Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Monday, 26 September 2011

Melaka pula..

Weekend yang lepas aku dan suami decide untuk stay di Melaka lepas habis kenduri kawan baik dia. Tahniah kepada Raup.Kitorang stay kat Kings Hotel,dekat je ngan tol Ayer Keroh.satu malam dalam RM158.mahal? tak lah..asal kami selesa,tempat sangat sangat bersih.Breakfast dia pon sangat ok.Tapi memangla takleh lawan Avillion PD yang kitorang pergi last week.Ni ada 3 gambar masa kami kat sana.Takleh banyak2..hehe


Thank you Allah for giving me this love


Keindahan Pantai PD yang memukau.


Restaurant Avillion Admiral Cove yang sangat ekslusif.I LIKE!


Sangat sedih sebab tak ambik gambar pon kat Melaka.Terkejut and trus takde mood bila mama call cakap abah masuk wad.Darah tinggi dan dah kena 1st heart attack.Mula-mula tu agak risau la.sampai aku cancel nak g umbai.Arghh memang tak lalu makan malam tu.last sekali kitorang pekena Nasi Lemak Antarabangsa kat Dataran Pahlawan tu.
Sumpah tak sedap sambal dia.Bau nasik lemak pon xde.mahal takyah cakapla..air limau suam je dah RM4.20.Ni baru betul mahal!

ok next time pulak..
xoxo

Thursday, 22 September 2011

harini nak buat apa?

Macam nak pergi tengok wayang ngan Anwar Faiz.
Tapi ada ke dia cakap aku gemuk.
Grrrrrr
terus hilang mood.
Baru je pagi tadi cikgu Rahim puji aku nampak lawa.heheh
Nyampah la..
Kenapa suami sendiri tak puji
orang lain plak yang bagi komen membina..eeeee

Wednesday, 21 September 2011

Thursday blues

I've never known
the loving of a man
But it sure felt nice
when he was holdin' my hand
there's a boy here in town says that he'll love me forever..

Tuesday, 20 September 2011

Amalan Orang Kaya


Solat Dhuha!

Oh rupa-rupanya Anwar Faiz tak marah dah.On the dot aku call dia nak mintak maap, rupanya dia pon sama tengah call aku.ahaks sehati sejiwa la plak.. :P
Tadi baru je buat solat Dhuha. sebab terbaca satu artikel kat blog ni.

Padahal Anwar Faiz dah pesan, dalam proses nak buat anak ni kena solat Dhuha setiap hari. tapi tak buat pun...Dah baca blog orang lain baru datang semangat nak buat..Eeee apasal tak suka ikut cakap suami nih.

Sejak kawen ni aku makan agak banyak.Happy kot. Rindu pun iye gak.lagi rindu lagi banyak makan.barulah hilang sedih nih.Bayangkan aku dah naik 3kg dari tarikh aku kawen.Oh no!Sia-sia aku diet sebelum kawen.Mulai harini aku nk amik nasik sikit je.hihi

Bahagianya!

Alhamdulillahhirabbilaalamin.

Salah lagi..


Ok Semalam ada sikit gaduh ngan suami.Sebenarnya aku tak tahu pon apa sebab cik suami marah..Entah apala yang aku merapu, tibe-tibe dia cakap kecik hati ngan aku..aku pulak satu hal, tak pujuk pon.Or adakah aku pon dalam condition yang ingin dipujuk padahal tak tahu pon sebab apa aku nak merajuk??? Confius sungguh!

Aku dah agak dah pagi ni mesti dia senyap je.tak misscall aku bangun tido.tak tanya dah sampai sekolah ke belum.Sah! memang dia marah. Nak pujuk kena topup dulu. Bsn plak dah takleh topup online plak sekarang.agak menyusahkan.Kena tunggu balik sekolah la ya sayang.Nanti saya pujuk.

Oh pagi-pagi lagi Kak semi dah bagi makan..Alahai macam manalah nak kurus.Bulan 11 ni dah start nak berusaha ke arah mencapai target 27juta rakyat Malaysia. Aminn

Monday, 19 September 2011

Hari Indah Kami 5 Syawal 1432






Bahagia



Sesungguhnya lepas kahwin ni aku rasa sangat bahagia.tak tahula nak cakap apa bezanya sebab aku tak duduk sama dengan suami..tapi memang hidup sekarang rasa lebih ceria malah bertenaga ;p Sampai penat suami aku melayan aku

Rasa macam tengah hangat bercinta. tapi yang best boleh buat sume benda tanpa rasa bersalah lagi..yela..kita dah kahwin kan, lantakla nak peluk2 ke, nak pegang tangan ke, ada orang kisah? Aku rasa ada, sebab orang selalu pandang je aksi kitorang..err kami dah kawen la pakcik!

Sejak kahwin ni ada saja tempat kitorang pergi melepak..Seminggu lepas kahwin aku pergi Port Dickson.Kononnya untuk honeymoon..hehe Hotelnya best: Avillion admiral Cove
and last week gak adalah kali pertama pergi kenduri orang sebagai suami isteri, bukan lagi couple.orang cakap aku berseri.muahaha berseri ke? Tahniah kepada Syaza.tak sangka kita sama2 mengakhiri zaman bujang.Bila la turn Yat!!

And this week perancangannya nak pergi kenduri kawan baik Faiz plak.Then kitorang stret tido sana kot.Destination: Kings Hotel melaka pula.nanti next time aku update gambar ya..muahhahhah Thank you Allah for giving me this chance.

Wednesday, 14 September 2011

Luahan hati

Ya Allah..
Sesungguhnya aku seorang yang takut menghadapi kesusahan
Telah kau duga ku dengan ujian yang nyata berat bagiku
Ampunilah kami dan berilah kami peluang...

Tuesday, 6 September 2011

Setelah 5 hari kahwin...

Alhamdulillah aku dah selamat kahwin..apa perasaan?
Tak boleh nak describe dengan perkataan.
Happy, tak percaya, syukur, yelah dah 6 tahun kami berdua tunggu saat ni.
Lepas ni boleh pergi mana-mana suka2 hati tanpa risaukan orang.
ni aku bagi link gambar kahwin aku yang diambil oleh kawan suami aku.hehheeh cam pelik pulak sebut suami :p Boleh klik kat sini.

Gambar aku punya tunggu!!!!!!!!