saya baru saja pulang dari Kota Bharu. Panasnya tak usah nak cerita, bahang sampai naik merah muka saya yang agak comel ni. kidding! tujuannya nak mencari buku2 kecil yaasin dan doa-doa sebagai gift untuk majlis kenduri nanti.orang dekat kedai JAFAR RAWAS tak payah ceritalah, cuti sekolah macam sekarang ni, memang ramai.
bukan nak cerita pasal orang ramai, tapi nak cerita pasal sebuah buku yang saya sempat sambar di JR tadi. AKU TERIMA NIKAHNYA. sebenarnya dah lama saya berhajat nak beli buku ni, sebagai hantaran untuk bakal suami. iyelah, kejap nak beli, kejap tak nak beli. akhirnya tadi, sambil pejam mata saya ambil juga buku ni. the last one on the shelf.covernya cantik, kaler pink purple, sangat sesuailah dengan tema majlis saya nanti.
ops, melalut sampai ke tema majlis kenduri pulak. buku ni memang terbaik. saya suka membaca serta menghayati cerita santainya, mengupas tentang kehidupan sebelum dan selepas berumah tangga. tambahan pula, sebagai ex-student UK, membuatkan saya rasa seolah-olah saya berada dalam cerita ini, dalam lakaran huraiannya, serta berasa sangat rindu nak balik Leeds.
sungguh betul kata penulis, disana kita hidup dengan our own life. tiada parents, tiada orang lain yang keluar masuk dalam hidup kita. kita buat apa saja, berjalan di taman-taman semahu mahunya, keluar melihat keindahan alam. jaulah dengan familiy, kawan kawan.tapi di malaysia..SUDAH TAK ADA.
kenapa? apa yang membezakan kita di UK dan KL? di KL tak boleh keluar ke taman? tak boleh jalan2 sambil melihat keindahan alam? tak boleh duduk di bangku2 taman sambil membaca tafsir? barangkali ramai yang menjawab: "panas! " ok, saya jadi termenung.
jadi buku ini adalah buku yang baik untuk semua orang terutamanya yang hendak memulakan alam perkahwinan, sambil2 tu boleh juga layan nostalgia lama selama diperantauan..
No comments:
Post a Comment