takut xsempat sampai pukul 9 pagi.
tak rasa letih ke drive dari kl stret pegi lumut?
kat sana ramai cina ke india?

Wednesday, 2 February 2011

musim demam batuk selesema


rasanya musim cuti raya cina ni ramai gila orang demam.aku pon termasuk salah sorangnya.startla rasa serabut.buat tu tak kena buat ini pon tak kena...

wish that i can get well soon.nak balik sabak lagi minggu depan.haishhhh