Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 27 December 2013

Seafood best Bagan Lalang- Wak Lan Bayu Malam

Malas nak cakap banyak..
Tempat parking luas, seafood sume fresh, masakan pon sedap. Yang paling penting sotong goreng dia rangup. Tak keras walaupon sotong besar. Besar gila wehh..
Malam tu kitorang ambil ikan siakap, ketam 3, sotong 3,sup sayur campur nasi, air sejag kenala rm99.ermmmmm...

Sunday, 22 December 2013

Hanya Allah yang tahu...

Sesungguhnya hati ini merasa berat
Atas dugaan yang menimpa
Sudah ku pujuk hati agar redha
Sudah ku yakinkan hati pasti ada hikmahnya
Ya Allah hanya padamu ku bermohon
Kurniakanlah nikmatmu yang luas
Kasihanilah diriku
Ku hanya mampu tersenyum tak apa
Tapi hati menangis darah tak siapa yang tahu
Ampunilah aku
Kasihanilah aku...

Tuesday, 15 October 2013

frame gambar ikea




before and after.

weekend haritu pergi beli frame ikea.

tampal je dulu kat dinding,gambar nanti cuci.hehe

ada jugak beli spiral band.so dia bleh cover wayar yang berselirat macam dalam gambar sebelum tuh.

cari kat kdai hardware je.so nampakla kemas sket.

xdela serabut mata memandangnya... like

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 7 October 2013

tempat letak dapur gas

Alhamdulillah... buat sementara ni hanya kabinet dapur yang simple ni aje termampu. sebenarnya ni 2 kabinet y berasingan.

1 tempat letak dapur gas dalam 4 kaki gitu. Yang satu lagi tu just kabinet biasa dalam 6 kaki.

Total dapat harga rm480. okla kot.

Bekas comel tu beli kat ikea. Gila xde keja aku isi nescafe 3 in 1 dalam tu.Patutnya isi gula la kot

acct rumah ni takde baranglagi.almaklumlah weekend je duduk rumah ni.hope dapat duduk sepenuh masa,amin!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 2 October 2013

Hasil shopping di Ikea

Hurm.. tak sempat ambik gambar elok elok, budak 2 orang ni dah menyepahkan barang. Antara hasil rembatan di Ikea adalah rak pinggan rm7.90 yang aku yakin semua orang ada.hehe

Lagi, Ribba frame, aku beli 3. ingat nak letak gambar budak yang duduk dalam rak pinggan ummi dia tuh huhu

juga aku beli satu lagi set langsir sekali ngan rod dia. yang tu nanti aku upload.acct tak ambik gambar lagi.

Selain tu beli gak bekas sudu.. tu jelah..

ok bye


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 26 September 2013

Perkembangan bayi 14 bulan

ehem.. tajuknya macam xsesuai.

14 bulan kira bayi lagi ke. xpela, mat salleh panggil toddler ok

alhamdulillah pejam celik tak sedar sudah 14 bulan Ali mghirup udara dunia ini.

Rasa best sangat sebab bila dah besar ni Ali sangat jarang nangis. dah rasa macam satu geng plak.

Paling best,dia dah bleh faham arahan tertentu,macam kita tunjuk benda,dia bleh tengok.suruh ambil,dia pg ambil.kalau tanya siapa ali darwish pun,dia akan angkat tangan.

Paling suka dia suka belek buku.tentunya gambar binatang.kire sampai berair mulut lah dia tengok gambar tu. cuti sekolah ni nak bawak g zoo negara.hope tak panas mcm sekarang.nant terdemam plak.

dah pandai tunjuk makanan y dia nak,nasib tak nangis kalo xbagi.

kalau tengok kita smbahyang,dia pon sama sibuk.berdiri angkat tangan then bunyila sikit allah,pastu mengarutlah tarik kain dan sebagainya.

oklah nant sambung.. weekend ni nak g ikea.hoyeahhh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 22 September 2013

deco dengan IKEA




Rumah yang baru ni sebenarnya masih kosong.

Banyak lagi yang kena buat. almaklumlah cat dalam bilik pon xsettle lagi. cat sndiri memang lambat siap sbb buat pun ikut mood.Kotak putih  FORHOJA tu beli di IKEA, RM69. Pasangnya sangat senang cuma nak gantung kat dinding agak complicated sket.

