Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Friday, 26 August 2011

Aku nak nangis sebenarnya

Tapi aku tak boleh nak luahkannya. Aku nak marah sapa? Sorang adik aku,
Sorang lagi adik angkat aku. Akhirnya aku buat keputusan utk marah orang
Yang aku tak kenal. Pastu aku membebel kat tunang aku.dan dia pun marah aku.

Aku tahu dia mengharapkan perempuan yang lembut. Aku dah cuba, bukan tak cuba.
Malam ni aku dah masuk ke berapa puluh kali dia cakap aku kuat bebel.

Saya nk nangis la sayang... Tapi tak boleh. Awakla tempat saya melepas perasaan.
Tak bolehke awak dengar je. I just need someone who listens, not someone who tries to solve.


Dan tadi dia letak telefon in the middle of our conversation. Thank you sayang.
Good nite

Wednesday, 24 August 2011

Buffet Ramadhan D'Muara Hj Dorani



Semalam aku dengan kawan-kawan telah iftar di buffet Ramadhan kat Restoran D'Muara Haji Dorani.
Malas nak cakap apa tapi memang heaven. Seorang dewasa harga buffet nya RM25.90.
Amat bertuah sebab Kak Nadia dengan murah hatinya nak belanja semua orang sebanyak RM6. So, seorang cuma bayar RM20. Thanks Kak Nadia!!

Makanan banyak. Ada dekat 60 jenis masakan. Suasana sangat damai.nampak laut gitu siap ada banyak kapal (err menarik ke)
Kan best kalau ada western.Hehe konfirm tak pandang makanan lain la kan.
Air pulak 2 3 jenis kitorang ambil. Ops lupa pula nak bagitahu kitorang pergi seramai 8 orang.Dah habis makan ada pulak aiskrim.

Farhana sibuk-sibuk nak makan rojak mee pulak pas abiskan semeja seafood! It's a big NO!!
aku dah tak larat nak sumbat pape lagi.Surau pon ada,jangan risau.Kalau nak makan lama, bolehla jamah pape dulu then stret g semayang then belasahla puas2.hihii

Sayangnya tak dapat Orang Kuat saya..Miss him

xoxo

Monday, 22 August 2011

Inspired

I easily get inspired by those who wrote beautiful things in their blog. today i read a doc's blog. pretty hard life i guessed.i feel so inferior with her.yeah..hectic life, no time to think about herself, always think about others, had no great time with friends, lots of stuff to be done, no leaves and etc etc.

But me,very little things to do yet i keep babbling how exhausted i am, how i hate the system that made you to do everything according to rules, psycho colleagues, haunted school and don't forget to mention my miserable students.yes they suck!!!

So starting from today i wont keep announcing how i hate being a teacher. To my students, im so sorry, i will learn more and i'll make you become someone, who can be depended on.anyway, i got this little cute teddy bear from my student, Qamarul today. (even my fiancee dont give me any ^_^) im so touced! tq so much!!

COUNTDOWN...


11 DAYS 01 HOUR 12 MIN 50 SEC

Wednesday, 17 August 2011

Perlu kah?

lagi 15 hari lagi aku nak kahwin. satu benda yang aku perasan adalah orang keliling aku dah start bagi hint hint yang agak berbau lucah sebab aku nak kawen ni.

nak jumpa benda sedap tu...

sakit tu.tak takut ke?

yang mula2 je berdebar.yang ke 2 ke 3 dah tak rasa dah!

nanti balik raya ni tambah ahli keluarga la ek (ok! yang ni tak berapa lucah)

bakal suami mu kening lebat ek. ganas tuuu!!


perlu ke? aku dah malu dah orang asyik sakat pasal menda2 cmni.buat buat tak malu je la.layan je diorang nak usik apa.DAMN
aku baru je nak berlagak jadi wanita ayu, dah diorang duk usik aku boleh naik hantu jadinya.
biarlah aku rasa sendirik..sibuk je nak bagitau macam mana rasalah..
apa kena buatlah, ish ish..

sumpah nanti aku bagi balik

dah set nak terawih kat masjid wilayah
cam gampang lupa plak bawak kain semayang

eh..kat surau Proton ada banyak pasang la kain semayang

pandang kanan @_@

pandang kiri ^_^

SUMPAH! nanti aku pulangkan balik!

