Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 30 December 2014

Pokok hiasan untuk taman mini

Alhamdulillah sejak suami dapat pindah duk sekali kitorang dah menyewa di Air Manis.Memandangkan ada ruang a.k.a tanah kat tepi rumah, since depan sume dah simen..maka kami duk banyak perabih masa dengan aktiviti gardening..

Aku acctually xminat sebab tangan panas.tapi hubby macam suka je sebab tak kire dia pacak apa pun..mesti hidup.huhu jeles

So kitorang pun mula la sikit2 terjebak dalam membeli pokok/bunga kat sg buloh..serius kena rajin cari sebab smua kdai jual pokok dengn harga y berbeza. Ada yang pasu murah tapi bunga mahal..dan vice versa..

Ni succulent..sejenis kaktus.senang nak jaga..tak jaga pun takpe..hahah sesuai utk orang pemalas macam aku

Nak letak dalam rumah pun ok. Nak cantik..pergi cari bekas kaca and buat terrarium..campur je pokok ni ngan kaktus.


Ni sejenis fern kalo tak salah aku.. yang ni mahal. Rm10 rasanya

Tadaaa ni lepas dah tanam dalam pasu bunga. Amik idea dari pinterest. Banyak lagi idea yang boleh digarap dari pinterest. Pokok yang kecik sume tu rm6 sebekas..malas dah nak cari, redha je ngan harga tu

Ni contoh terrarium.. nak buat gak tapi nak buat yang kecil so boleh gantung gantung.. muahahah berangan

Saturday 27 December 2014

Jalan jalan Port Dickson

Harini bernasib baik sebab sebelum ni dah lama duk usha Puteri Beach Resort PD dan akhirnya mertua aku ajak join holiday tetiba...

Dan part yang best dia dah booking Puteri Beach Resort..Yayy

Memang kalau aku tak rajinlah nak menunggu depan komputer utk booking rumah peranginan persekutuan nih..susah nak dapat.asyik merah je memanjang..nyampah

So ni aku belanja sikit gambo..

Dah sampai.. ok hujan lebat masa ni. Hancur luluh harapan nak mandi kolam.

Lobby.. gelap! Kan dah cakap hujan

Ruang tamu apartment. Macam berkenan plak ngan kerusi ni. Tapi macam mengecewakan sebab xde dapur! Camno nak bakar ayam malam ni?

Ni bukan bilik utama..haha
Kasi can orang tua la duduk bilik besar.. ni pon dah kira besar

Dapur
Ada peti ais dan kettle saja

Me tengah mengandung 5 bulan..sikit lagi nak masuk 6.. alahai cepat masa berlalu

Orang mandi kolam sampai tak nampak air

Pantainya yang indah

This is Ali.
Sesuai dah nak jadi abang kan?

Tuesday 16 December 2014

Beli Meltorp dining table

Meja Meltorp ni dibeli dengan harga RM159
Rasanya ok jelaa sebab sekarang kan duduk rumah sewa.haha
Nasib baik ambil kerusi kaler putih.. sebenarnya kitorang laki bini ambil kaler hitam, tapi bila tengok akak ni duk usung kaler putih macam lagi cun putih kot..

Kerusi ni RM 35. Beli dua je sebab ingat nak campur ngan kerusi IKEA yang lain. kalau tengok dalam katalog IKEA 2011 kerusi ni dulu RM29 JE.huhu
Rasanya takde masalah kalo orang yang berat duduk, walaupun nampak macam tak kukuh kan..
Just nice je rasa duduk atas kerusi ni..

Yang ni plak beli sebab xtahan tengok RM10.
Harga lama RM 12.90

dah macam penyakit plak hafal harga katalog.senang kalo pg sana jumpa barang murah bleh sambar je

Wednesday 5 March 2014

Ali darwish 1 year n7 months already

Alhamdulillah..
dah besar anak ummi. walaupun berjauhan dengan suami, ternyata Allah permudahkan menjaga Ali.
Semoga tahun ni rezeki kami untuk duduk sama ngan Baba..ameen :-)



Monday 17 February 2014

Lagi hasil shopping ikea- Chest of Drawers dan LACK wall shelf

Haaa layan gambar je la dulu..
Jalan jalan di IKEA memang best. Terapi minda gitu. Tapi memandangkan suami dah nak g DPA dari feb sampai September 2014, terpaksalah stop dulu.
Hope time suami balik hujung minggu, boleh pergi lagi..hahha

Alhamdulillah ada yang sudi pasang drawer ni. Berpeluh peluh juga pasang. Macam complicated sebab ada banyak skru dan paku.

