Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, 31 May 2009

hari ini 12-aku sibuk

satu demi satu aku belek.dari muka surat satu sampai dua puluh lima.tak puas hati aku belek lagi dari muka sepuluh.hari ini aku sibuk.aku tak ambil port cerita kak hajar beranak,aku tak ambil port berita pasal manohara kena dera dengan raja kelantan dan dah lari balik jakarta,aku tak ambil port bas yang bet naik ke london langgar orang.aku tak peduli semua itu.yang penting aku kena cari sesuatu dalam beratus-ratus helai kertas ini.sebenarnya dah lama aku cuba cari,cuma kali ini tak kena gaya je,macam tak ngam.selalunya cepat je aku jumpa.

tiba tiba rasa baran! rasa nak marah orang! rasa macam nak menyumpah.nasib baik merry ada kat bawah maka aku kena bersopan.kalau tidak dah lama aku bertempik maki semua orang yang ada disepanjang laluan aku nak ke dapur.aku bukak paip isi air dalam gelas.aku tak tuang banyak pun,lebih sikit saja dari separuh.aku minum seteguk.seteguk lagi.dan aku tiba-tiba rasa sejuk.baran aku dah hilang marah aku dah hilang.dengan riang aku berlari-lari anak naik semula ke bilik aku.

sumpah aku dah cuba nak baca buku.bukan aku tak cuba tapi otak aku ini kejap-kejap teringat dekat nikon d60,kejap-kejap teringat dekat telefon w980i.aku pandang keluar tingkap nampak langit merah menandakan waktu untuk tengok melodi,tengok nona dan mungkin masa untuk makan supper.gila otak aku tak nak fokus,aku nak buat camne lagi.sekali lagi aku cuba.tambah-tambah lagi tadi berpeluh habis angkat katil bawak masuk bilik yat untuk mak syaza,manalah aku ada daya nak belajar lagi.tapi demi pertahankan maruah aku daripada pandangan serong orang kampung aku sambung balik belek kertas ini.dan di balik kesamaran aku tersenyum.dah jumpa!!!

oh...syimal tu kiri.aku jadi puas hati.mungkin esok aku dapat seratus ujian arab.

p/s:tahniah utk k.hajar.gua exam arab esok.buku bila cinta bertasbih ni gua baca pas abis exam!

Saturday, 30 May 2009

hari ini 11-sambungan aku dapat hadiah

sambungan dari entry aku yang lepas.amacam solid tak hadiah aku?
mungkin lepas turun kapal sampai malaysia nanti aku terus menapak ke rumah tok guru jadi anak murid paling solehah..



p/s:banyak pesanan hari ini

1-terima kasih kak fariha.saya sebagai mentee minta maaf tak dapat join makan charcoas tengah hari tadi.love u muah muah(bodek!!!)

2-kacip aku (nama terpaksa dirahsiakan)kata istihadhah kena mandi wajib setiap kali nak sembahyang.astargfirullah..aku macam terkesima!!!kak aiza sila ambil perhatian.

3-aku pun sudah gila britain's got talent.go go diversity.ada orang tahu bila result finale?2 orang dalam rumah ni sudah 5 jam tunggu result tapi tak ada apa2 lagi.

4-lusa ada final arab lagi.gila aku tak berdebar lansung!!!

5-perasan tak aku sudah tidak fokus belajar kerana sudah tulis 2 entry sekali dalam satu hari.

Friday, 29 May 2009

kisah budak solehah dan aku dapat hadiah

"ini yang buat aku naik darah ni.time orang nak guna buku la,dia nak hold."gila apa pagi pagi buta lagi kacip aku sudah mula membebel.aku tengok muka dia sikit lagi nak sama dengan susan boyle masa makcik tu tengah bagi double fuck kat paparatzi.

"habis tu ko nak pulang ke tak ni.mahal tu bai,sehari 40p cukup seminggu makan charcoas pun lepas."dalam otak dah terbayang kalau ada 40 orang macam syaza kayalah library.ini satu penganiayaan secara terang terangan! mungkin perlukan satu tunjuk perasaan lagi.

