Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 29 October 2009

jiwa kacau

dah lama tak menulis.bukan kerana tiada masa, tapi lebih kepada hati aku ketika ini dalam dilema.kenapa sebelum ini aku tak pernah terfikir yang benda-benda macam ni mungkin terjadi. kenapa bila kita rasa yang penantian kita selama beberapa tahun akan membuahkan hasilnya,semuanya tiba-tiba hancur?

aku tak pernah rasa macam ni.yang pastinya aku tak tahu pada siapa lagi aku nak mengharap kecuali pada yang Maha Kuasa.apa yang aku buat sekarang semuanya aku ikut hati.

tapi betulkah tindakan aku.kata orang ikut hati mati!

tapi sumpah aku tak pernah berniat nak sakitkan hati siapa-siapa.aku benci bila orang main tarik-tarik tali dengan aku.aku benci bila aku tak ada kekuatan nak memilih secara rasional.

jadi aku memilih untuk jadi orang yang sebegini.yang akhirnya akan melukakan hati banyak orang.god i hate ME!!!

Sunday, 4 October 2009

dilema si sundal

dah lama rasanya aku tak menulis perihal cinta.

CINTA???

kerana cinta, perempuan berbangga menjadi sundal!
kerana cinta lelaki bermegah menjadi bangsat!

bagaimana kalau aku ceritakan perihal perempuan yang sudah berpunya (kamu faham kan maksud aku), tetapi masih lagi memberi harapan pada lelaki lain, masih membuka ruang kemesraan antara keduanya... sundalkah perempuan itu di mata kamu?

bagi si sundal ini..apa daya diri hendak melawan kehendak hati dan jiwa yang sedang dahagakan perhatian dan kasih sayang.kenapa si dia tiba-tiba seolah-olah sudah tidak berminat?sudah burukkah rupa kita? aku akui lelaki bangsat selalunya akan mula berubah, mula berhati batu seawal usia perkenalan mencecah 3 tahun.

namun demikian lelaki-lelaki ini pastinya akan memujuk dengan kata-kata semanis gula-gula setiap kali ketidakpuasan hati diluahkan.dan kita bagai anak kecil riang sekali setiap kali termakan gula-gula manis sehingga kita tak sedar yang akhirnya gigi kita akan terasa ngilunya tatkala terlalu banyak makan gula-gula.

tapi selama manakah kita akan terleka?? tahu-tahu saja kita sudah tersedar dari mimpi yang panjang.dan apa yang kita lakukan? KITA JADI SUNDAL!!
masa yang terluang kita isi dengan melepak dengan kawan-kawan.kita sudah tidak lokek memberi senyuman serta membalas jelingan-jelingan bermakna insan berhalkum. 2 3 minggu selepas tu, sedar-sedar, kita sudah di meja makan malam yang indah bersama teman baru yang tidak sudah-sudah menjeling tajam ke mata.

ah..sundalkah? dayuskah si dia yang hanya membiarkan? salah siapa? aku tiada jawapannya......