Dalam banyak-banyak barang, aku paling suka carpet tuh. Dari IKEA jugak, ceria sungguh. Harga kalau tak salah RM169.
sofa xbeli lagi. so merempat kat lantailah jawabnya.

minggu ni nak siapkan dapur sket. macam blur nak mula dari mana

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 19 September 2013

Rak kasut ikea



Tak tahulah kenapa berkenan dengan yang ini.
Padahal dah cop nak beli yang kayu.
Sekali pikir, kalau beli yang macam ni boleh la gantung ikut suka hati sebab dia asing-asing.
fikir punya fikir,camnilah hasilnya.
masa nak ambik kat store bawah tu,tinggal 2 je lagi.
licin kau..
Ada 2 warna, putih dan hijau.
Hijau banyak je lagi.al maklumlah susah nak matching ngan rumah kan.

memang naik seri letak pokok tu. love them all

Monday, 15 July 2013

Sambutan Hari Lahir Ali yang pertama

Yang pertama ni adalah sambutan oleh makcik makciknya..
Ummi dan Baba sekadar jadi tetamu kehormat saja.hehe
Cumils sekali kek bentuk rumah ni kan??

Actually ni sambutan yang pertama. 
Dari pengasuhnya..sangat terharu ok.Banyak betul dia masak.
Khas nasi ayam kegemaran baby Ali
Kek Cappucino lagi.Ali tak makan
kitorang yang bedal nyum nyum

Anyway sayang...
Happy 1st Birthday.. Ummi loves you




Ubat Cacing untuk anak umur setahun

yes, haritu aku ada bagi Ali ubat cacing.
Almaklumlah dia dah pandai jalan,maka suka sangat merayap sana sini.trust me..susah gila nak control.
Tambahan pula Ali suka sangat kutip barang dan masuk mulut.
ok secara ingat tak ingat antara tanda dia kena cacing adalah:

  • muntah setiap kali minum susu
  • berak cair,cirit birit dalam 5 6 kali sehari.yang kesian,kuar air je kadang-kadang
  • najis dia bau macam pelik,tak pandaila nak describe.kot hanyir ke camne 
  • tidur tertonggeng.yang ni takde fakta saintifik.tapi memang si ali ni tidur macam tu
  • tak lalu makam. Serius, xnak makan apa pun.tutup rapat-rapat mulut
Yang aku tak puas hatinya, aku adalah bawak Ali pergi klinik.Klinik kesihatan.
Aku tanya cacing ke,dia kata TAK.Budak nak baik dari demam macam ni lah.ususnya lebih aktif.
aku rasa secara teorinya betull la kot.dah dia belajar cmtu kan.tapi hati aku kuat mengatakan yang Ali ni kena cacing.Doc cuma bagi vitamin je supaya Ali lalu makan.n of course la xjalan pon...

Kawan aku si nurse ni plak,suruh aku pg beli ubat cacing. and aku pun bagilah separuh dos dalam 5ml gitu sebab baru setahun kan.

Alhamdulillah esoknya dia berak banyak..pastu ok dah.tiba-tiba jadi makan banyak.huh baru rasa sihat skit kot.Syukur sangat sebab aku sangala risau.iyelakan tiap2 masa asyik berak je kejanya.

Maybelah kebiasaan budak tak jalan lagi dalam umur setahun,maka ubat cacing ni tak perlu lah kan.
Klinik kesihatan cakap umur 2 tahun baru bagi.ok ok..saya dah bagi la nurse, tapi cakap dalam hati je.huh

kesimpulannya,lain budak lain caranya.Alhamdulillah Ali dah sihat

Monday, 17 June 2013

Bayi demam panas... at 11 months old

Alhamdulillah..akhirnya setelah demam panas 3 hari 2 malam,

Ali dah kembali sihat. Apa yang saya buat adalah pastikan badan dia sntiasa sejuk.


saya tidurkan dia dalam aircond


saya mandikan tgh tgh malam.walaupun pkul 3 pagi,5 pagi.

yela kalo dh dalam aircond pon panas je,lap pon xsejuk pon badan dia..