"memang sengal la sapa yang hold buku aku.aku tak kira,mati pun aku takkan hantar buku ni."dan akhirnya perbualan kami terhenti disitu kerana tiba-tiba yat datang sambil menyanyi-nyanyi riang lagu gagap.dan aku masa itu rasa nak hempuk saja pakai chopping board,baru lepas ini dia jadi betul betul gagap.

ini perbualan minggu lepas.bagi aku perkara perkara macam ini memang biasa berlaku.nama je perpustakaan university,tapi bilangan buku untuk satu-satu tajuk cuma ada 2 atau 3 buah saja.gampang!dahla komputer untuk online catalogue pun hanya ada 5 saja yang boleh pakai.memang tak ada kerja lain agaknya,buat orang darah tinggi saja.sekarang aku punya denda buku dah lebih 20 pound.celaka betul.20 pound itu sudah boleh beli 2 helai baju campur tolak subway 6 inch.

tapi kacip aku ini bagus orangnya boleh dikatakan solehah juga.demi nak lulus peperiksaan dengan cemerlang,supaya nanti pak najib bagi biasiswa bank negara kat dia,kacip aku ini nekad juga nak hold buku yang sama guna account aku.sukahati lah,asal anda bahagia. hari kami habis exam baru dia hantar buku tu,berapa banyaklah denda dia.mungkin lebih dari 20 pound aku.aku jadi tenang.

"weh,ada email library hantar suruh ko kasi angkat buku yang kau hold haritu." selaku tuan punya account,mestilah notice tu sampai pada aku.

di pagi hari yang indah itu,dia buat muka sedih kat aku.apa barang orang suruh pergi ambil buku yang dia hold,jadi toya tiba-tiba ni.aku tak ambil peduli kalau aku karate dia,kalau aku sabotaj braces dia yang buat dia sedih macam ini.tapi aku tak buat apa apa!!!mata yang sudah berkaca-kaca bersama nafas yang tersekat-sekat tu seolah olah cuba memberitahu satu perkara yang mungkin amat memalukan. mungkin kucing dia kat rumah sudah mati,mungkin susan boyle sudah betul2 tarik diri dari britain got talent( oh ye hari ini finale ),mungkin kyle xy sudah mati,mungkin bantal busuk kaler kelabu dia sudah hilang.

aku tiba-tiba jadi tersenyum, mungkin kali ini tak semanis yang haritu tapi boleh dikatakan kedua termanis...

"orang yang hold buku kau dulu tu kau sendiri kan?" aku berlagak tenang sambil cover nak gelak gila babi ni.

dan syaza diam saja tanda setuju.aku pun diam cuba bermeditasi tenangkan hati.diakhir cerita ini aku karate budak mamai ini sampai otak dia tercabut.

p/s: harini ada orang bagi aku hadiah solid punyer.nanti next entry aku kasi gambar bagi korang semua jeles!!!

Thursday, 28 May 2009

hari ini 10-situasi semasa


aku tengah fikir

1-patutkah aku sabotaj geng kacip aku dengan memotong braces dia waktu dia tidur?
dah banyak kali sebenarnya aku dengar cerita,tapi masuk kali ni dah kali yang ke 38.betul tak kalo aku kata orang yang baru buka braces ni nampak lebih cantik dari dulu,lepas tu dia akan try test power kat laki orang atau kekasih orang?jadi aku sudah boleh buat kesimpulan (berdasarkan 38 kali dengar cerita) bahawa orang yang pakai pendakap gigi ni mudah culture shock bila orang mula beri perhatian pada dia.aku boleh salahkan lelaki dalam situasi ini,tapi aku tetap nak marahkan orang2 yang pakai braces ni.
syaza,kalau aku potong braces ko pun untuk kebaikan diri kau juga.sila memahami

2-patutkah aku beli telefon baru?
baru nampak solid depan member member.sekarang telefon aku sedang rosak dan akan selalu rosak sebab aku tak nak baiki.satu alasan yang kukuh untuk beli baru.ya,aku memang kaya!

3-dah dekat setahun duduk rumah ni,aku macam baru terperasan kiblat aku ni macam lari sikit dari paksi dia.mungkin patut jemput orang grandmosque datang ukur,kasik mantap sikit.tapi tak apa,yang penting niat. ini cikgu PASTI aku ajar.pastu dia ajar juga kalau layan rock pun sembahyang jangan tinggal.baru rock dunia akhirat.

4-kalau aku selalu jual mahal dengan orang nak mengorat aku,jadi andartu ke tak?
iyelah,lelaki kalau buruk pun tak kisah,asal berduit ramai je perempuan nak.celaka betul.
senangnya jadi lelaki.

5-patutkah aku pergi hempuk laptop yat supaya dia tak tengok lagi britain got talent?
memang tak boleh masuk lansung dengan aku.rasa serabai je dengar diorang duk bercerita pasal susan boyle,pak cik dengan anak gemuk la,nyanyi pakai kentut la.macam gampang!!