Tuesday, 16 August 2011

ops

Bila aku baca balik blog ni, aku perasan yang aku selalu menyatakan ketidakpuasan hati pasal tunang aku.(yepp mostly about him)
takkan la tak ada perkara baik pada dia?
ADA..
sangat ada, sebab tu aku sayang dia.
tapi rahsia la ek..hahahahha

Love...
is a temporary insanity
curable by marriage

dah fikir pasal raya haji


Tadi cik tunang survey pasal tiket flight nak balik raya haji.
hahaha padahal tak kawen lagi, sibuk je plan nak balik sekali.
dah survey AirAsia dapatla RM386 untuk dua orang.

Tapi dia tak book terus.gedik nak g tengok-tengok MAs n Firefly whatsoever..
bila nak book je terus harga dia jump from RM386 to RM 500++.
so dengan frustnya aku cakap tak payahla..mahal!
walaupun dalam hati rasa nak mencarut jugakla..sebab my tunang ni memang suka lambat,
tak kirela dalam apa hal sekalipun
tadi aku diam je la.dah puasa kan.malas nak sound dia.
alaa.. paling bagus dia mintak maaf.next time sama jugak. dah namanya orang laki.
lain kali malas la nak depend on dia.selalunya aku jugak yang kna settlekan apa2.

Redha jela..MAAA kakak nak balik raya!

Sunday, 14 August 2011

chop n steak selayang

makanan - marvellous. bukan nak tipu tapi sekali dah makan sini, memang aku tak cari tempat lain bila nak makan western.aku suka fish n chip, faiz pulak suka chicken sizzling.yum yum

tempat - so romantic, they got gazebo.siap boleh bersila lagi

service - tip top.ceritanya aku sampai lewat dan tempat sume dah full sebab sume orang dah reserved untuk buka puasa.dengan bantuan seorang jejaka hensem akhirnya dapat port yang bagus.tq sbb angkat meja ngan kerusi utk akak ya..whoever u are!
tempat ni dekat dengan Selayang Mall.dekat traffic lite.tersembunyi dsebalik pokok pagar.hahahha

Sunday, 7 August 2011

tak sempat mukaddimah

Masalah yang sama!! Masalah yang sama!!!
aku dah tak tahu kat sapa nak mengadu.bulan puasa macam ni lagila menaikkan darah aku.aku dah cuba tak marah, aku dah cuba sabar
apa susah sangat ke nak pay aattention kat talifon?

itulah tunang aku.ok.. last week aku ada menyatakan ketidakpuasan hati bila dia susah sangat nak reply mesej.tapi apa yang aku dapat???.BOLAYAN!!!!!
dia tak layan je.munGkin lelaki memang suka menggunakan pedekatan biar sejuk dulu baru bincang balik tapi bagi aku tu sume adalah bull shit.aku rasa mcm org bodoh tunggu je respon dari dia dan dia pulak macam senyap je tak nak ckp pape.kalo ckap pon mesti end up dengan gaduh n aku tidur dengan linangan air mata.

harini lagi bengang.apa jenis orang yang silent hanphone tapi tak vibrate? bukan harini je, dah banyak kali.tiap kali aku telefon mesti tak angkat.baik buang je laut je telefon tu.sekali lagi bullshit.aku rasa sedih sangat.knapa kami hanya aman bila bertentang mata saja.knapa bila aku dah balik sabak utk keje dia jadi tak hiraukan aku?

kadang kadang terfikir gak, aku ke yang terhegeh hegeh nak perhatian.aku je ke manusia kat dunia ni yang bengang bila tunang dia tak reply mesej.aku tiap seminit sekali tengok phone kot2 ada Msj..

