Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 October 2012

Bawal 2 tone yang sangat cantik!

Memang dari dulu lagi aku ni suka sangat pakai bawal.
Rasa macam kena aje dengan muka yang agak bulat nih.hehehe
Sekarang trend terbaru pulak adalah bawal 3 tones dah kot.
but im still in love dengan 2 tone ni.

Average harga kalau online, dapatla rm10
Tapi kalau pergi KL, rm8 pun bleh dapat.
Kalernya pulak kalau tengok banyak sangat pilihannya.
I'll choose pastel colour, warna yang lembut2 saja.

Cuma agak tak best, sebab kena gosok!
and agak jarang sebenarnya. Kalau nak nampak cantik n tak nampak leher semua silalah pakai inner.hmmm :)

Saper yang suka Aidijuma,bleh shopping disini.

                                      We all love Bawal!

Sunday, 28 October 2012

Baby Ali dah mula bersembang [video]


Ok hobi terbaru my sunshine adalah bersembang.

Hahah memang takkan faham la kan dia cakap apa.

Bajet paham je la. Kadang kadang nampak macam dia marah,kadang kadang nampak macam happy.

Apa apala sayang

Malam ni pengasuh mintak pinjam ali

Memang tak sampai hati nak cakap tak boleh

Natijahnya ummi dia ni asyik teringat je

Tak putus putus doa janganla Ali buat perangai duduk ngan orang

Hmmm i miss him soooo much

Ali is 3 months 2 weeks 4 days today!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 26 October 2012

Thursday, 25 October 2012

Aidil Adha with half moon shawl


Semoga kita mendapat keberkatan.

Mak mertua cakap, masa orang wukuf di Arafah adalah waktu yang mustajab untuk berdoa, minta apa saja dari Allah.

So tadi adalah mintak benda yang dah lama diinginkan.

Amin

Me wearing black jubah with light purple half moon shawl. Beli online je.
Tengok kat giant Batu Cave rm89.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 23 October 2012

Baby Ali dah pandai meniarap [video]


Published with Blogger-droid v2.0.4


Akhirnya berjaya jugak ambil video ali setelah 2 minggu dia pandai meniarap.
Kali ni dah agak laju sikit, berbanding awal2 dulu.
Terkial-kial try meniarap. Kalau susah, nangis..
huh manja sungguh!

Tak apalah.. dah kira satu pencapaian tuh.
Dalam family ummi takde pun yang meniarap.merangkak pun tak
terus berjalan.hahahha
Tahniah encik Ali Darwish
Sayang kamu :)

Monday, 22 October 2012

Raya dengan mertua

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak bercerita perkembangan anak.
Alhamdulillah sekarang ni Ali dah pandai meniarap.
Kalau letak je mesti nak pusing-pusing. So kesimpulannya tak boleh dah nak guna bantal buat lapik kepala budak bucuk tuh.

Macam biasa, malam dia tidur ok saja. Terjaga setiap 2 3 jam sebab nak susu. Pagi tadi alkisahnya ummi terjaga pukul 6. toleh-toleh sebelah, Ali dah mata bulat tengok Ummi. bagusnya anak Ummi tak nangis, main sorang-sorang.

Dan yang paling best, esok adalah hari terakhir sekolah. yes yes tak sabarnya nak cuti. tapi agak tak best sebab beraya dekat Gombak je. Selalunya kat rumah di Kok Lanas. waaaa miss u mama


SALAM AIDIL ADHA

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 21 October 2012

Poplook dress again!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Salam..
Alahai comelnya Ali duk senyap je dengan Ayah Ngah dia
ni masa kenduri Along a.k.a cousin kami
acctually dorang naik pelamin bertiga
heehheh rezeki tuh.

me..
enjoying my penny dress to the fullest
hehhe so comfortable
macam nak beli lagi lah
ops.. gaji masuk han harini :)

Wednesday, 17 October 2012

Bayi kuat tidur?


Published with Blogger-droid v2.0.4



Boleh dikatakan yang Ali ni jenis kuat tidur gak.
Selalu aku mandikan dalam pukul 6.. Dalam setengah jam pastu dia mesti nak tidur.
Kalau dia tidur, pukul 5 6 pagi esok baru dia jaga.
Adalah dia terjaga untuk minum susu. 
tapi lepas tepuk terus ok..
Good boy.

Dress poplook yang ke 3


Published with Blogger-droid v2.0.4
Well.. Abaikan bilik SUP yang macam ntah pape je bersepahnya. Jules Maxi dress ni free sizze. nasib muat.. Tapi aku pakai dengan cardigan la. Bagi sopan sikit.hihihi Agak mengikut badan..so kalau yang agak berisi better not. Pkai cardigan ok kot.bleh cover sikit.hehhehe Kain dia sangat sejuk. Best best Bila jalan rasa macam puteri je..Best dress ni. RM79 saja beli colour brown, bleh pakai dengan banyak tudung Bijak tak.. Ok mungkin tak !

Sunday, 14 October 2012

shawl ala burberry.


Hari sabtu yang lepas sempat lagi berjalan ke sogo, cari stroller untuk Ali.lepas tu jalan jalan cari tudung kat jalan tar.

Berkenan sangat dengan tudung nih.apalagi grab je lah.

Hihi

Nanti dah cuti sekolah nak pg cari lagi.

Nak yang pink tp sume cakap dah habis..

Sangat cantik kot

Tu yang cepat je habis.

Murah je, sepuluh hinggit :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Senaman otot baby 3 bulan [video]

Nampak macam baby enjoy je

Masa ni kena pedajal dengan baba dia.selalunya ummi tarik dari posisi baring ke duduk je.

Harini dia over excited terus berdiri pulak.

Muahhhhhh dia


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 13 October 2012

Ali menjerit macam gurgal la [video]

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 months old baby Ali is talking to Baba

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 12 October 2012

pakai shawl baru harini

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 bulan masih nak dibedung...

Salam semua..

Comel tak saya :-)

Dah besar pon tidur nak kena bedung.Kalau tak, saya takleh tidur.


Hmm.. Aku sebagai ummi nya pon confuse, sampai umur berapa ya baby ni nak kna bedung?

Tapi kalau tengokkan si Ali ni, dia macam suka je bedung.

Ada gak kawan2 bagitau, dah besar tak payahla bedung supaya dia aktif.

Betul la tu. Cuma Ali ni, kalau tak bedung susah nak tidur sebab dia takkan berenti bergerak.



Masa cucuk 3 bulan haritu, berat Ali dah 6kg, panjang 63cm.

Dah besar pun anak ummi :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 10 October 2012

Ali cucuk 3 bulan

Harini Ali cucuk 3 bulan. Pergi cucuk kat KK Parit Baru je.
Rasanya dah pergi awal. Sebelum pukul 8 lagi. makaihh orang ramai jugak.
Ada dalam 4 orang dah. hmmm kuciwa betul.

Well alhamdulillah Ali well behaved. Tak nangis langsung. Nurse bergilir-gilir dukung dia..
So sweet. Baru je nak cucuk, dia tido plak. Punyala bersungguh dia tido, kejutkan dia pun takmo bangun. Alahai anak ummi ni..

Kena cucuk je terus menangis. ops bukan nangis, tapi meraung..Kuat sungguh suaranya. habis satu klinik bergema.

Dan pagi tadi ada member bagitau, kalau baby kita demam lepas inject tandanya bagus sebab dia tengah cuba melawan virus dengan menaikkan suhu badannya.hmmm bagus la kot tapi kan sangat kesian kat baby la kalau demam. Umminya pun kesian gak la heheh

Inject 3 bulan ni adalah Diphtheria, tetanus, pertussis (whooping cough) / polio / Haemophilus influenzae type b (Hib)
(DTaP/IPV/Hib)   Maklumat lanjut sila klik sini.

Apa apa pun harapnya tak demam lah budak kecik tuh. Love u sayang. Doakan ummi dan baba tau.
Boleh eh?