6-patutkah aku beli hadiah kat semua kawan-kawan aku sebab tak lama lagi dah nak balik ni.hah cepat cakap nak apa,sementara otak aku cool lagi ni.

p/s: banyak betul mencarut hari ini.astraghfirullah... xoxo

Tuesday, 26 May 2009

hari ini 9- komunikasi dimalam exam

"amacam,jadi tak projek? aku dah berair mulut nih".kata member kacip aku.

"mestilah,barang baik ni.ko camne ecah?"tambah sorang lagi.

aku angguk angguk kepala tanda setuju.dalam otak dah terbayang-bayang betapa sedapnya makan spicy wings flames malam ni.kempunan tak payah cakaplah,hidup tak tenang kalau tak dapat seminggu sekali.mungkin hidup aku akan jadi lebih indah kalau dapat kahwin dengan abang flames tu. oh abe,sudikah dikau menerimaku???

cerita pasal flames ni,banyak kisah suka dukanya.demi flames,aku sanggup mengenepikan persahabatan,sanggup gaduh berebut nak makan dekat flames,sanggup tunjuk perasaan 2 3 hari kalau kalah undian majoriti untuk delivery,sanggup tunggu depan kedai dari pukul 10 pagi lagi dan banyak lagi benda jahat aku buat sebab flames,tetapi perlu dirahsiakan selebihnya.apa barang hidup seminggu kalau tak dapat makan,tak cool.dahla sekarang ni musim baca buku.perlu kurangkan tekanan dengan makan ayam yang sedap.

"duit cukup tak ni? aku rasa duit tabung rumah pun ada lagi 10 pound".member kacip aku dah mula buat perangai tak sabar.

"ho cukup,tak payah bimbang.aku pun ada.kau order,syaza ambik nanti"aku jawab dengan muka confident.muka masing-masing dah macam sangap gila.yat tu tak sedar air liur meleleh, aku kesian tengok dia.aku ambil towel syaza, aku kasi usap sikit mulut yat.tapi rasa macam ada yang tertinggal.apa lagi yang tak kena ni?duit dah ada,kuli untuk ambil pun dah ada.

cis!cili sos tak ada!!!aku karate meja.sesedap manapun flames kalau tak ada cili sos,tak ada feel la jadinya.mungkin perlu tunggu esok baru boleh makan.mungkin air liur yat takkan berhenti meleleh malam ni.

p/s:pagi2 buta lagi aku ngan yat,syaza ada exam.marilah kita tadah tangan doakan kami.aminnnn xoxo

Monday, 18 May 2009

hari ini 8- kacip aku masak soto

hari ini geng kacip masak soto.perghhhh... kalau orang johor buat pun belum tentu lepas takat buku lali geng kacip aku ni.yang seorang ini memang in dengan aku.bila orang suruh tambah garam dia tambah garam,bila orang suruh tambah gula dia tambah gula.baru kacip masak ikut kehendak pelanggan.tak macam orang lain,apa barang orang cakap masin dia marah kita balik.hidup ini kena lah terima kenyataan.aku tahulah hukum cakap makanan tak sedap tu sunat muakkad,tapi niat teguran tu cuma untuk improvement.salahkah?macam mana nak aman dunia kalau semua teguran disalah tafsirkan. aku jadi darah tinggi.

tadi orang opis biasiswa email bagi berita gampang pula.ini satu lagi hal bagi orang darah tinggi.kenapa kalau urusan dengan kerajaan mesti akan ada masalah.macam mana surat 4 5 helai kertas pun boleh hilang.awal-awal dulu suruh hantar surat lah,tak mahu email lah,goreng pisang sedaplah,cik kiah jual cendol lah,banyaklah songeh dia.sekarang suruh email pula.inilah seorang lagi contoh orang yang sekolah bertingkat-tingkat tapi bodohnya berlapis-lapis.pulak tu dia ambil cuti untuk persediaan untuk peperiksaan(mungkin naik pangkat) dah macam separuh cuti bersalin.wth.
sejak-sejak dapat biasiswalah aku anti orang nama sharifah.lu jaga-jagalah,dendam gua time lu marah pasal gua pakai jeans haritu pun belum settle lagi.

