Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 15 June 2009

hari ini 15- daurah kacip

aku mulakan daurah dengan hangover.18SXXXX orang macam aku dengan kacip saja yang boleh tengok!!


2 minit lepas gambar ini ditangkap,aku karate ATM ni sampai pecah dua.dahla tinggi,duit satu sen pun tak dapat.macam gampang


bet dan syaza sudah praktis.aku harus ambil tindakan segera ni.nanti diorang potong line


tak tahulah gambar aiman atau bet yang difokus.baby pertama yang aku pegang sejak 3 tahun dekat leeds


Saturday, 13 June 2009

hari ini 14-kenyataan


ini khas untuk mereka mereka yang tak dapat nak menerima kenyataan


kenyataan bahawa aku dah nak balik.yehaaaaaaaaa


semoga result aku nanti OK.alhamdulillah siap-siap

Thursday, 11 June 2009

hari ini 13-aku benci mesin ambil nombor

hari ini aku sudah janji dengan bet nak pergi town.pukul 10.30 pagi lagi sudah bangun,aku jadi bangga dengan diri sendiri.aku pakai cun-cun,kasi solid sikit.aku tengok bet lansung tak smart,mana boleh pergi town pakai tak smart,jatuh maruah kalau jumpa sesama melayu.

lepas pusing seround dua kaki pun dah naik lenguh,benda paling penting sekali dalam list harini,aku tak buat lagi.rasa macam nak jadi keliwon kat tengah-tengah jalan tu tapi aku masih menjaga tatatertib.dari jauh sudah nampak kelibat orang melayu,cepat-cepat aku ambil selekoh kiri.ini melayu gaya katty perry,mana kacip ngan aku.baik aku blah cepat-cepat.nanti terkutuk dapat dosa kering.

lepas minum air kacip fatimah rasa tenaga dah on balik.aku berlari-lari riang menuju ke pejabat post.orang punyalah ramai macam ada konsert siti nurhaliza,pak cik smart kat tepi tu pun nampak duk tersengih sorang sorang.aku jadi tak sedap hati dah.gaya cool kena maintain,aku main tekan mesin ambil nombor tu.cantik!!!
nombor sikit.nombor dua belas.aku toleh belakang kasi satu sengih puas hati dekat bet.intai-intai screen giliran tu aku jadi cuak tiba-tiba.

kenapa nombor sekarang 142? aku belek-belek kertas nombor tu kalau kalau ada nombor lain.

biar betul,takkan mesin ni buat gila dengan aku.hati aku dah mula nak membara.

sekali lagi aku tekan mesin gampang tu.nombor tiga belas.intai-intai pakcik depan aku ni pun,dia dapat nombor lima belas.jadi logiklah kalau aku dapat nombor dua belas.

dalam 20 minit juga aku termenung dalam pejabat pos tu.tiba-tiba lalu sorang akak,agak bergaya orangnya.aku syak dia mesti pekerja pejabat pos ni.apalagi aku ingat nak bertempik saja dekat muka dia kenapa nombor aku 12 padahal sekarang sudah nombor 147 tapi tengok muka pengasih akak tu aku akhirnya tanya elok-elok.

habis saja ayat terakhir dia,cepat-cepat aku masuk kedai order air sirap dengan cheese burger satu.dengan hati tenang aku makan burger sebab aku sudah tahu bahawasanya ada lebih kurang 65 orang lagi depan aku.semua nombor ada 200, dan aku dalam kiraan yang baru,bermula dari kosong balik.macam gampang pejabat pos dekat leeds ni! sumpah lepas ni aku pos surat pakai burung saja.