Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 18 May 2009

hari ini 8- kacip aku masak soto

hari ini geng kacip masak soto.perghhhh... kalau orang johor buat pun belum tentu lepas takat buku lali geng kacip aku ni.yang seorang ini memang in dengan aku.bila orang suruh tambah garam dia tambah garam,bila orang suruh tambah gula dia tambah gula.baru kacip masak ikut kehendak pelanggan.tak macam orang lain,apa barang orang cakap masin dia marah kita balik.hidup ini kena lah terima kenyataan.aku tahulah hukum cakap makanan tak sedap tu sunat muakkad,tapi niat teguran tu cuma untuk improvement.salahkah?macam mana nak aman dunia kalau semua teguran disalah tafsirkan. aku jadi darah tinggi.

tadi orang opis biasiswa email bagi berita gampang pula.ini satu lagi hal bagi orang darah tinggi.kenapa kalau urusan dengan kerajaan mesti akan ada masalah.macam mana surat 4 5 helai kertas pun boleh hilang.awal-awal dulu suruh hantar surat lah,tak mahu email lah,goreng pisang sedaplah,cik kiah jual cendol lah,banyaklah songeh dia.sekarang suruh email pula.inilah seorang lagi contoh orang yang sekolah bertingkat-tingkat tapi bodohnya berlapis-lapis.pulak tu dia ambil cuti untuk persediaan untuk peperiksaan(mungkin naik pangkat) dah macam separuh cuti bersalin.wth.
sejak-sejak dapat biasiswalah aku anti orang nama sharifah.lu jaga-jagalah,dendam gua time lu marah pasal gua pakai jeans haritu pun belum settle lagi.

tengok mentor pun sekali lagi aku kena darah ringgi.ini zaman shuffle ada lagi ke yang nyanyi lagu dangdut.zaman aku sekolah darjah 3 dulu bolehlah layan.tak cool langsung.aku yakin masa sekolah dulu misi tersalah cucuk budak black ni.orang cucuk bcg dia cucuk rubella,sebab tu orang shuffle dia dangdut.facebook pula bosan,hari ini pun tak ramai orang update blog.sila tulis sesuatu.aku dah sangat bosan sampai cerita bodoh comel kat tv3 pun aku tengok.sambil nganga tengok budak makeup tebal tu aku fikir,siapalah yang reka cerita ini.buat rugi duit,rugi masa dan lansung tak berwawasan.

nasib baik ada benda ni.nyam nyaam masyuk maltesers ni!!! nyam nyam rasa damai saja,indahnya dunia ni.macam inilah baru puas hati hidup hari ini.tiba-tiba aku macam termenyanyi "selangit selangit selangit"


gampang punya mentor!!aku pandang kanan kiri,nasib baik tak ada orang dengar. xoxo

p/s:untuk kacip yang tengah study untuk hari rabu ni,study rajin-rajin.


inilah aku

6 comments:

Mocha Ghost said...

jgn marah aisyah, nanti kena darah tinggi. Eii, xmau aku kawan dengan orang darah tinggi, nanti aku pulak sama-sama naik darah.

Cite Malaysia sudah hilang wawasan.TAkder isi, semuanya dicelup tempey dari seberang, cuma lebih teruk. Mungkin cite hantu saja la yg bleh tambahkan semangat patriotik ku setakat ini.

reym said...

mak oi kak ecah!geram apo ni tahap gaban..sabaq2..smlm nk mkn soto tp ada hal besaq xleh mai..nk mai pagi nii tp soto itu dh dijadikan bekpes kelana jaya..haha.xdak rezeki reym..nway,reym exam theology(feveret subjek kak ecah)esok..uwaa..sila doakan saya! cuak gaban nih

pembuat soto said...

puji lebih2 ni ado la gapo2 tuh.hehe..xpo marin mood baik.soto pun jd manih molek(wlpn xdop sesudu gula pun dibubuh)..i liiikkee.ari ni turn mee jijan plak..wat biar sedap mcm ari tu cah wlpn kite x mampu nak beli udang kali ni. ;p

sosej di dlm mee said...

mee jijan sedap beb...tp permintaan mengatasi pengeluaran.sampai jiran sebelah bukak grai mkn lain.kehkehkeh..

Aisyah said...

pembuat soto dan sosej dlm mee: hahahha mee jijan tu belum makan dah tau tak cukup.betapa sedapnya.hahhaha kita suruh jiran la masak pulak.aku tengok dia punya api tu naik kalah abg cakueytiaw.tadi aku dah sepak geng kacip sebab mata dia bulat sangat tgk jiran masak

reym: kalo reym dapat lebih 60 k.ecah tapik spring la...

mocha: hidup aku ni pening sebab org lain jah.perangai pelik2 buat org darah tinggi

Nursyawalina Sulong said...

bengkeng tol
hohoho