tengok mentor pun sekali lagi aku kena darah ringgi.ini zaman shuffle ada lagi ke yang nyanyi lagu dangdut.zaman aku sekolah darjah 3 dulu bolehlah layan.tak cool langsung.aku yakin masa sekolah dulu misi tersalah cucuk budak black ni.orang cucuk bcg dia cucuk rubella,sebab tu orang shuffle dia dangdut.facebook pula bosan,hari ini pun tak ramai orang update blog.sila tulis sesuatu.aku dah sangat bosan sampai cerita bodoh comel kat tv3 pun aku tengok.sambil nganga tengok budak makeup tebal tu aku fikir,siapalah yang reka cerita ini.buat rugi duit,rugi masa dan lansung tak berwawasan.

nasib baik ada benda ni.nyam nyaam masyuk maltesers ni!!! nyam nyam rasa damai saja,indahnya dunia ni.macam inilah baru puas hati hidup hari ini.tiba-tiba aku macam termenyanyi "selangit selangit selangit"


gampang punya mentor!!aku pandang kanan kiri,nasib baik tak ada orang dengar. xoxo

p/s:untuk kacip yang tengah study untuk hari rabu ni,study rajin-rajin.


inilah aku

Sunday, 17 May 2009

kata urban,kepala hotak kau

lama mata aku menatap skrin yang sama besar dengan setem 50 sen ini.rasanya dah dekat 2 minit aku duk tertunjal-tunjal kat situ.
"takkan tak ada? pelik ni" aku garu kepala yang tak berapa nak gatal.
sekarang pukul 1224 tengah malam dan aku tengah bercakap sorang-sorang.rasa nak menyumpah pun ada,rasa nak karate meja pun ada.lama ni aku habis masa.rugi waktu!nak tidur dah.esok dahla kena bangun awal.subuh kena jaga takkan nak jama' lagi.

mata dah merah tanda dalam masa 5 saat lagi aku jadi gila.pang!!!aku baling ke dinding berkecai semua.gila apa henset tak ada function jam loceng.bodoh!

Saturday, 16 May 2009

hari ni 7-mazhab mana ni?


pukul 10 semalam tiba-tiba rasa nak minum nescafe.aku turn bawah,buka lampu,terus aku terpa kabinet.cantik!aku jumpa 2 packet instant cappucino.rasanya dah betul ini aku punya.kalau orang lain punya pun apa aku kisah,kempunan sangat dah ni.aku tekan suis pemanas air,dua minit tunggu air pun dah didih.ting!masuk air,masuk instant,masuk gula.masyuk..siap cappucino satu.

dah minum habis segelas besar,mata tak boleh tidur pulak.eh tak sembahyang isyak lagi ni.aku ingatkan diri sendiri.lepas layan karaoke slow rock setengah jam,aku pergi tandas,ambil air semnbahyang.siap 4 rakaat isyak,aku sambung lagi dua.alang alang mata tak leh tutup ni,aku sambung baca buku.adalah dalam 80000 perkataan aku buat karangan.kalau tak dapat seratus exam nanti,aku tak tahulah.

dalam pukul 3 pagi,aku terasa nak tidur.hati dah mula rasa tak sedap.rasa lain macam je,tapi tak apalah.letak kepala atas bantal tak sampai 3 saat,aku dah mula bermimpi berpimpin tangan dengan david beckam.pukul 11 tgh hari baru bangun esoknya.

sekarang dah pukul 10 malam balik,rasa tak sedap hati aku datang balik.eh apa yang tak kena ni.terlebih makan daging kambing ke tadi?apa barang jadi darah gemuruh lepas makan kambing.aku pergi serang syaza.

pukul berapa sembahyang subuh?

bila subuh masuklah.dalam pukul 3 dah boleh sembahyang la kot...
aku telan air liur

habis tu yang kau dengan yat cakap pasal jama', tu apa?

oh maghrib dengan isyak la.

aku angguk perlahan,pastu kasik senyuman paling manis untuk syaza.lekas-lekas aku tutup pintu bilik dia,cover muka pucat.gampang!macam mana aku boleh pergi jama' isyak dengan subuh?tak sekolah ke dulu?arghhhhhhhhh

Friday, 15 May 2009

hari ini 6- sign la kalau berani

[edited]
aku malas nak cakap banyak.kalau korang rasa menda ni betul,sign la petition ni
aku nak pergi hafal essay ni...gampang!

[edited]
tadi tengah-tengah masyuk makan kertas(ni petua turun temurun orang kok lanas bila nak exam),tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara orang nyanyi.rasa macam nak hempas buku je.sungguh,ntah lagu gampang manalah ni, buat sesak otak orang je.memang tak tahan...aku hempas buku,bangun streching sikit..aku kasi karate hifi aku.senyap!puas hati.

BUNK FACE!apa barang layan fast number macam ni,greenday copycat i would say!!!.kalau hattan ke,awie ke,amy search ke,tenang la juga hati aku.boleh layan blues sambil teringat kekasih lama.band BUNK FACE ni asalnya ditubuhkan pada tahun 2005,pernah memenangi battle of the band anjuran ROTTW.lagu yang paling mendapat sambutan tak lain tak bukan SITUASI.biasalah indie band,aku rasa tak hidup lama dia ni.kepada yang minat bunk face,bawak-bawaklah bertaubat.dengar nasyid ke bagus juga.tapi sebenarnya nasyid pun tak boleh pakai zaman sekarang.maksud aku penyanyi nasyid.nyanyi nasyid sebab nak jadi artis saja.entry sebelum ni pasal KOQ,tu sorang penyanyi nasyid gak,FAR-EAST siap.abang dia tak payah cakaplah,nasyid juga.baik aku layan tok guru,senang cerita!

vokalis BF ni agak jambu,tu yang aku buat aku anti!tak macho lansung,muka macam jual air batu kat pasar tani ketereh je.abang yang muka ala-ala jumper celup ni suka makan durian,rumah dia sebelah rumah aku.sebab tu aku banned BUNK FACE.asal aku balik rumah je tak habis-habis melambai-lambai kat aku.aku buat tak kenal je.malas nak layan.

apa kejadahnya aku tulis pasal BUNK FACE ni?sudahla,aku mahu pergi layan raihan,lagu sepohon kayu.musim exam ni kena baik sikit semoga allah sayang.

Tuesday, 12 May 2009

hari ini 5- jatuh timpa tangga

edited

bodo betul..sengal..berani wat tomok aku camni

teringat kisah-kisah zaman sekolah dulu.dah lama rupa-rupanya aku habis sekolah,5 tahun dah.masa sekolah dulu kalau tak silap aku,semua orang suka BLUE(bukan anjing tepi rumah saya ni).tiap-tiap hujung minggu mesti buang masa habiskan duit seringgit dua dan masuk kedai usha kaset BLUE,akak cina jual kaset pun dah naik menyampah tengok muka budak-budak naim.masuk je reti,belinya tidak.HUH...ada yang siap ambil upah lap meja kantin sekolah lagi semata-mata nak pastikan duit dalam tabung cukup mahu beli kaset(masa tu cd tak main ok),orang awam masih memakai disket lagi(T_T).lyric2 lagu tak payah cakapla memang bekepuk-kepuk.kalau nak lawan tebal dengan buku chemistry,memang tinggal jauh la.pastu kalau sesiapa yang ada kaset pula,siap ada list 'untuk pinjaman'.buku library tak buat camtu pulak!!!


dengar je lagu ni,aku rasa nak berguling2 teringat zaman sekolah.BEST!!!


tak kire lagi kalau dah kena rampas kaset,majalah,termasuklah buku-buku berkepuk kat atas masa spot check,siap pergi rampas balik kat pengawas asrama.mana boleh barang masyuk kena rampas.nama je sekolah naim,tapi main baling penyapu bertubi-tubi kat pengawas asrama tu,perkara biasa saja.jangan tak tahu tiang kat gate besar tu boleh cabut satu.jadi kalau dah rasa badan tu nipis ala-ala mat pit,maka lancar je menyelit kat tengah-tengah gate tuh.aku tak buat,aku budak baik,semua orang tahu aku budak baik.zaman sekolah dulu aku siap berebut-rebut lagi nak semayang saf paling depan.nasib baik orang tak tolak jadi imam je.sekarang pun sama je!aku tak berubah...

kenangan sekolah memang best.tak pernah gagal buat aku tersenyum.tapi aku sedih sekarang,selalu aku mengharapkan menda yang baik-baik,menda happy-happy saja tapi mungkin i dont deserve it.cukuplah.aku dah letih.letih sebab memaksa diri supaya stabil,untuk belajar,untuk fokus padahal dalam hati aku dan otak aku ni,banyak menda yang aku fikir.rasa nak peluk ma aku je sekarang.

sudah jatuh ditimpa tangga!hati lara,talipon aku rosak,tadi cermin mata hilang.dahla,tak larat dah.mungkin yat boleh buat demo macam mana rasanya kena timpa tangga sebab berat dia dah bertimbun-timbun sekarang.hahhah aku dah announce kat semua orang---> wahai yat,anda seorang yang makan banyak!!tapi takdelah sampai duduk atas keris tak rasa.

