Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 19 February 2020

Pengalaman Trip ke Pulau Perhentian 3 hari 2 malam

Trip aku kalini aku join Kelab Sukan office suami (Pejabat Tanah Sabak Bernam). Trip kitorang kalini selama 3 hari 2 malam memang geng office dah atur. Aku follow je..Untuk ke sana, korang boleh ambil bot dari jeti Kuala Besut. Kitorang plak siap naik dari jeti belakang rumah orang sebab amik private bot. After almost 45 minutes dilambung ombak..



Subhanallah memang cantik gila kan? Dah macam Maldives dah!
Kitorang stay kat Pulau Perhentian Besar. Actually, Pulau Perhentian ni ada dua: P.Besar and P. Kecil.
Area sini agak tak ramai orang, lebih privacy gitu.. Kalau nak tengok mat saleeh sun bathing bolehla ke Pulau Perhentian Kecil. Dekat je.. boleh nampak dari side sini cuma korang kena naik bot la sket.
Tu yang kecil hujung sana tu adalah jeti untuk sampai ke sini.

Ha tengokla betapa clear nya air dia. Anak2 ikan berselerak cantik..

Ni kat area kincir angin. Nak sampai sini kena naik bukit sikit tapi view memang cun. Cuma agak terkilan la kerajaan negeri tak jaga sangat kawasan ni. Ada tangga yang dah tercabut, depa yang berani siap lompat lagi nak ke hujung sana.Aku sorryla... tinggi gini pun dah rasa gayat. Sadis!

View memang superb.. Air warna biru kehijauan..

Ini dah sampai ke Pulau Perhentian Kecil. kalau nak ke kincir angin, Long Beach or memalam tengok Fire Show korang kena naik bot ke sini.Tengok warna air tu. Yang ni aku tak edit gambar.


Try check connection. Memang takde masalah. Laju je line internet kat sini. Bolehla update puas2 

Ni my first trip datang Pulau. Pergi Krabi last year pun aku tak gi naik bot. Bila pikir balik ruginya..mesti lagi cuns kan kat sana..


Dua supermans tu anak aku. dah besar kan. Maknya je yang masih tak sedar diri.haha

Ni kalau tak salah aku Coral View Island Resort Resort. Kalau dapat bilik ngadap laut memang cun gila.. Kitorang ada separuh duk sini, separuh duduk chalet di The Reef Perhentian.

Ni chalet kitorang.. Yang ni memang mengadap laut.Angin sepoi2 bahasa menampar wajah dikala berehat kat area balkoni tu.

Layan anak-anak sambil bagi makan roti..






Sempat lagi ferfeeling honeymoon







Ni my baby.. Wira yang paling excited. Masa ni water confidence depa bagi kita try snorkeling kat pantai je sebelum pergi snokerling betul2 tengok sharks..

Cantik kan? Makaihh siap ada sharks tu..



Semua gambar ni aku guna Iphone X je. Kualiti memang cun cuma aku edit guna filter Vivid yang memang ada dalam phone tu.


Nanti sambung lagi..Next post aku share video-video sepanjang kat Pulau Perhentian ni.

No comments: