Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, 30 October 2011

Ini rahsia kita...


persembahkan....
ni hanya orang yang singgah di blog ni je yang tahu.hehhe
nak tunggu seminggu lagi then nak check lagi.
pastu baru g jumpa doctor.
Then insyaallah baru aku nak umum kat semua orang.hihi

Nampak tak ada line tegak keatas tu? Tak berapa nak clear kan?
mungkin sebab awal lagi...hormon tak berapa banyak lagi.
Memang malam sebelum check tu aku dah hidup tak tenang.
rasa macam tak best selagi tak tahu.
Pagi tu benda pertama aku pegang masa bangun tido adalah tester ni.Suami buat muka confius.
Apasal la ngan bini aku ni.. kan sayang @_@

Rasa tak percaya pun ada gak.Sebab period aku cuma lambat 4 hari. Takde pulak aku rasa loya pening.
Alhamdulillah..semoga tak pening or muntah langsung.hehhee
Mintak2la ni semua betul.jangan tak jadi pulak..
Thank you Allah.

Friday, 28 October 2011

aku lebih tenang

ok! harini dah masuk hari ke 3 aku tak period.
mintak2 la jadi..
jangan eksaited sangat!
nanti kalo tak jadi kecewanya lagi sakit
so aku pun cuba la buat2 tak tahu
buat buat macam biasa
tapi sesungguhnya sangat susah nak berhenti fikir serta berhenti berharap.
kesudahannya, aku beli pregnancy test!
tapi takut nak guna..of course la takut kecewa.
Call mak aku tadi, dia cakap tunggula 2 minggu.
What!!!! 2 minggu? lamanya..
tapi betul gak..
aku pening pun tidak,loya pun tidak.
cuma rasa sengal2 kat perut, cepat letih dan selera makan macam melampau je sekarang ni.
Tengoklah nanti.Kita merancang, Allah yang menentukan.

Thursday, 27 October 2011

Adakah???

Alamak..
sudah dua hari lambat datang period.
Dalam hati tak putus - putus berdoa, serta mengharapkan sesuatu yang indah.hhehe
So excited..Sebenarnya memang aku mengharapkan dapat baby setelah berusaha dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh bulan ni.
Ya Allah..
padamu aku bermohon..

Monday, 24 October 2011

to my angel

i wonder why my hugs didn't heal him
i wonder why my tears didn't knock his heart
and i wonder why my sigh didn't catch his attention

have i done wrong
or have i hurt him so much

you know i didnt mean it
you knew how much i love you

and for all i have done
do forgive me
because sorry seems to be the hardest word...

Saturday, 22 October 2011

teruk

waaaa gaduh ngan suami..
dia hug pagi tadi sebelum pergi tournement bola aku wat tak layan je
sekarang dah rasa nyesal..
miss him so much
ceptla balik...

Friday, 21 October 2011

today

Alhamdulillah..hari yang sangat gembira.curi masa kejap sementara hubby tengah basuh kereta kat luar.baru je balik dari jogging kat titiwangsa.dont really like it there..terlalu ramai orang.xbest.hehhe

Balik tu pegi pekena teh tarik sama nasi lemak.oh sampai sekarang aku masih belum abis senyum.sedap sangat nasik lemak kat gombak ni.apahal la pulak tibe2 nasik lemak rasa sangat sedap harini..

Hmmmm result tukar sekolah bakal keluar Nov nih.takde la berharap sangat, sebab ni baru 1st time mintak.kena pulak nak tukar dari ulu ke bandar, so susahla kan.rasanya kalau nak dibanding dengan ramai, aku doakan kak bihah yang dapat tukar.sangat kesian..hubby dia duk terengganu.dia pulak akan susah payah balik kuantan or kemaman setiap dua minggu.tengah pregnant pulak tu.kesiannya...

Alamak hubby dah siap basuh keta.nanti sambung!

Thursday, 20 October 2011

sayang..nak yang ni boleh?

exam la la la


tengah jaga preksa tadi.sejam. kelas sains dua amal..
tuhan je tahu betapa ngantuk gila.round punya round cari bahan bacaan,agrhhh tak de pun! hampeh!
dengan penuh tawaduk aku pun capai matsuraat..

perghh sempatla baca 2 3 helai..mata dah berair2..tertido!! yes yes
tapi dalam duk tidur tu terasa macam ada gangguan je.celik celik mata waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ustad daus, cikgu rahim dan juga ustad hambali tengah ambik gambar i tengah tidur masa jaga exam.hhuhuhuhu

jahat jahat kejam
boleh pulak ada budak nak meniru.bagi sedas..nasib baik cikgu tak koyak kertas awak.huh

Wednesday, 19 October 2011

Time to buy

Rasanya kereta pada zaman sekarang ni memang dah jadi satu keperluan.bukan lagi kehendak.hehe yang jadi kehendak adalah jenis kereta yang kita nak pakai tu kan. ^_^
Lagi lagilah untuk aku yang duk berjauhan dengan encik suami tercinta.Alahai..boleh jadi gaduh pulak bila dia tak boleh datang jenguk aku kat sini masa weekdays.tak kire, nampaknya kitorang dah kena start save duit untuk beli kereta.

OK, nak beli kereta apa ya? aku dah ada Myvi..dia pulak dah ada commitment bayar kereta lain.So rasanya takde peluang la nak merasa kereta mahal sikit.hihihihi Tak ada anak lagi bolehla nak paksa diri bayar mahal-mahal tapi kalau dah ada baby nanti??? Uiks..apasal dah fikir pasal baby nih ^_^????

Paling geram dan rasa down gila bila fikir pasal interest.Makaihh macam nak bunuh orang je tengok interest rate.Bank apala agaknya yang ok?Tambah2 aku ni, berkira kira nak beli kereta 2nd hand.Mesti tinggi rate dia.uwaaaaa dunia memangla penjara bagi orang yang beriman..Ceewahh

Tuesday, 18 October 2011

tunggu

Malu nak cakap tapi nak bagitau jugak..tunggu 10 hari lagi

Semalam dan hari ini

Semalam nangis lagi..tapi takleh nangis kuat2..ada kak bihah kat sebelah tengah tidur.duhai hati..tenanglah!

Pagi tadi kantoi pulak ngan PK1.tadi masuk kelas lambat 20 minit.on the way masuk kelas tu boleh plak selisih ngan dia dari arah yang bertentangan!

ya..dia baru abis round blok form 2.ciss aku pulak baru terhegeh2 nak masuk kelas.damnnnnn

Intai2, ada 3 kelas yang tak ada cikgu.alahai..akhir tahun dah ni, rasa malas gila nak ngajar.

Tapi ada berita gembira disebalik semua ni.nama aku tak naik untuk jaga SPM.selamat..bolehla menikmati cuti dengan hati yang tenang.Alhamdulillah..kalo naik nama, mau meraung aku duk Parit BAru ni.

Masa makan kat kantin tadi, pengetua cakap aku slim.and i was like OMG!! pengetua???

Monday, 17 October 2011

Inna maal Usri Yusra


Sebenarnya bila tengok orang naik gila,aku pun terasa nak naik gila jugak.Bila tengok orang menangis, aku akan rasa naik menyampah pun ada.mungkin aku cuba nak tenangkan diri aku supaya tak jadi macam diorang.
betul la kata orang..