semua orang nampaknya dah skema study,X AMERIKA MU!!!semoga berjaya.jom beramai2 serang majlis sanding Fa.tinggal syaza sorang2 kat sini.hahhahahha baru amerika!
tq kwn2 yang dah reply surat cinta.yang belum..tak makan sayur betul!! xoxo

surat cinta untuk kawan2 INTEC


Assalamualaikum,
Apa kabar semua orang? Lama tak dengar berita, al-maklumlah lama tak jumpa. Ni, ada cadangan dari si Zamir (saya tahu ramai orang sayang zamir) , dia rindukan korang semua. Jadi dia cadangkan, apa kata kita buat SATU gathering, sesame INTEC je? Kesian zamir takut nanti kempunan kalo tak jumpa korang. Jadinye,mahu Tanya semua orang,supaya senang decide tempat dan waktu. Zamir cakap balik Msia nanti susah dah nak jumpa.ke ada orang sanggup pergi kelantan nak hilangkan rindu zamir.hihihih Jadinye, sebelum kita berpisah atau mungkin x jumpe langsung utk berpuluh-puluh tahun, (zamir dengan nada sedih takut takleh jumpa korang lagi) apa kata kita makan sama-sama. Picnic ke, bbq ke ape ke..
Ok, x perlu buang masa dah..,korang isi borang ini..nanti akan diuruskan dan akan diberitahu kemudian. Kalo korang nak bawa parents skali pun boleh.. x de hal punye la..small matter… kalau bf atau gf,pastikan yang cute sahaja.HAHHAHAHa

nama :
Nak join x? (jawab ya tau tidak)

kalo nak join isi maklumat lain kat bawah tu, kalo tak nak, kata taknak join… dan TIDAK PERLU proceed ke bawah!!!

tarikh bila free atau nak gathering ni on:
tempat pilihan : cadangan (notts)
cdgn aktiviti( ni korang cadang la ape2 yg patut2…) :

ok to all, isi borang k, please reply asap..all da best in exam..
Hope to hear from u soon, catch with ya later…miss u all…mmmuahhhhh
Ini surat serius,sila respond dengan berhemah.kalo x,saya tampar laju2.sila hantar ke ym ecah @ email ke sekut_milo@yahoo.co.uk.arigatooooo

Regards,
Penganjur a.k.a peminat fanatic zamir

p/s: aku harap semua orang dah dapat surat ni.banyak typing error,jangan salahkan aku,aku cuma edit sikit2..salahkan zamri!!!

Monday, 11 May 2009

hari ini 4- otak kuning





hari ini

1-bangun tidur lambat.sebenarnya awal lagi bangun,tapi sengaja peram atas katil.malas gila nak buat kerja

2-tak mandi,terus siap2 pergi morrisons.niat di hati mahu beli yakult.satu lori aku borong harini

3-perut terasa lapar,breakfast kat subway pukul 3.mamai tak habis lagi

4-cari hadiah untuk orang-orang yang hari lahirnya dah dekat.aku order 12 guni semuanya.separuh lagi masih atas kapal.on their way

5-beli kasut baru,beli beg baru.saja nak lepas tension.bila beli barang baru rasa gembira sangat.tapi tak boleh lawan rasa gembira orang kiss u through the phone

6-mungkin malam ni baru start study.kena mandi dulu baru otak kuning.eh otak kencang!!!

Saturday, 9 May 2009

lelaki selalu begini IV

[edited]

harini aku sudah buat keputusan mahu break sementara.aku sayang dia, itu yang pasti.tapi aku harus juga berfikir untuk diri sendiri.terus terang aku katakan dalam setahun ni,aku banyak makan hati.terlalu banyak,sampai dah tak ada hati.pathetic kan?
tapi itulah yang aku rasa.siapa yang tak makan hati,kalau dia cuma berubah untuk 2 3 haru saja,lepas tu back to normal.aku tak marah kalau dia sibuk! aku tak salahkan dia,tapi aku rasa agak terkilan bila dia gunakan sibuk tu,sebagai alasan untuk abaikan aku.satu lagi,aku rasa dia sudah jadi orang yang kuat mengeluh semenjak dua menjak ni.nak tanya kabar aku sekali sehari pun susah,maksudnya aku ini tiada apa-apa bagi dia

shabery chik pun hari-hari update facebook.menteri tu.sibuk juga.ini kisah betul ok,yat ada fb dia!

