Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 30 April 2009

hari ini 1

hari ni satu hari berada di uni-agak bangga dengan diri aku sebab berjaya bangun pagi,sebab minggu lepas(hari khamis juga), aku sakan tidur sampai terlepas satu kelas.balik kelas pula pukul 6 petang,aku rasa separuh gila.tadi dalam kelas aku tikam2 buku aku dengan pen,aku conteng2 meja dan sempat juga aku usha translator ber'bahasa isyarat'.(dia ni khas utk abang pekak dalam kelas aku).hasilnya aku tahu sign language untuk energy,equilibrium dan juga pressure.tiba2 rasa best jadi orang pekak.sorang lagi kakak pekak(juga dalam kelas aku-mungkin separa pekak),ada orang tolong tulis note untuk dia,untuk setiap subject pula tu.aku cemburu! patutkah aku berpura2 jadi pekak? supaya nanti dapat macam tu juga!(T_T)
dan sepatutnya aku dengar apa yang Sarah ajar kat depan,tapi aku otak aku terlalu tepu.patut makan dadah baru boleh lebih fokus!

sampai je bilik,aku bukak email.hati aku tersentap.inilah yang aku tungu2 dalam seminggu nih! bil elektrik rumah aku dah sampai.orang yang rapat dengan aku sudah sedia maklum yang 3 bulan lepas..hampir seribu pound bil rumah ni.masa tu,rasa macam nak pindah senyap2 je dari rumah ni,sebab tak nak bayar bil.tapi mungkin miah akan dapat jejak kami guna radar,jadi aku cancel niat mahu lari.

kitorang ubah strategi.no more dryer,no more vacuum cleaner,no more everything.peti ais dua pun kami guna satu je.hasilnya..korang tengokla sendiri,malas aku nak cakap.aku dan syaza sempat menagis dalam dakapan masing2 sebab terlalu gembira.kihkih


click kat gambar untuk imej lebih besar~

harini juga aku exam listening untuk kelas arab, dan kelas aku memang macam sampah seperti biasa.Sandra harini mengamuk lagi,nasib baik aku tak sakit jantung dengar dia jerkah Aryan sebab makan chewing gum.dan chewing gum dalam mulut aku?terus hilang..tertelan beb!!!.lepas dengar dia bebel dekat sepuluh minit,exam pun mula,aku cuba fokus tapi otak dah tepu-pukul 5 masa tu.tengok yat macam cool je.cis!dalam hati menyumpah diri sendiri sebab tak fokus masa menghafal semalam.nak terkoyak kertas tu aku tenyeh,berharap datang ilham tapi gagal.padahal dari tingkatan 1 lagi aku belajar arab,sampailah tua bangka tingkatan 5.sekolah je bertingkat2,bodohnya berlapis2.(emo sebab tak boleh jawab).
patutlah masa spm dulu aku dapat c.tu pun aku agak terpana,ingat dah fail sebab masa exam tu aku ingat lagi,aku banyak salin balik je soalan arab tuh.huh..mungkin otak aku kecik,iyelah..kepala pun kecik! sudah nak hafal

belajar banyak2,yang ni aku paling ingat

anta mutazawwij?

apa lagi.jawabla.buktikan yang korang lagi bijak dari aku!!! dan balik tadi aku dah start selesama.teringat tadi masa exam aku duduk dekat dengan Francisca,and she's from MEXICO! mungkinkah....
tidak! tak nak selesema babi.teringat zaman kecik2 dulu ada selesema burung,lembu gila la..banyak betul.stupid animals..y they all get sick?? terfikir untuk jadi vegetarian xoxo

Wednesday, 29 April 2009

orang keliling aku

not happy at all

orang-orang yang hidup disekitar rumah aku,memang tahu yang rumah ni tak pernah aman.kerat jari aku,dalam seminggu mesti akan ada yang tarik muncung.berbelas2 ela.Ma aku cakap,sepatutnya masa mula-mula nak duduk sekali dulu kena ambil no ic setiap orang pastu bawa pergi jumpa bomoh azlan kok lanas.bomoh dekat kg. Dendang pun tak apa juga.kasi tilik sikit tengok ada ong tak,mahu duduk sama-sama.kalau tak,inilah jadahnya.

aku memang benci kalau orang perempuan gaduh.rimas perut,rasa macam nak hempuk je semua orang dengan kuali.baru style!salah satu sebab syaza kuat isap dadah pun,sebab suasana rumah kitorang la.sebab tu dia yang paling cool.paling kurang gaduh!bila orang gaduh dah nak sampai klimaks,dia masih lagi tertenyeh-tenyeh hidung sebab tak cukup dose untuk hari itu.

