Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 8 April 2012

Dr Muhaya

Prof Dr Muhaya :
 "Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain. Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sangat suka dengan kata-kata ni.Kepada encik suami..
marilah kita bekerja sama-sama dengan sebaik mungkin. 
Moga Allah kurniakan nikmat dalam hidup kita amin...

Allah tidak membebani seseorang melainkan...

Pagi tadi encik suami dah bertolak pergi kerja tepat jam 5pagi.
masih terasa kehangatan saat dia selimutkan aku pagi tadi.
Terima kasih ya Allah kerana kau telah dekatkan hatinya padaku, sehingga saat ini.
Semoga kasih sayang antara kami tetap kukuh, tak di pisahkan oleh jarak yang sedang memisahkan kami sekarang.
Aku bersyukur kerana aku mampu menjadi seorang yang tabah. Alhamdulillah...
Memang kalau ikutkan hati, rasa sedih, murung, nak menangis pun ada mengenangkan terpaksa berjauhan dengan dia. Tapi kita kenalah ingatkan...


Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Apa yang penting adalah masa berkualiti yang kita spend bersama suami. Alhamdulillah walaupun kami hanya jumpa hujung minggu, tapi hujung minggu itulah kami gunakan sebaik-baiknya.Time tu lah aku masak (tapi selalunya tak sedap lah).. Urut-urut suami (tapi dia lebih suka aku garu-garu sebab kuku aku panjang.hahha O_0).. paling best main kejar-kejar(iye..aku tengah pregnant, tapi bestla main kejar-kejar.) Dan tak lupa juga setiap kali tidur, tidurlah atas lengan suami :)

Jom baca info sikit!

1. Hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
2.Hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
3.Hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
4.Isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Agak lawak la kan... tapi setakat ni aku tak pernah tidur atas bantal lagi kalau dia ada.hehehe
Tak lenguh ke? TAK!

Friday, 6 April 2012

Pai daging terhebat Cikgu


Tenung gambar lama lama dulu

Nyum nyum nampak sedap tak? Ok kalau sedap jom try resipi yang agak tak simple ni.heheheh

Tapi sedap laa :-)

Untuk lapisan pertama a.k.a yang paling bawah sekali...

3 ulas bawang merah (cincang)

2 ulas bawang putih (cincang)

1 biji bawang besar ( dadu)

Daging cincang

Cili sos

Tomato sos

Sos spageti (tak nak pon xpe,tp x nyum nyum la)

Sayur campur

Garam

Gula

Sedikit origano+ mixed herbs (xde pon ok)

Semua bahan diatas dimasak pekat.ala ala inti pau :-)

Untuk lapisan kedua a.k.a yang tengah

Rebus 5/6 biji kentang

Garam

Lenyekkan

Part paling best...

Tuang inti kita dalam bekas

Lapiskan dengan kentang yang dilenyek, sampai xnampak dah inti tu

Taburla cheese sebanyak mungkin ( ahahhahaha )

Bakar! Done!

Published with Blogger-droid v2.0.4