Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 30 March 2012

Susu Kambing for mommies :)

Sebenarnya dah lama mencari tablet susu kambing. Al-maklumlah bakal ummi ni kan takleh minum susu.
Eeeyu.Takleh telan.Bau pun takleh.
Antara kebaikan yang pernah aku baca adalah susu kambing ni, kalau kita amalkan sepanjang pregnancy
(erk..ani ni dah lebih 6 bulan baru nak try) dapat mengurangkan risiko baby demam kuning lepas lahir nanti.
Kenapa aku beria? sebab masa kecik dulu aku pun demam kuning.Sebab abah aku darah O.
Encik suami pun darah O. Alahai lagilah besar risiko anak nak demam kuning.
So prevention is better than cure,right? Pasni ingat nak telan banyak2 tablet susu kambing.

Al-kisahnya dalam bulan lepas kot, terbeleklah katalog Cosway.Tadaa... ternampak tablet susu kambing.Terus beli. Masa tu harga dia dalam RM35 untuk 2 botol.Sebat jelah.Member aku amikla sebotol.kira kitorang kongsi berdua.
Sekali bila dah dapat sangat menghampakan.
Rasa dia dahla tawar, padahal aku dah beli perisa coklat.Takleh kunyah buat macam gula2.waaaa
Abis duit macam tu saja.Nak telan pon punyala besar tableh dia.Mau tercekik aku.Nyesal beli.So adalah kat atas meja aku tuh.Biar berkulat kat situ.HUH!

                            Cosway Goats Milk Tablet.Tak sedap! Tak sedap! (ayat jahat gila kan)

Kebetulan masa pergi Medan Haritu termakan HR punya susu kambing tablet.(geng-geng Hi Goat la)
Nyum nyum sedap gila.Macam gula-gula.Yes yes akhirnya jumpa jugak dengan tablet yang in ngan aku.
Like 1000x (terlebih sudah).
Nak cari pun senang..Kat pasar tani, pasar malam berlambak.Sebab Higoat kan femes. Harga dia RM22.
Tapi aku dapat RM20.Kalau ahli RM18 kot.
Antara kelebihan susu kambing untuk kita...


1.Ibu Hamil :)
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.
Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

2. Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar.
Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

3. Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

So,jom amalkan susu kambing (ayat dah macam ahli Hi-Goat dah nih)

Thursday 29 March 2012

Sampai ke bintang




Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang



*mode rindukan si dia*

My miracle II

Baby bagi ummi tengok kaki???

LOVELINESS


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kejang kaki semasa hamil!!

Agak busy sepanjang 3 hari yang lepas. ada kursus PBS.
Tau tak PBS tu apa? hehehe kalo anda seorang guru, inshaallah anda tahu.kalo bukan, abaikan saja :)
Baru aku sedar yang rupa-rupanya aku ni tak adalah sekuat mana yang aku sangkakan.
Al-maklumlah selama aku preggy ni, tak pernah plak aku muntah,pening, sakit kepala dan sebagainya.
Alih-alih masuk bulan ke-6 preggy ni.kejang kaki la pulak.
Itulah, jangan takbur sangat.hihi kan Allah dah bagi rasa.


Selalunya aku akan kejang kaki pada waktu pagi. malam tak pernah lagi la.
Ada orang kena time malam.dia punya sakit...ampunnn memang sakit.
masuk pagi tadi (ala-ala azan subuh dan mungkin kaki ni nak kejut tuan dia bangun semayang :)),
dah dua kali aku kena dalam minggu ni.kalo bagitau hubby bukan nak dipujuk.
lagi dia bebel la tak minum susu, tak cukup kalium,potassium la..yeke?
orang nak dia pujuk je..huhuhu aku pun tau memang aku kurang minum susu.hehehe who cares.
Tak sedap.padahal sebelum pregnant suka minum susu.Pelik! Orang mengandung memang pelik.Just admit it!

Ada jugak aku baca, cramp ni sebab baby dah makin membesar,so dia akan menekan urat/salur darah.
Jadi darah tak dapat mengalir dengan baik.mungkin gak..aritu scan baby dah dekat sekilo.berat dah tu kan????
Dan yang paling selalu aku baca, kurang kalsium lah! so sila minum Anmum.takpun pegilah cari mana-mana tablet susu.

Tanpa membuang masa...
ni ada info untuk kawan-kawan yang tengah mengandung.ramai tuhh.chaiyok chaiyok
kalu dah pernah kena...sila baca untuk cure
kalau belum kena, sila baca untuk prevent!