dengan si yat ni,aku tak tahu lagi apa nak bagi nama,sebab dialah yang selalunya paling jahat,paling kejam mungkin.kalau dia dah benci orang,tak payah nak hempuk2 kepala orang dengan kuali.terus disconnect!cubala try tengok sapa yang pernah gaduh dengan dia,ada lagi tak dalam ym list dia.tak ada wa cakpa lu.lagi stylo.

haritu aku pernah cakap yang perempuan tak g*&^ tak wujud.aku tarik balik kata-kata aku.kadang2 gaduh dengan lelaki lagi senang.bukan aku pro lelaki,tapi selalunya lelaki lebih banyak mendiamkan diri bila terlibat dalam situasi sebegini.tak serabut otak,tak rimas perut.aku suka lelaki!

dan harini aku pula yang mulakan pergaduhan.aku tau salah,dan aku tak nak jadi betul pun kali ni.aku paling pantang kalau orang jenis berkira.hidup sesama manusia kenala ada toleransi.mungkin sekolah dulu dia tak belajar maksud perkataan tu.nak orang layan kita dengan baik,mestilah kita layan orang dengan baik juga.sesiapa yang tak suka dengan aku,menyampah baca apa yang aku tulis ni,boleh berambus.iye..berambus!perlukah aku tunjuk caranya???

perihal semalam


pukul 5.30 petang lagi aku dah kerah orang suruhan aku masuk dapur.ingat nak suruh dia potong sayur,potong bawang ke.aku kasi blend bawang sikit,cili kering sikit,nak bagi kaw.dah terbayang mee aku ni rasanya pedas2 sikit,manis2 sikit,masin2 sikit.nampaknya semua bahan dah sedia.udang ni besar gila,ada la sebesar genggam tangan aku.nampak gayanya mee jijan aku akan bakal jadi hit kat rumah ni.teringat masa muda2 dulu,aku selalu kempunan nak makan mee mamak.tapi kat kelantan mana ada mamak,kena tunggu balik shah alam baru boleh makan.kesian...duit pulak tinggal 2 ringgit je dalam poket,jadi aku kenalah wat muka manis dekat jejaka-jejaka target supaya nanti adalah orang volunteer nak belanja aku makan.itu je trick yang aku tahu.

memasak memang aku power.tak ada hal, cuma satu je masalah,berkaitan dengan orang suruhan aku.sakit mata betul tengok dia asyik pakai shower cap setiap kali masuk dapur.gila tak rock!ikut hati aku mahu je aku rentap cap tu,masuk tong sampah.tapi tak boleh nak salah kan dia.dia mana tahu etika nak jadi tukang masak hebat.reti makan dadah, beli dadah je.sebelum dia turun dapur,aku dah pastikan dia makan ubat sakit jiwa dia sebiji.supaya otak dia tegar!baru boleh tolong aku masak.

mee jijan ni macam dekat kedai mamak aku buat.masak satu-satu.perghhh kalau korang tengok mesti tak sempat habis baca entry aku ni,korang dah berlari-lari pergi cari mee jijan kat kedai.hahhahah aku punya special,ada telur.masuk kicap,masuk sos tiram.masuk minyak bijan(ni paling penting.tak ada bahan ni.hampeh!) masuk udang,sayur tauhu.kasi letak sayur sikit.siap!

aku panggil 2 orang suruhan aku.masa untuk makan,orang jepun kata-ittadakimaaas.kenapa aku suka tengok cerita kartun jepun?bukan nak kutuk kartun malaysia,tapi aku nampak,kartun jepun lebih banyak mengandungi mesej-mesej yang tersirat.tengok naruto saja sudah cukup.part lawan2 bukan banyak pun.yang banyak, berkisar tentang semangat,tentang daya saing,serta tujuan dalam hidup.kartun malaysia apa barang!kalau upin ipin tu,apa mesej dia?so forgetable.

balik pada cerita tadi,aku amik garfu,aku amik sudu.slurrpp.sambil suap mee masuk mulut,aku tanya dua-dua orang suruhan aku:

amacam,ada masyuk?lepas ni korang rasa aku boleh bukak kedai mee special tak?

sepi..dekat seminit aku tunggu.diorang buat senyap je.nampaknya dua orang suruhan aku itu agak dingin dengan soalan aku kali ini.tak guna!