Monday, 8 October 2012

Soalan sivik tingkatan 2

Teruk betul cara dia wat soalan.

Main tampal tampal je. Tapi kalau nak diikutkan, susah dan renyah jugak. Kena gunting tampal.

Alahai tak pasal pasal orang lain kena taipkan soalan.

Nasib la orang dah tau yang awak tu kureng sket.

Ops terlaser plak.


40 soalan tu, rajin gak dia tampal :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Carseat yang bagus: Sweet Cherry Omni guard



Haa ni nak update pasal baby carseat plak.

Aku beli dengan harga rm369 kat baby fair.

Midvalley rasanya. Selalunya rm469

Okla kan.. Jimat seratus tuh.

Memang puas hati pakai carseat nih

Sangat lembut,tak perlu nak lapik lapik pun :-)

Walaupun agak berpeluh gak nak pasang.

Akhirnya berjaya. Al maklumlah aku ni paling malas nak baca manual.

Gambar kat atas tu untuk infant.

Nanti anak dah besar, bolehla ngadap kedepan plak.

Satu lagi tu pad aka pelapik untuk baby.portable ya

So officially harini Ali dah tak guna pad tu.

Tanda dah besar.yeay!

Kaler pun cantik kan.

Red n black :-)

Sesuai sampai anak umur 4 tahun.

Dari lahir tau hehe

p/s : Cara yang betul adalah letak kat seat belakang. Dekat depan tak boleh sebab ada airbag..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 7 October 2012

Baby jumper..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Kenapalah Teletubbies tak ada warna putih?

Bayi suka melompat [video]


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ali ni macam macam la..
kali ni dia melompat lompat sampai batuk batuk
Risau jugak takut termuntah, al maklumlah baru minum susu.
Bajet jadi ahli gymnastik la anak ummi ni.

Hari ni datang sekolah lenggang je.
Semua pelajar tingkatan 1 dah direhatkan sebab PMR
yes yes..buruk tak ummi melompat happy?

Saturday, 6 October 2012

yes my name is Ali


Sekarang suka sangat amik video si budak cumils

Pagi pagi lagi ummi dah rakam video.

Eee bucuk xmandi lagi

Next week nak belikan si budak comel ni stroller

Brand apa la y bagus ek

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 5 October 2012

Baby suka tengok tv [video]

Minggu depan anak ummi ni bakal berusia 3 bulan.

Yes yes cepatnya masa berlalu.

Hobinya 2 3 minggu ni adalah tengok tv.

Ummi panggil pon buat tak layan je

Harini tengah hari tidur je

Abisla malam ni dia berjaga.

Apakan daya.. Dah sayang kan,jagala elok elok.

Tadi tinggal Ali kat rumah pengasuh. Nak bawa ke sbpi katanya.

Anak anak pengasuh nak jumpa

Rindu kat Ali. Sobs sobs

Jadilah anak yang bersyukur ya


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 3 October 2012

SAM PARIT BARU

EHEMM

Ada ke patut bulan 10 baru nak buat papan kenyataan untuk bilik peperiksaan..

Tu pon sebab ada lawatan penanda aras dari SK.

Dah xde sekolah lain ke nak lawat.

Uhuhu

Tambah kerja plak,padahal pbs punyalah banyak tak siap2 jugak

Haih


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 2 October 2012

Bayi suka bangun malam

Semalam Kak Nadia datang rumah, tidur kat sana.
hehhehe seronoknya sebab ada teman.
Alahai Ali pulak asyik bangun setiap 2 jam.
Merengek rengek mintak diangkat.Angkat je terus pejam mata, tido nyenyak.
Saja je tau, pukul 3 pagi tu.
Tapi alhamdulillah dia punya merengek tak lama pun. Dia tau kot, ummi dia nak kerja esok.
Baba pon jauh nun disana.
entah bila la dapat tukar ni. Ummi yakin semua ni ada hikmahnya.

Monday, 1 October 2012

Ali si baby yang aktif (video)


Published with Blogger-droid v2.0.4