saya mandikan je.


siang tak pakaikan dia baju.pakai pampers je


bagi minum air banyak2.paksa je sampai tersedak budak tu saya kerjakan

ngeh ngeh sorry Ali :-)


bagi buah tembikai.


dia xnak makan sbb tekak dia bengkak.so banyak bagi dia susu.


alhamdulillah... dah sihat


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 13 June 2013

review fellina vitamin c

bismillahirahmanirrahim


kali ni nak review fellina vitamin c

skang dah consume slama 3 minggu

masa awal makan tu ada naik jerawat 2 3 bijik

pastu ok laa


dekat muka takdela perubahan yng ketara

cuma yang pasti,muka dah kurang berminyak.

gambar kat atas tu sebelum dan selepas consume fellina

ada beza ke?pakai bejak ronasutra je

ops y kanan pakai eyeliner ya :-)


ingat nak teruskan lg makan fellina ni

tengoklah mcm mana,ada perkembangan ke x


Published with Blogger-droid v2.0.4

Video khas sempena hari bapa

Watch "Anwar Faiz u r da best Baba (Created with Magisto)" on YouTube


dah lama tak update blog ni

maklumlah dengan anak y semakin membesar.. mana ada masa nak update blog. hujung minggu ni Hari Bapa kan..

so khas untuk suami tercinta, aku sempatla buat video ni.

paling happy bila dia hantar msj


tq syg.. Awak memang romantik. Sorry saya x mcm ma..


takpela sayang.smoga kita sntiasa dirahmati dan dilindunginya


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 8 May 2013

Ali jalan jalan balik kampung

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 22 April 2013

bayi susah makan

now Ali dah 9 bulan

budak kecik macam ni memang susah nak makan ke

2 3 mulut je dah trus tak nk makan

hmmm dah cuba pelbagaikan makanan

yang pasti epal je yang dia suka


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 9 April 2013

Ali berjalan pada usia 8 bulan [video]

agak mengujakan.

rata rata orang tegur dah setahun lebih ye?

kalo cakap 8 wah sume orang cakap cepatnya

ringannya

alhamdulillah dah rezeki dia

umminya hari hari tgk dia jatuh sana sini

barulah pandai berjalan

berliku liku sekali cabarannya


ni latest video di kampung

hehehe mbah teruja jgak


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 3 April 2013

lama tak update...

alhamdulillah

masih dikurniakan kesihatan

si kecik pon dah pandai berjalan.alhamdulillah lagi

walaupon masih 8 bulan dan jalannya pon macam itik,

ummi still proud of u sayang


sekarang plak dah musim eg tukar

dah 3 tahun duduk sekolah ni

harap kali ni, ummi dapat pindah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 17 March 2013

Ali Darwish

kesiannya anak ummi ni demam

semoga cepat sembuh

selain dari ubat, baba pesan kena selalu selawat syifa untuk redakan demam dia.

boleh cari di youtube.hijjaz punya best :-)


agaknya dh nak berjalan kot

ataupon nak beralih bulan :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 13 March 2013

tribal shawl for sale

each of this is rm25

so cantik kan?

:-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 27 February 2013

abaya petak

suka sangat dengan abaya ni

straight cut.loose jer

paling berkenan adalah corak petak ni.

selalunya baju kurung petak je kan.kali ni,abaya!


ramai gak yng tanya beli kat mana

hehe k4 wangsa maju jer

dah tawar menawar dapatla rm90.

sulam dia sangat mewah kot.dari atas sampailah ke kaki

auwwww feeling ala arab gitu :-)


warna pink+light blue


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 21 February 2013

half moon shawl lagi...

kali ni shawl warna pink.

aku matchkan dengan kurung cotton maroon

malas nak lilit.just pin kat bahu

done!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 6 February 2013

berapa umur bayi mula duduk?

rasanya setiap bayi berbeza perkembangannya.

namun pada kebiasaannya bila dah 6 bulan,kebanyakkan bayi sudah mulai pandai duduk

tapi janganla risau kalau anak anda masih belum boleh.

inshaallah,tak lama lg la tuh.


ali pula dalam 6 bulan banyak menda dia belajar

dalam bulan ni dia belajar duduk,memanjat dan y paling menakutkan...