Monday, 27 April 2009

babi susahkan orang

[edited] gambar ini tiada kaitan dengan babi!!!
YES tomok to 33399 :) aku tak sabar,korang sabar tak?? instinct aku berkata bahawa clark kent yang akan menang.tengok glasses dia sudah tahu.hihihi dari sekolah lagi aku suka dia.
satu perkara lagi,mungkin ada orang dalam rumah aku ni kena makan ubat sakit jiwa.dari tadi gelak macam pontianak tak berhenti-henti,aku jadi takut.tolonglah kepada yang berkenaan,sila ubah pitching gelak anda.ngeri aku mendengarnya,terbayang kekasihku seru!
apa-apa pun,ada orang tahu maksud sohai?? sila bagitahu aku.

malas macam kucing ni..ops,tomok suka kucing miawwww

arghhhhhhhh aku nak balik rumah!!!.rasa malas bertimbun-timbun tengah hempap kepala ni.mungkin aku boleh buat swine flu (selesema babi) sebagai alasan untuk tidak pergi sekolah.LOL! iyela..nanti tak pasal-pasal aku sakit,kalau pendek umur,tak sempat kahwin pula.semalam syaza sudah pun berura-ura mahu tunjuk perasaan supaya UK bagi free mask dekat semua orang.mungkin aku juga akan turun padang tunjuk perasaan.


harini nak kongsi satu rahsia.cikgu aku ajar tadi--->manusia sangat mudah dijangka.so predictable.kalau tak percaya,meh sini aku bagi 12 facts yang mungkin 129% betul pasal korang


12 Facts About You.
1. You're reading my comment
2. Now you're saying/thinking that is a stupid fact.
4. You didnt notice that i skipped 3.
5. You're checking it now.
6. You're smiling.
7. You're still reading my comment.
8. You know all you have read is true.
10. You didnt notice that i skipped 9.
11. You're checking it now.
12. You? didnt notice there are only 10 facts


hihi.betul kan? harini ada permintaan mee jijan.terima kasih kepada jijan.err dia tuan punya resipi,aku jadi tukang masaknya.ada orang nak order???

xoxo

Sunday, 26 April 2009

untuk kamu

marilah tenangkan hati..dengan tengok gambar-gambar bunga (T_T)
beberapa ketika aku duk termenung memikirkan,bagaimana cara untuk mengatasi masalah-masalah yang telah aku coret dalam entry sebelum ni.
wakatte!!!
nanda???
buatlah sesuatu perkara tu,dengan seikhlas mungkin.
mungkin at the end kita tak akan dapat apa yang kita harapkan, tapi sekurang-kurangnya kita dah buat perkara yang betul.

*untuk orang yang terlalu berhati-hati-tak perlulah kita mengelak dari disakiti,because love is pain.tanpa kesakitan,kita takkan tahu apa yang kita rasa itu adalah cinta ataupun hanya stupid crush yang akan hilang seiring dengan peredaran waktu.
logiknya..tanpa susah,kita tak tahu erti senang. tanpa kejian,kita tak tahu erti pujian.jadi tanpa sakit hati,kita takkan tahu erti bahagia

*untuk orang yang tetap dengan pendirian mahukan teman yang cantik sahaja-aku nasihatkan: sila jauhkan diri anda dari perempuan2 yang tidak cantik.itu saja caranya!!!
no friendship, no whatsoever

*untuk orang yang sentiasa ragu-ragu-love should be simple and easy!kalau kita ada banyak menda dalam otak,banyak persoalan dalam otak,banyak tanda tanya tentang masa depan,mungkin orang itu,bukan untuk anda.pengalaman aku,bila kita dah jumpa orang yang betul(setakat hari ini:P)..semua benda nampak senang,smooth dan tidak menyerabutkan otak.kita akan terima dia dengan senang hati

*untuk orang yang bertepuk sebelah tangan-mungkin si dia akan terima anda akhirnya.tapi sanggupkah anda korbankan segalanya untuk dapatkan dia.bahagiakah nanti bila hidup dengan orang yang tak cintakan anda?sanggupkan hidup dalam bayangan yang si dia akan tinggalkan anda bila bertemu orang yang lebih baik?kadang-kadang aku setuju dengan ayat ini "pilihlah orang yang mencintai kamu,itu yang terbaik"

*untuk orang yang masih mencari atau menunggu cinta-jangan pernah berputus asa.kita akan dapat sesuatu menda dari ALLAH,bila kita sudah bersedia menerimanya.it's just a matter of time.pada pendapat aku,orang yang macam inilah yang selalunya paling bahagia.

*untuk orang yang rambang mata-oh ramai sangat peminat ye!!! yang ini aku tak ada nasihat untuk kamu,sebab aku pun perlu berguru lagi untuk settlekan masalah ni.HAHHAHA jangan marah ye.sila tengok gambar munge... things around uni

indahnya..ada matahari..ada bunga..part yang tak indah..ada buku


same scene


rasa macam nak makan bunga-bunga ini


spot the giant poster of katty perry..yeeha coz when im with him i am thinking of u ...what u would do if u were the one who was spending the nights...i wish that i was looking into ur eyes

dah kembang..roger steven


oh green week ke minggu ni


1992 sounds sooooooooo ancient nowadays

u know u love me xoxo

Friday, 24 April 2009

macam mana nak jadi lelaki tak guna

depan library..aku pon nak berjemur gak :)

umur aku masuk tahun ni, sudah 23 tahun,sudah tua rupa2nya (T_T).
sepanjang hidup aku,aku kenal ramai lelaki.dengan lelaki,seorang perempuan boleh jadi orang yang paling bahagia tapi boleh juga jadi orang yang paling malang dalam dunia ni,sebab jumpa lelaki yang jenis TAK GUNA.entry kali ni,aku nak bagi pendapat aku tentang macam mana nak jadi lelaki yang tak guna,khas untuk korang(lelaki)yang rasa senang hati sekali setiap kali sakitkan hati seorang perempuan

