Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 26 September 2013

Perkembangan bayi 14 bulan

ehem.. tajuknya macam xsesuai.

14 bulan kira bayi lagi ke. xpela, mat salleh panggil toddler ok

alhamdulillah pejam celik tak sedar sudah 14 bulan Ali mghirup udara dunia ini.

Rasa best sangat sebab bila dah besar ni Ali sangat jarang nangis. dah rasa macam satu geng plak.

Paling best,dia dah bleh faham arahan tertentu,macam kita tunjuk benda,dia bleh tengok.suruh ambil,dia pg ambil.kalau tanya siapa ali darwish pun,dia akan angkat tangan.

Paling suka dia suka belek buku.tentunya gambar binatang.kire sampai berair mulut lah dia tengok gambar tu. cuti sekolah ni nak bawak g zoo negara.hope tak panas mcm sekarang.nant terdemam plak.

dah pandai tunjuk makanan y dia nak,nasib tak nangis kalo xbagi.

kalau tengok kita smbahyang,dia pon sama sibuk.berdiri angkat tangan then bunyila sikit allah,pastu mengarutlah tarik kain dan sebagainya.

oklah nant sambung.. weekend ni nak g ikea.hoyeahhh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 22 September 2013

deco dengan IKEA




Rumah yang baru ni sebenarnya masih kosong.

Banyak lagi yang kena buat. almaklumlah cat dalam bilik pon xsettle lagi. cat sndiri memang lambat siap sbb buat pun ikut mood.Kotak putih  FORHOJA tu beli di IKEA, RM69. Pasangnya sangat senang cuma nak gantung kat dinding agak complicated sket.

Dalam banyak-banyak barang, aku paling suka carpet tuh. Dari IKEA jugak, ceria sungguh. Harga kalau tak salah RM169.
sofa xbeli lagi. so merempat kat lantailah jawabnya.

minggu ni nak siapkan dapur sket. macam blur nak mula dari mana

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 19 September 2013

Rak kasut ikea



Tak tahulah kenapa berkenan dengan yang ini.
Padahal dah cop nak beli yang kayu.
Sekali pikir, kalau beli yang macam ni boleh la gantung ikut suka hati sebab dia asing-asing.
fikir punya fikir,camnilah hasilnya.
masa nak ambik kat store bawah tu,tinggal 2 je lagi.
licin kau..
Ada 2 warna, putih dan hijau.
Hijau banyak je lagi.al maklumlah susah nak matching ngan rumah kan.

memang naik seri letak pokok tu. love them all