Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, 27 June 2009

hari ini 19- murah rezeki

venue: lorong hitam sejajar dengan ABU BAKAR
pukul: dalam setengah jam lepas maghrib


ini yat.dia baik.dia sangat suka memasak.tapi hari ini dia makan free.nampak tak senyum solid puas hati makan free!!



yang ini aku syak tengah menurun jembalang dari mana ntah.siap berkepuk-kepuk asap kemenyan


kami gembira.tak nampak ke muka macam gembira?kalau tak nampak buat buat nampaklah :P


ini orang cina saja reti masak.satu lagi orang kok lanas je.kalau terasa nak makan sila telefon no ini 00447872966094.free delivery


inilah kedai di lorong hitam.kakak waitress dia tak payah cakap memang skema.nasib baik mood tengah elok kalau tak dah lama aku karate meja!!



layan sekejap..sekarang 230 pagi mata tak boleh lelap.oh hati lara

Friday, 26 June 2009

hari ni 18- betul ke aku demam?


pagi pagi lagi aku dikejutkan dengan satu panggilan misteri.aku syak balak hensem mahu berkenalan.dalam mamai pun hati aku dah berbunga riang.tapi ternyata meleset sekali bila si pemanggil memperkenalkan dirinya.MSM shipping katanya.wth!!! baru pukul 6 pagi sudah mula kerja kah?.dalam duk menyumpah sempat lagi aku terfikir,orang orang macam ni kalau buat suami mesti hidup tak susah esok lusa.

dengan muka sememeh aku layan juga jejaka jejaka shipping ni.habis je angkat kotak aku sambung lagi tidur.niat di hati harini nak pergi GP.kan aku demam,kenalah check ni.nanti kena selesema babi satu rumah masuk wad pulak.

pukul 8 pagi aku call book appointment.kautim punya kautim, pukul 12 tgh hari aku jumpa dr siddiq.cantik orangnya.putih.slim.hidung mancung.yang hairannya aku pergi dengan badan panas.masuk saja bilik dia terus sihat.hasilnya,dia suruh aku balik sebab aku sihat.mungkin stress katanya.

stress???? aku??? duk melepak rumah je pun.stress amenda.aku syak dia ingat aku ni gila sebab tak demam tapi kata demam. wah wah dulu rasa macam pernah tengok dalam ER atau greys anatomy,orang yang dari segi saintifiknya sihat tapi dia sorang sorang saja rasa sakit.sekarang dah jadi kat aku.macam tak masuk je ngan gaya aku.macam gampang orang happy dah habis degree kita duk demam kat rumah.

dan harini result final keluar.alhamdulillah...semua pass.semua orang pass.boleh balik dengan hati girang.bo lah..aku dah nak makan paracetamol 2 biji kasi solid badan.esok mungkin nak pergi town jalan jalan.ada yang nak ikut???

Tuesday, 23 June 2009

hari ini 17- aku kamceng malek noor

harini macam letih gila,tuhan saja yang tahu.percaya atau tak,aku tengah menaip sambil baring,laptop atas perut.ini skill aku yang terbaru orang slim saja boleh buat.kalo korang perut tinggi,sila kuruskan perut dulu.

tgh hari tadi macam gampang angkat barang.lusa mary balik,jadi harini kena berusaha keras angkut barang milik 3 orang,sumbat dalam van dan angkut lagi masuk rumah baru.3round ok!tukang angkut 2 orang saja,aku bajet kalau malek noor tengok ,aku yakin dia mengalir air mata terharu.driver van pulak macam takde perasaan tengok saja.sengih saja pandai.LELAKI!!! what do u expect.

balik2,masak nasi lemak.penangan angkut barang,3 pinggan aku makan.malam makan lagi.sampai sekarang aku boleh nampak lagi tangan ni terketar2.hahhahah nampak je ganas tapi lembik sebenarnya.mungkin belum betul2 sihat agaknya.

demam nak balik? demam rindu? atau swine flu? oh babi tolonglah jangan susahkan aku.

p/s: apasal susah sangat nak respond bila aku tanya nak g gathering ke tak?

Saturday, 20 June 2009

gathering sek kito


perhatian..

semua kawan kawan saing saing INTEC
anda diwajibkan hadir ke majlis lepas rindu ZAMIR
pada 2HB JULY 09
pukul 2 tepat di rumah mira la dolce
sila bawak hadiah satu seorang
then kita randomly tukar
see you there!!!!!!!

sila datang.kalau tak aku bom rumah korang!