tapela biar aku luah perasaan kat cini. kalau aku bagitau dia pun end up nanti aku jugak yang sakit hati.rasa mcm tak ikhlas plak sbb aku selalu cakap aku sayang dia tapi kadang2 aku terfikir kalau aku terima orang lain adakah orang itu akan layan aku macam sekarang?????

tepek muka


baru je abis buat facial kat rumah.satu word saja yang boleh
describe----> BEST!!!!
facial ni awek kepada sepupu aku yang buat.katanya nak mulakan bisnes kecil kecilan dari rumah ke rumah.harga promosi untuk sedara mara heheh RM20 SAJA!!!!
agak menarik sebab dia guna produk NOuvelle Visages.(err betul ke aku eja ni)

masa urut-urut sangat best.masker sangat sejuk.tapi ada satu part yang aku tak tahan, part picit keluar blackheads.OMG, aku kan baru sekali je pernah pergi buat facial.ni kira kali ke dua je.sangat tak tahan.semoga dosa dosa aku terampun sebab menahan kesakitan tadi.hehheh amin

nanti masa nak balik kelantan cuti sekolah nak buat sekali lagi.hehehe nak kahwin kan!GEDIKSSS

xoxo

Saturday, 6 August 2011

rasa nak muntah

sangat sangat rasa nak muntah bila tengok orang yang tengah dilamun bercinta bergedik-gedik kat facebook.

love u sayang..

cant live without tou sayang

awak ni comelllllll sangat


YES, What the hell!tak tambah lagi gambar aksi-aksi romaktik yang memang buat aku rasa nak tercekik.eee pleasela! tak payahla nak tunjuk kat orang.GET A ROOM
tak pasal-pasal hilang respek orang kat awak.saya pun bercinta jugak tapi takdela expose terlebih-lebih macam awak.

p/s: adakah ini kata-kata orang yang cemburu :P

penyakit kejadahnya ni?

tak nak makan!

ayah cakap...

rasa jeles ngan faiz.
kenapa?
sebab dia dah puasa 6 hari tapi aku tak dapat peluang lagi puasa..
sebab dia 6 hari pergi terawih dan bertadarus, aku pulak duduk rumah je.

tadi dia bawak aku pergi nilai3 utk cari barang-barang nak kahwin.dia cerita ayah dia tanya

" nak pergi berdua je? "

" bulan puasa macam ni? "

" nak balik pukul berapa? "


oh malunya..tak tahulah apa yang ayah dia fikir pasal bakal menantu dia ni.ayah..sori sebab culik anak ayah.saya bukan sengaja! tapi saya memang tak tahu nak bergerak kat KL ni kalau bukan dia drivernya ^_^

nampaknya aku dah beri imej negatif. SEGAN!

Tuesday, 2 August 2011

Monday, 1 August 2011

kenangan


tempat menumpang kasih

baru je semalam beriltizam nak mulakan hari baru, hari ni dah bangun lambat.grrr
come on aisyah..you can do it!
oklah, walaupun bangun agak lambat tapi harini aku dah sedaya upaya masuk kelas sharp on time.hihihi mengajar sedaya yang mungkin and bagi kerja sekolah yang banyak..mampus budak menci dapat keje sekolah time puasa macam ni.

dan tepat pukul 9.46 ni aku dah fikir-fikir mau bukak puasa dengan apa.oh ya..tahniah buat kawan terulung di Leeds dulu, Syaza kerana bakal jadi bini orang pada 3hb september ni.what a bless, aku pernah doa kitorang dapat kahwin hari yang sama and finally dapat!

walaupun tak dapat pergi rasanya memang meriah la dia kahwin.maklumlah kat uk dulu sangat mak dat gitu.tahniah syaz..sangat rindu time duduk Leeds dulu dengan yat, syaz dan juga bet.walau ada gaduh2 tapi kenangan bersama korang takkan dilupakan.time puasa macam ni lagi la rindu.kadang2 buka puasa di Grand Mosque, di Green room dan yang paling selalu adalah di dapur rumah kita.hehehe a small yet so comfortable house.miss blue jugak!

sekarang bezanya, aku boleh berbuka kat masjid parit baru.sangat bagus untuk jimatkan duit.^_^