1-bet dengan member2,kalau korang dapat jadikan gadis target korang tu sebagai gf,korang dapat imbuhan.hihi tak kiralah walau dapat makan burger Mc.D free saja.korang peduli apa! yang ni,aku pernah kena..so rasanya sangatla indah sekali bila kena main camni.patut dicuba oleh sapa2 yang baru berjinak2 nak jadi orang tak guna.

2-pukul perempuan.baru nampak macho kalau boleh pukul perempuan dan paling cun kalau boleh tampar perempuan depan orang ramai.hal2 yang macam ni tak pernahla pulak jadi kat org2 yang terdekat ngan aku,tapi aku cuba gak imagine kalau kena penampar dengan lelaki sakit ke tak?ada orang pernah kena?

3-ni ramai orang buat:bercintalah lebih dari seorang.lelaki kan ada 4 kosong,jangn pernah cakap kat sapa2 yang korang ni dah berpunya.title 'berpunya'tu cuma buat korang hilang perhatian saja.lagi ramai perempuan,lagi korang nampak cool.tapi cinta ni pelik,kadang2 2 perempuan sanggup kongsi seorang lelaki.kalau dah kes macam tu,dah tak boleh salahkan lelaki.aku kongsi? tidak sama sekali!

5-jadilah lelaki yang paling jual mahal kat dunia ni.bila dia call,jangn angkat.bila dia text,jangan reply.cukup 4 kali,baru angkat.kata korang bz dan akan call balik.tapi jangn call balik.bila perempuan call lagi sekali.kata saja yang korang terlupa...suka!!!

6-beri harapan palsu pada perempuan.buat dia rasa istimewa tapi bila nampak je dia dah suka korang..tinggalkan.aku rasa yang ni pun ramai orang buat.mengorat separuh jalan,tiba2 confius suka betul2 ke suka main2.oh kamu memang tak guna.

7-ini paling penting(even no7)-pilihlah perempuan yang cantik saja,sebab perangai buruk boleh diubah tapi kalau muka buruk..huh korang sambunglah sendirik

8-dahla..aku pon dah pening(sbb cuba berotak seperti lelaki).nanti aku nak pergi menuntut ilmu macam mana nak hapuskan lelaki tak guna pula.wanita tak guna wujud kah??? xoxo

[EDITED]
9-walaupon korang dah berpunya,still keluar dengan perempuan lain.dengan beralasan yang korang tau limit antara cinta dan sahabat.bagi korang,xsalah berkawan dengan ramai perempuan,sebagai kawan saja.bukan nak bercinta pon.huh! apa yang buat anda jadi lelaki tak guna?at the end..akan wujud juga rasa suka tu.kerat jari aku for this one.kesian gf korang.

[EDITED LAGI]
tajuk entry aku ini,namanya 'macam mana nak jadi'..bukannya aku nak cakap lelaki itu semuanya tak guna.tolonglah jangan emo!korang tak buat baguslah,dan kalau dah buat baliklah ke pangkal jalan.semoga aku dapat pahala suruh korang balik ke pangkal jalan ni.hihihi

Wednesday, 22 April 2009

MATAHARI

aku dah nak dekat exam.tapi aku still kuar lagi.ARGHHH
kali ni tengok 17 again plak.sebab hari ini hari rabu,kami dapat wednesday 2 for 1 ticket.thanks to Orange.hihihi
review..sweet..tu saja yang aku boleh cakap(sebab aku kurang suka orang bulu mata lentik macam zac afron) (T_T)

ENJOYIN' THE SUNSHINE






Leeds sangat indah bila ada matahari :) xoxo

Sunday, 19 April 2009

kelantan final???

cheerleaders kelate


kelantan dapat g FINAL?
OMG OMG OMG
gomo kelate gomo

Friday, 17 April 2009

hari gembira dan malang

kami mangsa panahan lens k.Ita,meleleh air liur tengok slr dia:p

hari ini hari jumaat..macam biasa OIAM memang dinanti-nantikan.but sebelum tu,pagi tadi kami BBQ lagi!!!sesiapa yang tidak dijemput tu janganla kecil hati.kami habiskan duit upah buat nasi NISE je ni.so,bajet ciput.hanya 2 buah rumah sahaja PLUS k.ita dan anak2nya.snap2..