Rumah kalau tak bersepah bukan DIY la namanya..

Hasil floating LACK.. puas hati..
Tu semua testing testing je.. nantilah fikir nak letak apa atas shelf ni

Oh tu dia drawer dah siap pasang. Apasal dalam gambar nampak kurus ya drawer ni. Di alam nyata macam lagi lebar.
Macam nak beli carpet or rug baru..

Sepasang frame.. Berat yang amat!

Monday 3 February 2014

Jalan Jalan JPO dan kenduri


Ala bucuk bucuk ummi buat peace pesen baru..



Ish dari mana plak gambar ni tersesat. Rasanya harga barang di JPO ni mahal sket berbanding KL.


Adik mat yang sudah keletihan. Tidur atas kerusi pun jadi lah.


Ali pun penat gak. Nak tido gak.... zzzzzz


Sekitar rumah pengantin di Kluang.


Berebut air pun boleh

Tuesday 28 January 2014

Praktis doodle

Semalam masa mesyuarat punyalah boring sampai siap doodle ni.Ini antara doodle yang mudah untuk memantapkan lagi seni.hahaha
bila dh join dlp rasanya banyak ilmu baru yang dapat diperolehi. esp dari serata dunia.
Hope dapat habiskan challenges sampaila minggu 52 nanti.
Jom google Documented Life Project!

Sunday 26 January 2014

Week 5 Challenge.. Documented Life Project

This week challenge wasnt really my favourite coz i think i sucks at doodle.
but i give it a try..so here's my work.

Friday 24 January 2014

Super simple study room

Study room ke ni. Rasanya workstation je.
Almaklumlah ni hanya rumah weekend, maka apa yang ada hanyalah simple dan mengikut keperluan saja.
Jadi aku telah sediakan sebuah meja yang agak besar, sebab rasa lebih selesa kalau besar.bleh letak PC dan boleh siapkan journal gak dalam masa yang sama.
Ermm sebenarnya bila buat journal lebih suka sepahkan kat atas lantai..hehe


Benda yang paling penting bagi aku adalah board hijau ni sebab suka sangat tampal benda benda comel. Kalender, kad birthday atau apa saja yang memikat pandangan memang aku suka tampal kat sini.Kalau tampal kat dinding sayang plak. Board tu beli di IKEA


Fail hitam tu tempat letak majalah especially yang lembik macam mingguan wanita (favourite tuh) dan juga ada macam macam bil. Tengah usahakan pasal organise bills but i find it soooo hard to start. Ya, Kerja kat sekolah menimbun.

Untuk suami plak, aku set up kan komputer ni (err ok hubby yang setup) Sayang plak kalau nak guna laptop sebab kejanya main game je kat sini. Kadang kadang je buat kerja. Ada gak beberapa koleksi novel zaman anak dara dulu. Dah ada anak ni macam tak ada masa pula nak baca novel.uhuk


Wayar yang serabut kat bawah aku ikat sume masuk spiral tube. jadi tak nampak lah berselirat sana sini. Takpelah simple pon janji puas hati.

Sekian saja workstation saya...

Wednesday 22 January 2014

Hobi Baru

Rasanya aku memerlukan satu hobi yang baru untuk mengisi masa terluang.
Nak jadi cerita tengah melayan pinterest ternampak plak satu post yang sangat cumils.
Terasa kagum lak macam mana dorang ni boleh hasilkan lukisan yang cantik dan nampak sangat berseni.
Well,akhirnya dah jadi minat tengok hasil kerja dorang.



Dan tahun ni azam baru adalah melengkapkan planner. Yay me!
Dapat planner 2014 ni dari encik husband.hehe so apa apa hal memang catat dalam planner ni je.




Boleh juga jadi terapi minda. Bila kita ada masalah dan tension bolehla meluah pada buku ni. yelaa bukan semua kita boleh share ngan orang.
Rasanya sangat mudah orang nak salah faham dengan apa yang kita cakap.
People always misjudge me. Maybe it is my nature. To be misjudge, misunderstood and misinterpret.
NAHHH but I AM a miss independant. I WILL SURVIVE


Wednesday 15 January 2014

Salam Maulidur Rasul 2014


Khas buat sahabat, pelajar dan sesiapa yang mengenaliku..
Semoga dengan kasih sayang Rasulullah dapat kita hidup dengan penuh keberkatan.
Jom Selawat!