Cara- cara Pencegahan :


   1. Bersenam - regangkan kaki dan letakkan kaki pada aras yang agak tinggi apabila duduk atau berbaring.


   2. Utamakan makanan yang kaya dengan vitamin B,kalsium, roti, beras ceruh, hati dan sebagainya.


   3. Jangan duk bersilang kaki terlalu lama (yang ni feveret aku la)


  4. Lapik kaki dengan bantal (tinggikan kedudukan kaki semasa tido)


  5. Tidur mengiring.


Cara - cara Mengubati :

   1. Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut.

   2. Urut otot-otot kaki dengan santai.

   3. Sapulah minyak angin agar berasa selesa :)

*terasa nak makan Maggi, tapi kalau dah tanya hubby memang dia kata NO!*
grrrrrr

Tuesday 27 March 2012

Hijrah

Malula nak cakap...tapi dari semalam aku dah pakai sarung kaki.hehee hubby pon tak tahu lg.

Biasala dh dia jauh, mana dia nak tau.

Asalnya dia yang suruh.tapi banyak kali dah aku cakap nanti dulu :-)

Suruh dia belikan dulu la baru nak pakai.

Alahai banyak betul alasan :-)

But not anymore. Semoga hijrahku ini diterima Allah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ali and Ummi

Monday 26 March 2012

Bagiku...


Sayang... semoga cinta kita diredhai

Terima kasih kerana telah membimbingku selama ini 

26 weeks pregnant...loveliness

Harini genap 26minggu.
baru terbaca yang pada minggu ni berat baby sepatutnya around 800g.
ops..masa scan haritu (which has already been a week) doc estimate berat my sunshine dah 900++g
OMG! thats nearly 1kg.
nampaknya ummi dia dah terlebih makan.tapi tobat aku rasa sebab aku makan suppliment dari klinik plus minum anmum lagi.. tu yang buat baby besar.
Ramai orang cakap macam tu.hihi
pasni kena kurangkanla suppliment tuh.2 hari sekali ok kot.
Dah suruh baba dia carikan Obimin plus tapi susah plak nak cari kat sini.
Tunggu balik kl la baru carik. Haritu pernah try Dumex.. manis sangat!

Aku disini

Masuk hari ini dah dekat 2 tahun aku duduk di Kg Parit Baru, Sabak Bernam.
Selama setahun aku jauh dengan kekasih hati, dah lebih 6 bulan kahwin pun kami masih tak ada rezeki duduk sebumbung lagi.
Tapi kehidupan disini banyak mengajar aku erti kehidupan.
Say whatever you want to say, tapi bagi aku kampung ni ada banyak kenangan sentimentalnya yang tersendiri.

Kalau aku tak duduk kat kg ni, mana aku reti tengok orang kg kerja siang malam
just nak bagi anak anak sekolah. hantar anak datang sekolah pon naik moto buruk je. Kalau keta pon keta yang macam zaman jepun punya dah.
Lainlah kalau kat bandar..sume orang nampak high class.
masing masing berlumba nak nampak kaya, kan kan!
Kita ni nampak cabuk je naik Myvi.

Kat kg ni, aku rasa sume orang sangat menghormati.
bayangkanlah kalu tiap kali aku ada check up kat klinik, mesti orang yang lambat datang tu akan tawaf satu klinik just utk bersalam.
First time aku tengok budaya kat sini...agak terkedu jugaklah.kalau kat bandar?
hihihi buat tak tahu jelah.

Alangkah bestnya kalau aku ada rumah sendiri.
Tapi berbaloi ke? aku jumpa hubby seminggu sekali je.time cuti sekolah bolehla kalau nak duduk sekali.
Akibatnya mak aku jadi salah sorang penentang yang paling hebat bila aku cakap pasal rumah, my own house O_o
tapi... tak salah kan????

Aku sangat bersyukur la sebab antara kawan kawan aku yang pjj, aku ni kira yang paling dekat la.2 jam je.hehehhe
Sedih gak tengok kawan kawan yang hanya boleh jumpa time cuti sekolah je.
Aduhhh.. insaf kejap!
Lagipun macam Allah dah banyak permudahkan hidup aku, sebab yang tu dia susahkan sikit.hehehhe
Dapat anak pun cepat je. Dahtu aku takde alah papepun.Tobat tak pernah sekalipun aku muntah.
Alhamdulillah... pergi check doc pon sumenya ok.
Alhamdulillah lagi.