aksi golek-golek di HYDE PARK



syaz dengan marry gembira jadi kanak2 riang

apa ni reym?? sila kontrol ayu sikit.tengok syaz ngn yat, sopan saja


ni aksi ratu pengepit yang terkepit

kenapalah semua gambar reym ada??

yeay..kami ada tent!!jangan tak tahu ada ibu gajah(yat) dalam tu


yat beraksi kuch kuch hotak hang

dan sekarang masuk pasal OIAM pula.BODOH BODOH BODOH BODOH (sorry saya agak emo).geramnya hati.kenapalah si NINE tu tak keluar lagi.terkena pula dekat amylea.eventhough im not her fan,i still feel a bit frustrated!bila amylea keluar,sudah tak ada contestant yang boleh beri cabaran pada tomok dan ester lagi.SHIT!(sorry sekali lagi saya emo).sepatutnya NINE yang keluar.arghhhhhhhhhhhh dah lama aku tunggu dia keluar.aweera pun sama.vote out for both of them!!! whatever major looser,sila layan tomok

Wednesday, 15 April 2009

lelaki selalu begini III


kenapa aku telefon dia
mungkin aku mahu berbaik baik dengannya
mungkin juga aku sudah tidak mahu bergaduh
mungkin aku rindukan dia

kenapa aku telefon dia
mungkin aku sudah mahu mengalah
mungkin juga aku mahu mendengar pujukannya
mungkin aku perlu mendengar suaranya

tapi apa yang aku dapat?
tiada apa-apa!
katanya..pergilah buat apa apa yang patut
dan aku masih terpaku disitu
mungkin masih mengharapkan pujukannya

lelaki memang selalu begini
mungkin aku tak akan telefon lagi
mungkin dia akan aman tanpa aku
mungkin aku sudah menyerah kalah

Tuesday, 14 April 2009

30% angel 70% devil


harini aku bangun pagi(err..10.30 tu kira pagi la!).harini aku ada date ngan syaz ngan yat(mmm sapa lagi)kami janji nak tengok fast n furious.WEEE

oh sungguh sweet.kalau dulu aku agak kurang suka paul walker ni tapi kali ini aku sangat suka dia.kenapa? aku pun kurang pasti.dulu dia agak kurus 'cikeding',sekarang dia nampak agak sasa dalam cerita ini.hehe sikit lagi nak sama tough ngan VIN diesel.BETUL AKU TAK TIPU.tapi tak adalah dia berketul2 mcm dom <---DIESEL
oh encik paul walker sangat cool dan sangatlah kebudak-budakan especially dalam part yang dia kenakan mamat lembik yang kutuk dia lepas kalah race.u knoe this!

part paling sweet adalah endingnya.korang kena tengok sendiri baru tahu best sungguh cerita ni.oh sebelum aku terlupa MR HAN pun ada.tapi baik xyah berlakon,setakat 2 scene sahaja.scene curik minyak + kat pantai(saat perpisahan dia ngn dom,dia kata nak g tokyo)eeeyu i hate tokyo drift!!!

tengah syok2 melayan cerita aku dengar yat menguap.mungkin dia mengantuk agaknya.mungkin juga dia bosan tengok cerita ni.iyelah,dia memang xsuka cerita omputih.bagi cerekarama..memang dia sanggup tak tidur.HIHIHI bila abis movie baru tau cerita.YAT MABUk!! katanya dia tak tahan bau subway syaz.takpun abang belakang dia main tolak2 kerusi dia.nasib baik tak muntah.FUH
papepun inilah kes pertama yang aku dengar..orang mabuk tengok wayang.dan kes terpencil seperti ini terjadi pada kawan baik aku sendiri.GOSH!

satu pesanan kat abang vue(yang xbagi aku amik gambar)..WHAT THE HELL???
nak amik gambar pun tak boleh.ARGHH tu memang aku tak berapa nak puas hati!!!!

nanti aku nak tengok 17 again pula.TRANFORMERS pun best.errr bila nak study ni??

p/s: eyes of "30% angel 70% devil"?
aint me

Sunday, 12 April 2009

oh arisa

masuk hari ini dah 2 hari aku tak sentuh mana2 buku untuk revise.semalam, seharian menghabiskan masa dan tenaga batin meng'reformat' laptop yat.aduhai susahnya vista.berjam2 aku ngan syaza mencuba,dari tengahari sampailah ke maghrib(almaklum lah kami ni XP) mana nak tahu yang vista sangatla bijak, tak perlu delete partition dulu..DAMN!!! but still,kalau sapa2 tanya would u use vista??.i would say..i am totally stick with my XP(IYE...aku memang old fashion).