When i smile doesnt always mean Im happy
but sometimes it simply means im strong!

but at the end im here..crying crying like i have no faith.aku tak patut jadi macam ni.aku mesti kuat.aku tak rasa pun sampai bila-bila Allah akan biarkan aku keseorangan kat sini.Cuma bila aku duk sorang2 aku jadi sunyi.Rindukan husband, rindukan family or at least rindukan masa penuh ngan member2 dulu.

nasib baik from last weekend Allah hantar seorang teman.heh Kak Bihah!hehe dah boleh senyum sekarang.Thank you Allah

gila psyco punya orang

harini terasa sangat geram dan sakit hati dekat seorang ustaz senior kat sekolah ni.ni masa tengah makan kat kantin tadi.masa tu aku ngan geng2 kelantan tengah enak menjamu selera kat kantin,ustad ni datangla provoke kitorang.terus hilang selera aku nak makan.sudahnya kunyah tempe goreng je.dahla masa tu ada PK HEM kat meja yang sama..ustad ni pulak macam saja je nak bakar kitorang and nak jugak PK tu dengar conversation yang ala-ala nak tikam orang tu.

ni mek2 kelantan ni mesti raya Haji kat kelantan kan..sampai hari Selasa ke sampai Rabu?

dahtu Selasa tu pontengla ye

eh bukan ponteng, mc je..hehe
(bab hehe dia tu la aku paling rasa nak terajang)

arghh.. aku rasa nak je tanya ustaz tak pernah ponteng ke,padahal dia tu lagi teruk dari kitorang.ada hati nak provoke kitorang plak.paling tak tahan PK Hem pun sama naik je perli kitorang.

kalau semua mc, kosonglah sekolah.

nanti kalau sakit betul baru tau
(yang ni bab muncung 14 dia tu buat aku rasa nak histeria)

hate hate hate hate hate hate!!!

Wednesday, 5 October 2011

Me



Eh muka aku muda pulak dalam gambar nih!

What to do!

Harini dah masuk 1 bulan 2 hari usia perkahwinan kami.
Sebelum kawen pon dah tau yang kami berdua bakal menghadapi dugaan hidup berjauhan.
Sungguh, bila dah kawen sangat terasa kesusahannya hidup berjauhan dengan suami.
Time otak tengah betul, bolehla aku setting..
fikir positif, keluar ngan kawan-kawan, sembang2 menda yang boleh buat aku hilang sedih.
Tapi kerja cikgu pulak memang jenis yang tak sibuk, balik pukul 1.30 petang dan takde kerja selain dari ngajar( kat sekolah aku jela kot).
So aku ada banyak masa pada waktu malamnya untuk termenung, mengenang, merindu suami.
waaaaa so hating the situation.
tengah fikir macam mana nak habiskan masa hidup kat sini tanpa perlu bersusah payah fikirkan suami.
So minggu ni mungkin beli novel kot!

Anyway tahniah kepada adik aku: Muhamad Adham Rahim and adik ipar aku jugak: Nur Liyana Othman yang bakal ber-konvokesyen di Putrajaya (UniKL) dan juga UIA Gombak.hehhehe
Nak beli apa ya?


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghafir:60)
Peringatan untuk diri sendiri :)

Monday, 3 October 2011

Budak PMR

Dah tau nak periksa,
tak bawak IC
aku rasa ringan je tangan nak pelempang

My bff wedding

A week before Melaka acct aku ke wedding kawan baik aku.Lama jugakla kitorang kawan, dalam umur 18 masa tu.sekarang dah 25 tahun.kirala sendirik.hehe
Hubby dia pun orang n9 jugak, samala diorang.xyah gaduh-gaduh nak balik kampung.

erk...kitorang gaduh ke? ^_^

Tapi kenduri sebelah husband dia ni buat kat Bestari Jaya.First time gak la aku sampai.Macam kawasan orang2 kaya je.Jauh gak la dari Gombak!

Ini ada beberapa keping gambar.
ehem..First time jugak untuk kami pergi wedding orang lain sebagai husband and wife.

wek

kami pun turut beraksi gediks..Ada orang kesah?


Kami bersama-sama pengantin.Syaza ni nikah sama ngan aku. 03092011. Dah selamat majlisnya.tinggal aku la.lambatnya bulan 12 nih!


Sekitar wedding Syaz.. Ntah apa la temanya. Nice and sweet