Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 30 April 2009

hari ini 1

hari ni satu hari berada di uni-agak bangga dengan diri aku sebab berjaya bangun pagi,sebab minggu lepas(hari khamis juga), aku sakan tidur sampai terlepas satu kelas.balik kelas pula pukul 6 petang,aku rasa separuh gila.tadi dalam kelas aku tikam2 buku aku dengan pen,aku conteng2 meja dan sempat juga aku usha translator ber'bahasa isyarat'.(dia ni khas utk abang pekak dalam kelas aku).hasilnya aku tahu sign language untuk energy,equilibrium dan juga pressure.tiba2 rasa best jadi orang pekak.sorang lagi kakak pekak(juga dalam kelas aku-mungkin separa pekak),ada orang tolong tulis note untuk dia,untuk setiap subject pula tu.aku cemburu! patutkah aku berpura2 jadi pekak? supaya nanti dapat macam tu juga!(T_T)
dan sepatutnya aku dengar apa yang Sarah ajar kat depan,tapi aku otak aku terlalu tepu.patut makan dadah baru boleh lebih fokus!

sampai je bilik,aku bukak email.hati aku tersentap.inilah yang aku tungu2 dalam seminggu nih! bil elektrik rumah aku dah sampai.orang yang rapat dengan aku sudah sedia maklum yang 3 bulan lepas..hampir seribu pound bil rumah ni.masa tu,rasa macam nak pindah senyap2 je dari rumah ni,sebab tak nak bayar bil.tapi mungkin miah akan dapat jejak kami guna radar,jadi aku cancel niat mahu lari.

kitorang ubah strategi.no more dryer,no more vacuum cleaner,no more everything.peti ais dua pun kami guna satu je.hasilnya..korang tengokla sendiri,malas aku nak cakap.aku dan syaza sempat menagis dalam dakapan masing2 sebab terlalu gembira.kihkih


click kat gambar untuk imej lebih besar~

harini juga aku exam listening untuk kelas arab, dan kelas aku memang macam sampah seperti biasa.Sandra harini mengamuk lagi,nasib baik aku tak sakit jantung dengar dia jerkah Aryan sebab makan chewing gum.dan chewing gum dalam mulut aku?terus hilang..tertelan beb!!!.lepas dengar dia bebel dekat sepuluh minit,exam pun mula,aku cuba fokus tapi otak dah tepu-pukul 5 masa tu.tengok yat macam cool je.cis!dalam hati menyumpah diri sendiri sebab tak fokus masa menghafal semalam.nak terkoyak kertas tu aku tenyeh,berharap datang ilham tapi gagal.padahal dari tingkatan 1 lagi aku belajar arab,sampailah tua bangka tingkatan 5.sekolah je bertingkat2,bodohnya berlapis2.(emo sebab tak boleh jawab).
patutlah masa spm dulu aku dapat c.tu pun aku agak terpana,ingat dah fail sebab masa exam tu aku ingat lagi,aku banyak salin balik je soalan arab tuh.huh..mungkin otak aku kecik,iyelah..kepala pun kecik! sudah nak hafal

belajar banyak2,yang ni aku paling ingat

anta mutazawwij?

apa lagi.jawabla.buktikan yang korang lagi bijak dari aku!!! dan balik tadi aku dah start selesama.teringat tadi masa exam aku duduk dekat dengan Francisca,and she's from MEXICO! mungkinkah....
tidak! tak nak selesema babi.teringat zaman kecik2 dulu ada selesema burung,lembu gila la..banyak betul.stupid animals..y they all get sick?? terfikir untuk jadi vegetarian xoxo

8 comments:

syaza said...

next week mau dadah aku kaa??

Aisyah said...

mau juga.sebab tu tadi hidung aku berair..geram gila aku ngn aryan tu.buat2 bodoh tp bila exam markah tinggi.damn!

Mocha Ghost said...

Selamat Hari Pekerja! Tu pun kalo mu keje

Nursyawalina Sulong said...

intan semalam
tido mcm nak mati
sedar2
terlepas asar
tak tahu la
penat gila
bila kwn nak solat maghrib
br sedar
satu badan sakit
penat tol

Aisyah said...

mocha: aku jeke.keje buat rumah.selamat hari pekerja juga.hehhe

intan:syahim sakit badan pas main bowling je selalunya.jalan pon mcm nak ter kangkang je.hihi

Nursyawalina Sulong said...

intan sakit kt hati ni
cinta asyik tak kesampaian
tp tak de la smpai meratap
sedih tu part of it,,,
Allah nak bg yg lagi baik la tu kot

Unknown said...

tu la br jah blogging2 nh..hehe..xhao nk tulih gapo..xpo2 mujo ado folower..haha

Nursyawalina Sulong said...

memang celaka la mamat dua kereta yg race tu..sedih,..bila budak tu salahkan diri dia atas kemalangan
trauma
walhal tak slh pe pun