sambil2 membaiki laptop,kami melalak dengan lagu rizu..yang kesian, cuma ada 3 lagu je dlm OIAM yang kami duk mengulang.oh we wish u were here,rizu.(jangan tak tahu yat suka butt rizu!!) dia kata siapa nak kahwin dengannya kena ada punggung macam rizu.harharhar statement tu(yat memang kuning)

ops..ada satu lagi cerita yang sangat best!!! DARI MATA ARISA.ada kat youtube.cubalah tengok.BTW,part awal2 memanglah agak membosankan(tapi aku suka:P).dah masuk episod belas2 baru cerita tu dah jadi sangat syok.trust me!!!.bisa buat anda tersenyum seorang diri.kiskiskis.ini antara part yang agak comel

sebenarnya ini adalah part yang paling minimum comel

dan harini pula,lepak2 bersama k.ita tajuknya.buat pertama kalinya dalam easter break ni,aku bangun seawal 8.30(patutla takde orang nak)!!!selalunya selagi tak pukul 10,otak aku beku.mata aku pejam.so aku akan jadi macam snow white dalam duvet ku yang sungguh mengkhayalkan(T_T)ada orang nak join???
kami makan nasik lemak.dia pergi carboot,kitorang tunggu yat masak soto..dan petangnya pergi bowling YEAY!!! snap2

~venue: morrison's bowling centre around 5pm

~gaya syaza.well..i'm amazed

~big L for YAT..looser untuk hari ini

macam biasa..dia memang suka dengan kanak2

tengok!! betapa aku tak suka.kat kaki aku juga si nurin ni

yang ni kena tinggal kat rumah.nak suruh orang dukung saja kerjanya

ada aku adalah mereka

apalagi..practice la semua orang, aku balik malaysia nanti,kita lawan.kalau tak sabar sangat,kat Leeds pun boleh.

p/s: haneem,knapa dah lama tak on9?aku ni susah nak buzz org invi

Friday, 10 April 2009

bapak banyak

sekarang aku nyawa2 ikan macam 2nd line,3 dari kanan

sebenarnya banyak keje sekolah aku untuk siapkan waktu easter break ni.haritu masa awal2 cuti, aku ada lebih kurang sebulan untuk siapkan keje ni.tapi tak apa, otak aku kata lambat lagi.nanti 10 hari nak sekolah,buatlah.dan aku pun enjoylah cuti aku ini penuh dengan perkara2 yang sangatlah tidak berfaedah.(korang pun sama la kan)

aik??? tiba-tiba je bila tengok kalendar,harini tinggal lagi 10 hari sebelum sekolah bukak.betul ke??? ARGHHHH.. aku baru nak bukak buku wei,baru nak revise..dah kena buat keje sekolah.adakah aku yang xreti bajet masa atau sememangnya masa cepat berlalu zaman sekarang ni.huh..nak g reka karangan ni.semoga jeremy tak fail kan aku (T_T) nampaknya xmungkin aku akan ke notts.keje aku bapak banyak!!!

[EDITED]
aku cakap je kerja banyak, tapi sempat lagi melayan OIAM.tak best!!!most probably because this sheila majid's song itself is a bit boring..or maybe purely boring!!! tomok pun sama ikut boring plus misai halusnya dah nampak macam apek aku tgk.but still, aku cinta padamu tomok

Thursday, 9 April 2009

saya tidak hairan


saya tidak hairan bila Muhyiddin Yasin jadi Timbalan perdana menteri.
disaat pak Lah jadi PM dulu dialah orangnya yang nampak begitu bersungguh-sungguh mahu pak lah letak jawatan...najib diam saja
disaat pak Lah memerintah dulu,muhyiddin yasin juga tanpa rasa takut takut menunjukkan pendirian dirinya yang mahu pak lah segera turun dari kerusi ketua negara.saya kagum..hairan pun ada kerana dia sungguh berani...najib diam juga
saya masih ingat bila muhyidin yasin sudah tidak tahan lagi.baiklah, saya letak jawatan kabinet!!! itu keputusannya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri,
najib diam lagi
sekarang...
bila najib dah jadi PM, muhyidin pula jadi timbalannya..
muhyidin pula diam..saya sudah agak!

p/s: terdengar cerita seorang gadis dari sik,kedah ikut teman lelakinya(penoreh getah)lari ke Myanmar naik motorsikal.inikah cinta sejati??sekali lagi saya kagum dan hairan.apa nak jadi dengan orang kelantan,pasal bola pun nak bakar stadium ke?saya kecewa!!!

Wednesday, 8 April 2009

syaza masak harini...

