Monday, 27 June 2011
mbah tersayang
hidup ini penuh dengan ketidakpastian..
hari ini dan hari esok menjanjikan perkara yang berbeza
aku bersyukur kerana masih berpeluang menghirup udara ini...
serta mengkifarah segala dosa yang telah aku lakukan
ampuni aku Tuhan...
Wednesday, 15 June 2011
Sedikit ilmu yang saya nk kongsi bersama. Orang yang tidak bersyukur tidak akn pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada. Sentiasalah kita muhasabah diri, lihat apa yang kita miliki pada hari ini. Tak salah kita mengalah jika dengan berbuat demikian, hubungan baik dengan insan tersayang dapat dikekalkan.
P/s: sekarang saya tengah bkursus di hotel midah kl. Sempat lg update blog :)
P/s: sekarang saya tengah bkursus di hotel midah kl. Sempat lg update blog :)
Thursday, 2 June 2011
panas
saya sekarang menghabiskan cuti di rumah di Kota Bharu. cuaca sekarang agak extreme. agaknya memang betul kata orang, dunia dah nak kiamat, dunia dah tua! rasa macam banyak je dosa saya ngan Allah.saya takut!!!
kalau di Parit Baru, balik sekolah je saya akan pasang aircond kuat2.untung katil tu saya dah letak betul2 bawah aircond. nah kau rasakan! tapi selalunya trick tu tak jalan, cuaca panas sangat kat luar, tambah pulak saiz bilik saya yang agak besar di rumah warden tu. membuatkan saya selalu saja rasa nak buang je aircond. macam tak ada gunanya.
kadang2 saya balik rumah sewa saya. sejuk! sebab rumahnya 2 tingkat.rumah kayu pula tu.memang terbaik untuk baring2 sambil berangan. alahai teruk betul perangai anak dara ni kan.tapi saya ni dah kira baiklah, jarang2 balik rumah sewa tu tengok mbah (nenek). saya lebih suka panggil tuan rumah saya dengan panggilan mbah. kedengaran lebih mesra lagi..hihih tiba2 rasa rindu dengan mbah pulak.teringat mult dia pun boleh tahan. kalau nak tau dia sakit ke tak, senang je. kalau dia tak berenti cakap tu, hah eloklah dia.kalau tak, something is wrong ^_^
betul kata orang, kita takkan menghargai sesuatu benda sehinggalah kita kehilangannya. sekarang saya dah rindu mbah, padahal masa di Parit Baru saya rindukan mama dan abah. Baguslah, sekurang kurangnya saya dapat merasa kasih sayang orang yang tidak pernah kita kenal, tapi orang itu telah menganggap kita seperti keluarga mereka sendiri.. TQ Allah.
ingatlah pesan saya ni, menda yang kita nak tidak semestinya terbaik untuk diri kita..
baru beli...
saya baru saja pulang dari Kota Bharu. Panasnya tak usah nak cerita, bahang sampai naik merah muka saya yang agak comel ni. kidding! tujuannya nak mencari buku2 kecil yaasin dan doa-doa sebagai gift untuk majlis kenduri nanti.orang dekat kedai JAFAR RAWAS tak payah ceritalah, cuti sekolah macam sekarang ni, memang ramai.
bukan nak cerita pasal orang ramai, tapi nak cerita pasal sebuah buku yang saya sempat sambar di JR tadi. AKU TERIMA NIKAHNYA. sebenarnya dah lama saya berhajat nak beli buku ni, sebagai hantaran untuk bakal suami. iyelah, kejap nak beli, kejap tak nak beli. akhirnya tadi, sambil pejam mata saya ambil juga buku ni. the last one on the shelf.covernya cantik, kaler pink purple, sangat sesuailah dengan tema majlis saya nanti.
ops, melalut sampai ke tema majlis kenduri pulak. buku ni memang terbaik. saya suka membaca serta menghayati cerita santainya, mengupas tentang kehidupan sebelum dan selepas berumah tangga. tambahan pula, sebagai ex-student UK, membuatkan saya rasa seolah-olah saya berada dalam cerita ini, dalam lakaran huraiannya, serta berasa sangat rindu nak balik Leeds.
sungguh betul kata penulis, disana kita hidup dengan our own life. tiada parents, tiada orang lain yang keluar masuk dalam hidup kita. kita buat apa saja, berjalan di taman-taman semahu mahunya, keluar melihat keindahan alam. jaulah dengan familiy, kawan kawan.tapi di malaysia..SUDAH TAK ADA.
kenapa? apa yang membezakan kita di UK dan KL? di KL tak boleh keluar ke taman? tak boleh jalan2 sambil melihat keindahan alam? tak boleh duduk di bangku2 taman sambil membaca tafsir? barangkali ramai yang menjawab: "panas! " ok, saya jadi termenung.
jadi buku ini adalah buku yang baik untuk semua orang terutamanya yang hendak memulakan alam perkahwinan, sambil2 tu boleh juga layan nostalgia lama selama diperantauan..

Subscribe to:
Posts (Atom)