lepas berdiri dia mesti nak lepas tangan

aduhai memang tak takut jatuh..ummi dialah y seram tengok dia lepas tangan.


semoga allah melindungi dia

semalam nampak lipan dekat sangat ngn dia.ntah dari manalah datangnya

terus aku spray sekuat hati

pastu lenyek2 sampai berkecai.

trauma bila dengar cerita anak kawan aku y baru 9 bulan kna gigit lipan.demam lepas tuh.

takut!


memang tak suka dan risau je bila hujan

sejuk,lembab memang lipan suka o_O


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 30 January 2013

cara pakai inner ninja + selendang

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 29 January 2013

review felinna inch loss lotion



baru je beli dari dari k4 wangsa maju.

rm 75.. tak boleh kurang 10 sen pon hehe

180 ml.. tak besar sangat botol dia so bolehla masuk dalam handbag.

ok jom kita review produk ni.

try smalam sebelum tidur. letak sikit je.

tunggulah dalam 5 minit pastu baru rasa.

dia punya berangin mak aihhh.. tak reti nak cakap.

pernah la jugak pakai krim mustajab yang paling panas tu

felina ni berkali kali panasnya. walaupon guna sikit je

hope dalam seminggu nanti nampak kesannya

baunya wangi, macam krim fair n lovely

but hubby kata dia pening bau lotion nih

hehehe for me ok je

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 16 January 2013

perkembangan bayi 6 bulan :-)

alhamdulillah kerana allah telah mengurniakan kesihatan untuk ali.
sebelum ni dah bagitau kot yang ali dah lambat sebulan untuk cucuk 5 bulan.
hell yes..sebulan lambat pergi cucuk.
last week pergi algirnya, nasib nurse tak cakap apa.

no! nurse kat kaunter bising la jugak
duk keep on tanya kenapa tak datang, takkan tak perasan lah apa lah
hosh jadi nak marah la plak sbb dia duk tanya
last skali ummi jawab, tak faham ke saya ada kursus then anak demam.
takkan nak cucuk.terus dia terdiam
heheh acct part kursus tu tipu.sbb saya ikut suami berkursus.bukan daku.hahahhaha jahat

dari melalut, jom imbas apa ali buat masa 6 bulan.
1. dah boleh merangkak.so sweet bila tengok dia sedaya upaya cuba dan cuba.

2. boleh duduk.masih tak pro lagi buat bolehlaaa

3.dah makan puree, biskut tapi sangat tak suka nasik aka bubur

4. suka berpeluk kalo nak tdo.kadang2 saja pejam mata, so dia merangkak la datang kat kita.sondol2 mintak peluk.sweet gitu

5.sangat aktif.sume orang cakap mcm tu.kalo xbpeluh tu bukanla nama ali darwish

6.suka sebut ba ba ba






Saturday, 12 January 2013

makanan bayi 6 bulan (solid food)

bubur yang mak mertua buat untuk ali.

ada carrot, ubi kentang dan nasi of course

then blend ikan bilis goreng sikit..tabur


nampak macam sedap tapi mestila ali tak nak makan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 9 January 2013

Baby Ali 6bulan dah :-) hard to feed [video]


ok... ummi menggedik nak bagi makan, tapi baby belum pergi cucuk pun lagi.

inshaallah esok aku pergi klinik hehe

acctually ni dah ke berapa kali aku bagi ali makan.

nampak gaya memang susah.first time dulu, dia macam tak pandai telan.

buat muka gaya tercekik je, serius bikin aku risau.

tapi paksa la jugak, kang sampai ke besar tak pandai pula.

sekarang, dah takde lagi gaya tercekik

tapi gaya tolak tolak, sepahkan makanan dia keserata alam

ni ada plak orang bagi walker.dia tak pandai jalan, so dia berdiri saja.

agak senangla nak sumbat makanan

kalau tak, dia menyusur sana sini sambil sembur keluar makanan dia.

lagilaa pening.nanti aku update makanan dia.

mil yang buatkan.hehe

apasal geli plak tengok makanan baby nih?

seumur hidup aku tak pernah makan bubur o_O

Published with Blogger-droid v2.0.4