[edited]
semalam sebelum tidur, saya dapat satu berita panas.perihal budak leeds yang dulunya alim sekarang di malaysia sudah sangat berubah.kiskis perlukah saya jadi macam abang NAZ? buat edisi terjah?? :P

tak berapa sihat harini.dan semalam pun sebenarnya kurang sihat juga.tak demam, tak selesema tak batuk.sakit apa???
biasalah orang perempuan sebulan sekali mesti akan sakit.dah dekat 23 biji painkillers saya telan hari ini(high aku)..nak kena tunggu beranak dulu agaknya baru tak sakit lagi(bila nak kahwin ni!!!)..kesimpulannya makanlah painkiller selalu untuk kesihatan anda (T_T).bestnya kalau dapat tidur,teringat pada shontell dan baju bf nya dalam lagu tshirt, tapi saya hanya ada baju ini..
sungguh tidak romantik...

dalam sakit-sakit pon, sempat juga mengusha member2 kat rumah ni.kat bilik yat ada remz.masuk hari ini dah 3 hari dia berkampung kat sini.taula rumah ni best!syaza pulak nangis tadi.ingatkan kenapa,rupa-rupanya tengok diary OIAM tadi.part rizu dengan tomok berdakapan dalam tangisan sungguh menyentuh hati.kalah anak beranak RIZU.memang fanatik.see...tomokk saya juga seorang penyayang rupa-rupanya.
ni satu lagi rahsia..haritu kan(lupa bila)..syaza nak chatting ngan rizu kat website 8tv!kiskis kalau rizu buat album nanti..syaza tak beli akulah orang pertama yang pergi sebar video nangis syaza!!!hahaha ada berani?

layanla..saya tak puas mendengarnya


semalam sebelum tidur sempat tengok CINTA UNTUK AIN. zaman sekarang wujud lagi ke lelaki seperti QUE HAIDAR? mungkin tidak! tapi kalau kawan yang tikam belakang seperti ZARITA, saya yakin ramai.(maaf, saya agak prejudis sesama kaum)

p/s:good luck untuk kawan2 yang tengah exam.IYE..awak jugak!

Tuesday, 7 April 2009

im taking back my love


aku tak pernah peduli apa orang lain kata
aku tak pernah ambil hati dengan kritikan orang lain
yang penting..
apa yang DIA fikir tentangku
itu yang menjadi keutamaanku

tapi hari ini
bila ku tanya pendapatnya
dia hanya jawab dengan satu perkataan
simple senang mudah difahami tapi sangat mengguris hati
WHATEVER
itu yang dia ucap
masih menari-nari dalam otakku

mungkin dia penat
mungkin dia tengah marah
mungkin anginnya tak baik
mungkin aku juga tengah menyedapkan hati sendiri
mungkin aku patut lupakan hal ini xoxo

sapa mendahului??

sekadar informasi.. saya neutral OK :P

PAS, PKR, BN mendahului

[edited lagi]

9.20pm DAH MENANG DAH PUN..

[edited]
8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

*************************************************

Apr 7, 09 5:14pm

7.42pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

7.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

sumber: malaysia kini 2 boleh juga ke http://syaomel85.blogspot.com

Monday, 6 April 2009

apam balik

i've been tagged???

apa ni main tag tag orang!!! saya anti TAG (T_T)
TAPI demi menjaga kehormatan kamu encik AFFAN SIRRU yang gagah perkasa, saya jawab la ni..plus lagu di blog kamu memang menyentuh hati...(lagu raihan+budak2 tu ya,dan pastinya bukan lagu YUNA senget tu)

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu?
puteri----sebab saya puteri kepada abah saya

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
soalan bodoh.. malas jawab

3. Apakah method dalam penulisan blog anda?
bila ada idea trus tulis--simpan wat pekasam---edit--baru publish

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
new blogger OK..tak pernah rasa lagi.kalau jari dah xde mungkin akan dipertimbangkan.xpun kalau ada lebih dari 3 orang kata aku xde talent menulis dan aku ni membosankan..mungkin juga

[EDITED]
5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
beach of life-affan siru..kalau anda mencari seorang yang sweet, tinggi dan tough(maybe) dan paling penting, sangat2la gentleman, AFFAN la orangnya!!

bo TAG aku xoxo

bila dia bersuara

ramai sukakannya.dikalangan teman teman, XY memang terkenal.mungkin kerana badannya yang agak sasa berbanding yang lain, atau mungkin juga kerana senyuman manisnya.dia tidak sombong,selalu tersenyum bila bertemu teman mahupun orang di sekeliling.kalau dilihat dari segi luarannya,dia seorang lelaki yang sangat sempurna.

tapi dia xpernah bersuara.dia tidak bisu, tapi tiada siapa pun pernah berborak dengannya.ah.. dia memang pelik dari yang lain.satu perkataan yang dia selalu sebut hanyalah

sejuk...
sejuk...

dan orang yang paling rapat dengannya hanyalah XX.sebagai seorang teman rapat,XX tahu, sejuk itu bermakna XY inginkan seorang teman dan satu pelukan yang penuh kasih sayang..satu pelukan semata mata.tiada perbualan, tiada apa apa.namun XX tetap menjadi teman yang setia walaupun hanya sepi yang mengisi ruang antara mereka.

