Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 21 November 2011

oh cuti sekolah dah mula

tahun ni sangatlah berbeza dari tahun2 sebelum ni, sebab ni pertama kali aku terpaksa bercuti sekolah di rumah mertua.
seperti yang aku jangka, memangla bosan kat sini, sebab semua orang kat rumah ni kerja.
sampai dah terlebih tidur dan tak boleh pejam mata lagi.
tak tahulah macam mana nak habiskan sebulan lebih kat sini.
malam jelah ok sikit sebab ada hubby.
siang macam sekarang aku rasa semangatlah nak keluar.
tapi bila dah malam, datangla penyakit tak cukup nafas, dan rasa nak baring je.

tapi tobat bila mengandung ni, aku jadi sangat suka tidur, penat padahal aku tak buat kerja pun.
maybe it is sign from the body to get lots of rest.for the sake of the baby.
happy la sebab tak payah buat kerja, boleh rilex2 je tapi dalam hati ni tak sedapla.aku kn kat rumah mertua.
oh i wish aku kt rumah sendiri, paling tak pun kat kampung sekarang.
kalo ngn mak aku, aku tak malu la nk bermalas-malasan.

baby ni dah dekat dua bulan, tapi aku tak g klinik lagi.alahsi, rasanya mesti kna marah ngan nurse nanti.
buat muka kesian la nanti..next week la.im just not in the mood.
nak rumahhhhhhhhh
amin

Tuesday, 8 November 2011

laki vs pompouan

Kali ni aku nak share something.2 catatan suami dan isteri pada hari yang sama..
bukan aku ngan En Faiz ya!! diambil dari blog baju lusuh seluar tampal.


diari isteri

malam ni suami aku macam pelik... tadi ada dating dengan suami kat restoran.. boleh tahan la jugak restoran tu, memang sesuai untuk dinner romantik-mantik... aku datang terus dari tempat kerja, jumpa kat restoran. lambat sikit la aku sampai, tapi dia tak cakap pape pun.. tak banyak pun berbual masa dinner tu, agak awkward la pulak..

aku ajak dia pergi cari tempat senyap sikit, saja je aku nak cuba berbual dengan dia.. tapi aku gagal jugak, dia cakap sikit sangat, tak macam biasa... aku tanya dia, aku ada buat salah ke kat dia.. dia kata "Nothing." dia kata supaya aku jangan risau, tak ada kaitan pape pun dengan aku..

on the way nak balik rumah, aku cakap "i love you", dia pandang aku, senyum sikit, lepas tu sambung pandang jalan... aku tak paham la kenapa dia macam ni.. aku makin runsing kenapa dia tak balas balik dengan "i love you, too"

bila sampai rumah, aku rasa aku dah tak dapat nak buat pape dah... aku rasa macam aku dah tak dapat nak komunikasi dengan dia lagi.. dia dah hilang minat dekat aku ke? aku dah tak cantik macam dulu kot.....? dia duduk diam je kat sofa sambil tengok tv...dia terus diam tak cakap sepatah pun..

aku dah penat nak tunggu dia bersuara, baik aku masuk tido je.. 15 minit aku dah kat katil, aku tak dapat tido lagi, dia pun naik katil jugak... dia diam je, tak bersuara pun.. dari muka dia, nampak macam fikiran dia kat tempat lain..dia macam tengah distracted..

dia pun tertido.... aku menangis. aku tak tahu nak buat apa lagi.. aku agak pasti dia teringat kat orang lain. aku bingung........ my life is a disaster.

diari suami

motor tak boleh start, pening pikir apa masalah...

sepanjang cuti

Alhamdulillah..
hari jumaat lepas aku pg klinik
dan aku dah disahkan mengandung 5 minggu.
Suami saya sangat baik
banyak kerja dia tak bagi buat padahal aku cuma rasa letih je
nasib baik tak loya tak muntah
YES im a happy mother.
Esok kna ikut rombongan budak2 sekolah ke Shah Alam : icity, wetworld etc etc
tapi rasanya im going to pass it on
tak larat nak berjalan banyak banyak
kesian kat anak umi ni
this weekend nak kena pergi cameron highland pulak.
hmmm duit duit duit lagi
Takziah kepada keluarga Ustaz Bad yang telah pulang ke rahmatullah
Sangat tak sangka..sebelum cuti raya baru ni elok2 je
Kalau dah sampai waktunyaaaa
Al Fatihah
Petang ni balik Sabak Bernam :)