Friday, 19 June 2009

hari ini 16 -spoiler

ok ok.. ini aku nak jadi spoiler kepada sesiapa yang tak tengok lagi TRANSFORMERS.

cerita ini dimulakan dengan suasana 2 tahun selepas Transformers 1,Sam yang akhirnya nak masuk kolej,meninggalkan Bumble B serta aweknya Mikaela dikampung.di kolej dia jumpa sorang kawan(aku tak paham apa significant mamat ni) plus jumpa awek no.2 hot yang rupa rupanya adalah decepticon.daa...kena tengok part lidah dia!!!.Sam pulak dah jadi macam atuknya,nampak simbol2 pelik lepas terkena renjatan kuasa batu bagi nyawa tu(aku lupa dah namanya).

di pendekkan cerita,abang optimus prime muncul.kata nak balas dendam sebab zaman dahulu kala dia kalah battle.misinya adalah nak musnahkan matahari,which is obviously takkan berjaya.dipendekkan cerita.optimus prime mati sebab nak selamatkan Sam.kesian...

cerita ini memang kena tengok.personally aku rasa yang ini lagi best dari yang first.ditambah watak2 yang baru.siap ada robot twin lagi.yang tak pergi lagi sila pergi..

p/s: bersama seruan ini aku ajak korang semayang berjemaah juga :P

video

Tuesday, 16 June 2009

makhluk berhalkum

bismillahhirahmanirrahim...

sengal

bajet bagus

tak guna

tak kenang budi

sombong

berlagak

ini yang aku nak sembur dekat muka orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.bila nak mintak tolong macam gampang mulut kau manis.bila orang mintak tolong balik, macam sial ko balas.dah la muka buruk,hati pun buruk, bagi free pun aku tak hingin.bagi ceramah dekat orang pandai tapi kau sendiri perangai macam tak lepas tadika PASTI.buatla selalu kat orang macam ni.satu hari kau tahulah langit tu tinggi atau rendah.

semoga selamat dunia akhirat!!!!

khas untuk makhluk berhalkum.u know who u are

Monday, 15 June 2009

hari ini 15- daurah kacip

aku mulakan daurah dengan hangover.18SXXXX orang macam aku dengan kacip saja yang boleh tengok!!


2 minit lepas gambar ini ditangkap,aku karate ATM ni sampai pecah dua.dahla tinggi,duit satu sen pun tak dapat.macam gampang


bet dan syaza sudah praktis.aku harus ambil tindakan segera ni.nanti diorang potong line


tak tahulah gambar aiman atau bet yang difokus.baby pertama yang aku pegang sejak 3 tahun dekat leeds


Saturday, 13 June 2009

hari ini 14-kenyataan


ini khas untuk mereka mereka yang tak dapat nak menerima kenyataan


kenyataan bahawa aku dah nak balik.yehaaaaaaaaa


semoga result aku nanti OK.alhamdulillah siap-siap

Thursday, 11 June 2009

hari ini 13-aku benci mesin ambil nombor

hari ini aku sudah janji dengan bet nak pergi town.pukul 10.30 pagi lagi sudah bangun,aku jadi bangga dengan diri sendiri.aku pakai cun-cun,kasi solid sikit.aku tengok bet lansung tak smart,mana boleh pergi town pakai tak smart,jatuh maruah kalau jumpa sesama melayu.

lepas pusing seround dua kaki pun dah naik lenguh,benda paling penting sekali dalam list harini,aku tak buat lagi.rasa macam nak jadi keliwon kat tengah-tengah jalan tu tapi aku masih menjaga tatatertib.dari jauh sudah nampak kelibat orang melayu,cepat-cepat aku ambil selekoh kiri.ini melayu gaya katty perry,mana kacip ngan aku.baik aku blah cepat-cepat.nanti terkutuk dapat dosa kering.

lepas minum air kacip fatimah rasa tenaga dah on balik.aku berlari-lari riang menuju ke pejabat post.orang punyalah ramai macam ada konsert siti nurhaliza,pak cik smart kat tepi tu pun nampak duk tersengih sorang sorang.aku jadi tak sedap hati dah.gaya cool kena maintain,aku main tekan mesin ambil nombor tu.cantik!!!
nombor sikit.nombor dua belas.aku toleh belakang kasi satu sengih puas hati dekat bet.intai-intai screen giliran tu aku jadi cuak tiba-tiba.

kenapa nombor sekarang 142? aku belek-belek kertas nombor tu kalau kalau ada nombor lain.

biar betul,takkan mesin ni buat gila dengan aku.hati aku dah mula nak membara.

sekali lagi aku tekan mesin gampang tu.nombor tiga belas.intai-intai pakcik depan aku ni pun,dia dapat nombor lima belas.jadi logiklah kalau aku dapat nombor dua belas.

dalam 20 minit juga aku termenung dalam pejabat pos tu.tiba-tiba lalu sorang akak,agak bergaya orangnya.aku syak dia mesti pekerja pejabat pos ni.apalagi aku ingat nak bertempik saja dekat muka dia kenapa nombor aku 12 padahal sekarang sudah nombor 147 tapi tengok muka pengasih akak tu aku akhirnya tanya elok-elok.

habis saja ayat terakhir dia,cepat-cepat aku masuk kedai order air sirap dengan cheese burger satu.dengan hati tenang aku makan burger sebab aku sudah tahu bahawasanya ada lebih kurang 65 orang lagi depan aku.semua nombor ada 200, dan aku dalam kiraan yang baru,bermula dari kosong balik.macam gampang pejabat pos dekat leeds ni! sumpah lepas ni aku pos surat pakai burung saja.