tapi harini XY mula berkata2 dan kata-katanya juga sangat pelik.pada XX dia bercerita yang dia ingin membina sebuah rumah, dan dia ingin berkeluarga.katanya lagi,dia inginkan anak anak yang comel2.XX pening.kenapa tiba2 XY berkelakuan aneh?adakah dia diserang penyakit?sawan mungkin?akan dibawa XY berjumpa doktor.

mungkin XY cemburu melihat pasangan yang lain gembira bersama teman masing2.berjalan bersama2,makan bersama2 dan berlari bersama2 dibawah hujan.katanya, ingin sekali dia menendang mereka itu supaya jatuh dua2nya.arghh..XY memang pelik..kenapa baru harini ini dia meluahkan?

dan XX pun sebenarnya ingin sekali membaling kasut di kaki bila melihat kebahagian pasangan lain....tentang perangai pelik XY, akan XX tanya pada doktor esok.itu azamnya..

Sunday, 5 April 2009

u are fired!

saya sudah takut takut mahu menulis di blog ini.hehehe sebab semua orang sudah mula usik2 saya suka menulis blog.kepada orang yang tengah senyum2(sbb terasa dia la org yang usik saya),dilarang usik lagi lepas ni.sebarang komen sila tulis kat dalam ni dan bila jumpa saya sila senyap2 ya.SAYA SEGAN!!! :p
apa yang didalam blog biarlah kekal dalam blog...sudah tentulah aisyah yang diluar tak sama dengan yang di alam maya.kiskis

walaupun harini beribu2 orang kutuk saya sebab suka TOMOK, tak apa, yang penting dia ada quality(ini khas utk k.fariha).tq syaz, sebab ko back up aku.tukar topic...
tahu tak lagu YUNA, dan sebenarnya..awal2 dulu dengar,im so in love with this song, terus cari pakai ARES, then simpan dalam phone.tapi harini, bila dengar lagu ni, rasa macam nak baling je phone.so annoying!! tambah2 part last yang mendayu2 ni,

dan sebenarnya...
dan sebenarnya...

ARGHHHH stress dengar(sorry ye YUNA's kipas susah mati),plus lagu dia semua macam lebih kurang je bunyinya.OPS..
baik dengar lagu ni,so full with energy,walaupun video klipnya nampak macam MURAHAN(ni kata syaza)

kepada yang join usrah,jangan tengok!! takpun, sila pejam mata:p


ni saya copy YM reym-->>>ramizah zah: salam wbt,jzkk sambut bestday td..thanks byk2 utk makanan2 yg sedap dan hadiah yg diberi..thanks utk semua semua semuanya!uhu

dah bday party dia harini..gembira la tu.bet dan kak syida juga.anda sudah tua, "adult" orang putih kata,so silalah act like one, PLEASE!!!snap2..

inilah BET n REYM...selamat hari lahir

ni 39 st johns close bagi hadiah kat kak shida. TEDDY BEAR,cantik kan!!


dan penemuan terakhir kami sebelum balik sangatla HOT HOT HOT.bilik ketua usrah ada OPTIMUS PRIME!! dan kami bergambar depan pintu bilik ni,sebagai bukti.nama tuan punya bilik ni terpaksalah dirahsiakan demi menjaga kredibilitinya.hehe tau ke ni bilik sapa?? dan dengan bukti ini,saya melucutkan jawatannya sebagai seorang naqibah yang bertauliah.for those out there who think they got what it takes to become a naqibah,sila hantar application form ke rumah saya. Thanks... xoxo

Saturday, 4 April 2009

kapal api..tiada kaitan dengan entry

credit to syaz for this picture..

ini pula sekitar millenium bridge.apa guna GLOBE EMAS itu? saya pun tak tahu.kena tanya orang newcastle la

ni kena tunggu sejam sebelum castle dibuka.merayau2, masa ni tak tahu lagi castle depan kitorg adalah sekolah HArry POttER.kesian...dan untuk gambar ni, aku terpaksa meniarap atas satu kubur, proff Durham tau! betul,ada kubur kat situ..

n it's spring now.banyaknya bunga.BTW 3 orang makhluk cumils ni adalah junior aku.RING DAYANA dan juga MENI..n of course orang kelantan semuanya.(IYE.. aku memang asobiyah):p

OMG,newcastle is the new LONDON!!
inilah MILLENIUM BRIDGE..macam TOWER BRIDGE, kapal boleh lalu dibawahnya (T_T)..nyet nyet(bunyi kapal)

kali ni,mira jadi model ku..bunga SAKURA versi UK..kiskis
last sekali...






ALTnick GarDen..jangan tak tahu garden ni dekat dengan ALTnick CAstle..tempat apa tu? tadaa..."sekolah HARry POtteR" la.. HOGWAD(kepada kipas susah mati Harry POtter,do excuse my spelling)

aku nak beli slr ramai xbagi kan!! so berpuas hatila dengan gambar 5 mega pix ni HUH xoxo