dipendekkan cerita,pergaduhan kami sudah masuk bab ungkit-mengungkit.aku memang kalah dalam bab ni.terasa macam orang salahkan kita atas setiap pengorbanan yang dia lalui.nampak seperti semua yang dia lakukan bukan datang dari hati yang ikhlas.menda-menda macam ni,buat aku terfikir,ikhlas kah dia selama ini??
jadi baik aku jauhkan diri sebelum aku pula yang mula mengungkit (T_T)
sangat cemburu dengan perempuan paling power-ini bukan siapa-siapa.perempuan paling power adalah perempuan yang jadi no.1 dalam hati pasangannya.mengalahkan semua perempuan dalam dunia ni.huhu i wish to be someone's perempuan paling power.

sekarang terasa seperti mahu tengok wayang-mungkin cerita yang tidak best-star trek.ada orang mahu ikut?lelaki sahaja!!!
terharu ada teman seper'blog'an tulis pasal kisah sedih aku.boleh baca disini-macam batu bersurat aku tengok.

--------------------------------------------------------------------

sekarang musim exam kan,aku tahu semua orang tengah struggle.aku pun sama.stress pun betambah-tambah,makan banyak,nangis banyak,merajuk pun banyak.ampunkanlah aku

tapi exam bukanlah alasan untuk sentiasa tenang.aku tak tenang pun.salah aku kah..salah orang yang aku gaduh kah...atau takdirkah??? huh harini gaduh lagi

kenapa aku susah nak faham manusia?aku ni bukan manusia ke?tangan ada muka ada kaki ada.hey, aku manusia lah!aku ke yang mengada-ngada? mungkin ya, sebab aku tengok orang lain tak pernah pula gaduh selang 2 3 hari,jadi sangat besar kemungkinannya aku lah yang bermasalah.ME! (T_T)
masalah aku hanya satu..
terlalu mengharapkan orang bagi perhatian pada aku
dah tak dapat..berguling2 lah.salahkah, aku panas bila 4 5 texts aku,satu pun dia tak balas? susah sangat ke nak

1-amik talipon
2-tekan reply
3-type sikit2
4-tekan send

hmm..mungkin susah,ada 4 steps

aku sudah cuba memahami,
lelaki ada kawan-kawan mereka sendiri,sama pentingnya dengan kita
lelaki ada aktiviti harian mereka sendiri,juga penting
tapi apa nak buat,aku still rasa excited macam baru mula-mula kenal
rasa berkobar-kobar lagi
tapi lelaki biasalah,kalau dah nak masuk 4 tahun..
mana nak sama dengan perasaan waktu baru kenal 4 minggu
LELAKI SELALU BEGINI
aku cuba memahami yang manusia berubah seiring dengan waktu
semoga aku pon berubah,nak jadi juga macam lelaki

baik layan ustaz,hensem jugak

Wednesday, 6 May 2009

saya innocent,tak belajar bio!


salah salah salah
waktu subur pun tak tahu!menurut kamus dewan bahasa, waktu subur adalah..carilah sendiri.tentu semua sedia maklum (T_T)

aku ada masalah.bukan masalah sebenarnya,satu kekeliruan secara tepatnya.sebagai seorang perempuan aku patut tahu bab2 ini,tapi harini terbukti aku masih mentah,tak tahu apa-apa.DAMN!
selama ini memang terpatri dalam otak aku yang waktu subur adalah dekat-dekat waktu period.(anda juga fikir begitu?)sungguh naif sekali.

kita mula di sini---> kawan baik aku yang seorang ni ada masalah konflik personaliti.katanya bila nak period je dia kan rasa nak melawa,nak pakai make-up,nak pakai gelang,nak pakai cincin.dan katanya dalam 2 3 hari lagi memang waktu period dia.oh aku dengan yakinnya mengaplikasikan teori aku ke atas behaviour ni(ini bukan module animal behaviour, jauh sekali genetics).nak tau apa?

aku kata patutla dia nak melawa,sebab waktu subur,dekat denga period.iyelah waktu-waktu sebeginilah kena pikat pasangan anda(untuk yang dah berkahwin sahaja ye).dan ternyata teori aku memang salah! salah! salah! kerana waktu subur adalah 14 hari selepas period!!terima kasih kepada cikgu biologi kami.lepas ni,aku akan pastikan aku ingat WAKTU SUBUR!!!
everyday learn something new.yahoo

p/s: cik haneem..lamanya tak nampak kamu -aku still stress exam nak dekat,esok pula ada oral test.arghhhhhhh

Monday, 4 May 2009

hari ini 3- aku rindu

[edited]
lagu lama..tapi tetap tak pernah jemu mendengarnya!
kenapa aku suka lagu ini? aku suka sebab
lagu ini realiti
lagu ini menyayat hati
lagu ini boleh buat orang putus cinta lagi mahu terjun dari tingkat 477
lagu ini boleh buat aku hempas buku dan call si dia minta putus
lagu ini boleh buat aku tenung dinding tembus sampai gombak setia
lagu ini buat aku rasa sunyi
i hate this song sebenarnya
boleh bagitau aku,siapa yang tak pernah patah hati,tak pernah hancur hati?



