Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 30 March 2012

Susu Kambing for mommies :)

Sebenarnya dah lama mencari tablet susu kambing. Al-maklumlah bakal ummi ni kan takleh minum susu.
Eeeyu.Takleh telan.Bau pun takleh.
Antara kebaikan yang pernah aku baca adalah susu kambing ni, kalau kita amalkan sepanjang pregnancy
(erk..ani ni dah lebih 6 bulan baru nak try) dapat mengurangkan risiko baby demam kuning lepas lahir nanti.
Kenapa aku beria? sebab masa kecik dulu aku pun demam kuning.Sebab abah aku darah O.
Encik suami pun darah O. Alahai lagilah besar risiko anak nak demam kuning.
So prevention is better than cure,right? Pasni ingat nak telan banyak2 tablet susu kambing.

Al-kisahnya dalam bulan lepas kot, terbeleklah katalog Cosway.Tadaa... ternampak tablet susu kambing.Terus beli. Masa tu harga dia dalam RM35 untuk 2 botol.Sebat jelah.Member aku amikla sebotol.kira kitorang kongsi berdua.
Sekali bila dah dapat sangat menghampakan.
Rasa dia dahla tawar, padahal aku dah beli perisa coklat.Takleh kunyah buat macam gula2.waaaa
Abis duit macam tu saja.Nak telan pon punyala besar tableh dia.Mau tercekik aku.Nyesal beli.So adalah kat atas meja aku tuh.Biar berkulat kat situ.HUH!

                            Cosway Goats Milk Tablet.Tak sedap! Tak sedap! (ayat jahat gila kan)

Kebetulan masa pergi Medan Haritu termakan HR punya susu kambing tablet.(geng-geng Hi Goat la)
Nyum nyum sedap gila.Macam gula-gula.Yes yes akhirnya jumpa jugak dengan tablet yang in ngan aku.
Like 1000x (terlebih sudah).
Nak cari pun senang..Kat pasar tani, pasar malam berlambak.Sebab Higoat kan femes. Harga dia RM22.
Tapi aku dapat RM20.Kalau ahli RM18 kot.
Antara kelebihan susu kambing untuk kita...


1.Ibu Hamil :)
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.
Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

2. Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar.
Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

3. Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

So,jom amalkan susu kambing (ayat dah macam ahli Hi-Goat dah nih)

1 comment:

Unknown said...

beli kat mano ?