Wednesday, 10 June 2009

emosi seorang perempuan

1-kenapa bila waktu dia marahkan aku,aku tercari-cari kemaafan darinya.

2-kenapa bila dia sudah mula mahu pujuk aku jadi jual mahal hati keras jiwa batu.

3-kenapa bila ada orang cuba berbudi bahasa ringan tangan hendak tolong,aku akan ada perasaan negatif yang dia hendak tolong kerana inginkan balasan.

4-kenapa bila aku rindu aku akan jeling-jeling telefon 2 minit sekali,dalam otak ada beribu-ribu perkara yang hendak aku katakan tapi bila si dia sudah call,aku cuma terkeluar "ok,tak apa".

5-kenapa aku selalu tersenyum setiap kali si dia janji perkara-perkara yang manis padahal aku sedia tahu yang semua tu hanya bertahan paling lama pun 2 3 hari.

6-kenapa aku jelik tengok orang lain bahagia.tak cukup bahagiakah aku selama ini.

7-kenapa aku tulis ni?aku pun tak tahu.ini lagu yang tengah kacip dengan emosi aku

Wednesday, 3 June 2009

hari ini 13-aku jadi kucar kacir

aku homesick tengok mak syaza!!!!
aku nak ma aku jugak

bo!pergi main jauh-jauh

Monday, 1 June 2009

hari ini 12- aku yakin boleh

aku sudah sedia.aku calit lipbalm sikit,aku sauk kasut putih cap anak anjing dan dengan penuh bergaya aku mulakan langkah.hari ini pukul 9.30 pagi baru aku dengan kacip keluar rumah.bukannya jauh pun manuel centre dari rumah aku,lebih kurang sekilo tolak 327 meter saja maka tak perlulah aku kayuh basikal,lagipun tak manis pula kalau aku tinggalkan kacip aku jalan seorang diri.kalau jadi apa apa dekat dia,kau mahu jawab? mesti sempat sampai.ujian arab aku sepatutnya mula pukul 10 pagi.

sudah separuh jalan tiba-tiba kacip tanya aku bawa student card atau tak.biar betul bai..dah separuh jalan ni baru nak cakap.apa boleh buat,maka sekuat hati aku lari balik rumah ambil kad.sudah sampai depan pintu aku cari-cari kunci dalam beg.tak sampai 2 saat aku sudah nampak id aku ada dalam beg,terselit di celah-celah nota arab.aku karate pintu masa tu jugak.buat penat saja.

dan kami teruskan perjalanan nak pergi exam.orang-orang yang sengih2 aku tak layan,orang-orang yang jeling2 aku tak ambil port.aku ada misi penting harini.misi dapat seratus arab.aku genggam padu tangan.dari jauh lagi sudah nampak kelibat budak kelas arab aku,roberto.dari gaya sengih aku syak dia baru balik jumpa susan boyle.aku jadi tak puas hati.dengan senyum plastik aku tanya dia

how was it?

well it was easy.it was exacly the same as last time.so yeah..it was good

hek eleh..kecoh!makcik jual goreng pisang depan rumah aku pun tak pernah cakap susah setiap kali keluar dewan peperiksaan.aku jadi panas.akhirnya sampai giliran aku.gila apa nak ambil ujian aku tak gentar lansung.muka steady je.part role plays memang kacang.part essay lagilah kacang.tingal soalan yang terakhir.aku memang yakin harapan untuk aku dapat seratus sudah dalam gengaman.

umr akhi thalatha wa ishriin sanaa

solid aku jawab.tapi aku rasa macam tak ngam,macam ada yang tak kena dengan jawapan aku tu.tutor aku pun sudah buat muka toya campur sengih semacam.bila aku fikir-fikir balik memang sah aku salah bagi jawapan.orang tanya adik dah kahwin ke belum aku pergi jawab umur adik aku pulak.gampang!!

dengan suara yang tersekat-sekat aku jawab afwan bila sandra kata syukran sambil hempas pintu halau aku keluar.hancur harapan aku nak bawa balik trofi dapat seratus hari ini..