Jadi aku akan cuba jadi ummi yang kuat.
Untuk semua orang yang bergantung pada aku, esp my miracle.Inshaallah.

opis gomen

Ok aku bukan nk kutuk or whatsoever la pasal office government nih.
Tapi dah banyak kali aku kena setiap kali nak call pejabat2 kerajaan nih!
dia punyala lama nak angkat.makaihhhhhhh

Ada satu hari, isu SAPS (sistem analisa peperiksaan sekolah)..pukul 11.30 baru diangkat.
Dari pukul 8.00 pagi sharp aku call.
Dah tu tak settle pon.siap boleh dengar spatah-patah dia duk borak ngan 'akak' kat tepi meja dia
aduhai..rilexnya keje
tapi satu aku ngaku yang aku puas hati la...
suara dia lembut je.tu yang boleh jadi operator kot.hehhe
cakap manis je..sejuk sikit hati ni.

hehe Harini aku kena lagi.aduhai naik kematu tangan aku
nak call bahagian UPU,adik aku punya online ada masalah la.
kecewa aku... banyak mulut ni duk menyumpah.ngek ngok sume kuar la
waaaa aku kalah dengan dugaan nih.

Dah namanya pun Allah nak menguji, maka dengan sendirinya masalah adik aku tu dah pun settle tanpa perlunya makcik makcik opis gomen ni angkat HUH


Gerammm... aku pun kerja kerajaan kot!

Sunday 25 March 2012

my miracle

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 24 March 2012

4d scan 25 minggu pregnant

Semalam pergi scan baby, 4d punya..Baba dia punyalah excited! aku??? rasa nak terbang balik je.nerveous sangat...tunggu punya tunggu akhirnya samapailah giliran aku.hehhe
lupa plak nak cakap aku pergi scan nih kat Klinik Gunwant, Sungai besar dan telah menelan belanja Rm85.peace...

ok,mula2 dia tanya..

Ya puan Aisyah..sakit apa?

Aku pun sengih-sengih kambing jawablah tak sakit pape pun.

Nak scan ya? ok..sila baring (time ni aku dah tak berenti duk berzikir, mengucap daN sebagainya.maklumlah takutnya nak scan.yeLahh aku baca kalau kita scan 4d Ni memang nampak sume, so kalau ada ternampak menda yang tak diingini kenalah kuatkan hati)

Nampak tak tu kaki dia?(ya..memang obvious aku nampak kaki dia)

Tu tangan dia.dia malu la tutup muka ngan tangan dia.

ish tak leh jadi ni..aku pun apa lagi.tekan tekan sikit kat perut.hehehe akhirnya dia tarik gak tangan tu.tadaaaa
nampak muka dia.
Alhamdulillah..doc kata sumenya ok.aku dijangka bersalin akhir bulan 6.ops..awal dari buku merah tu.hihihihi

ok dah malas nak tulis...oh ya,sebelum lupa.. IT'S A BOY :)

Wednesday 14 March 2012

Medan






sudah 6 bulan :-)


Me preggy 5 months


alhamdulillah...my baby at 23 weeks


Minggu ni sudah genap 6 bulan aku preggy.
Masa awal2 dulu ramai yang cakap perut kecik, tak nampak macam pregnant pon o_O
Agak risau jugak.iyelahh..bila orang cakap mcam mcam kita pon stress gakla.
Tapi alhamdulillah masa scan 23 weeks haritu dekat kk sg air tawar (hampir sesat cari), doc cakap baby ok.
Tobat sebenarnya memang tak paham plus takleh nak imagine baby tu cmne sebab yang aku nampak hanylh warn hitam putih.dahla baby active masa tu.
Yang obvious cuma degup jantung baby ( itupun sbb jantung bdegup dup dup dup ).
So senangla.then kaki dia.tu pon naik juling umi tengok.hehehhe
And bila tanya jntina, doc kata tak nampak.. Kecewa gakla.nak beli baju untuk baby :-)

Dah masuk 6 bulan ni baby punya movement sangat kuat.i mean active...kadang kadang masa nak bmanja ngannbaba dia pon, takleh.hahahaha
Siang kuat tdo..malam jaga.alahai..dah nampak pattern dia.nasibla nanti...
Last week pegi medan, indonesia.tobat sesak,kotor, n not a good place for living.kalo jalan2 bestlaa.duit rupiah kan murah.
1 juta rupiah = rm 330 rasanya.so banyak barang2 dapat separuh harga..aduhh.aku shopping sampai 4 helai jubah.hahhahahha
Satu jubah dalam rm45 je B-)
I know i know.. Jangan jeles.