-----------------------------------------------------
dan aku perlukah aku beritahu semua orang yang aku tak ingat perkataan cikgu dalam bahasa arab??? geramnya nak maki diri sendiri!!!
padahal itulah perkataan yang wajib kena ingat bila dah belajar bahasa arab.
mesti sebab masa ustaz aku mengajar arab dalam kelas dulu,aku tidur.tidur..tidur..tidur..teringat masa tingkatan 4,nyenyak sekali aku dengan 2 3 orang member tidur.bangun-bangun saja,kelas dah kosong.ustaz aku memang kejam! sejak haritu,aku sudah tidak tidur lagi.hihihihi

dan aku perlu kembali ke meja,kena buat karangan untuk oral test aku.doakan aku..dan buat semua warga Leeds yang akan menjalani peperiksaan dalam 2 minggu lagi,sila kukus buku anda dan minum buat sup..sedap!!! break a leg everyone

terima kasih kepada semua orang yang ym aku untuk perkataan cikgu tu.kamu semua memang hebat!!semoga oral aku dapat A sebab jasa korang.hahhaha

p/s:semua orang masa sekolah dulu budak baik ke? kongsilah sikit!!! mesti ada yang pernah lompat bangunan dari tingkat 2 kan,macam aku (T_T)aku lupa nama ketua asrama aku,tapi aku ingat muka dia dan menyampah sekali dengan dia!

p/s p/s: selamat hari lahir kak yana.gambar lain kali ye..sebab semua gambar terlampau cantik.mungkin aku perlukan *yang tak mampu beli* itu

Sunday, 3 May 2009

hari ini 2 kepastian

aku baca ini, aku senyum...

Cuba kau duduk berbual setiap hari tanpa berjumpa. So that when you finally meet up rasa macam segalanya baru. Macam satu long lost date.

ini tuan blog ayat diatas.mungkin ada baiknya sesuatu perhubungan cinta itu bila ditakdirkan berjauhan.bagi aku,kekuatan sebenar sesuatu hubungan itu akan terserlah bila satu pasangan terpaksa berjauhan.pernah dengar,bila masing2 sudah habis belajar dan terpaksa berjauhan kerana kerja,tak sampai 6 bulan sudah putus? pernah dengar, bila berjauhan dan jumpa orang baru,kekasih lama ditinggalkan begitu saja? dan pernah dengar,orang yang sudah bertunang dan merantau ketempat baru pun boleh putus begitu sahaja? sudah tentu pernah,bukan? sebab apa? sebab tak pernah rasa berjauhan sebelum ini dan bila terpaksa,tidak ramai yang kuat!!itu pendapat aku.

aku sukakan kepastian dalam sesuatu perhubungan.aku sukakan sesuatu yang solid.sesuatu yang nyata.mungkin bunyinya seperti pentingkan diri sendiri,tapi dengan kepastian inilah mungkin orang yang berjiwa seperti aku, mampu mengharungi satu hubungan jarak jauh.kalau boleh setiap hari aku akan tanya awak sayang saya?awak rindu saya?awak tak tinggal kan saya kan? dan mungkin orang yang jadi kekasih aku akan bosan,tapi itulah aku.setiap kali akan tanya soalan yang sama.kerana apa?kerana inginkan perkara yang pasti.

enough said,ni 2 orang budak comot tak reti makan donut.kalau abg Fairuz tengok ni mesti tertawan.kihkihkih cis.macam mana aku nak buang option save as untuk gambar ini!!





harini jalan2 di town.pergi morrison,saintsbury..semua kedai aku masuk.hujan.kena balik dengan teksi. xoxo

p/s:esok ada birthday party seseorang kah?adakah aku dijemput?

Saturday, 2 May 2009

hottest season yet

kau tahu ini apa? ko layan sendirilah.aku malas nak kecoh-kecoh nanti ada yang tak puas hati :P


the [edited] hottest season yet

oh aku sudah mahu exam!mahu exam! mahu exam! perlu fokus...