Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 12 September 2009

cikgu sekolah mana lah ni


harini aku nak cakap pasal cikgu-cikgu kat sini pulak.enough about me ok!!
aku tulis dalam point la supaya senang orang nak paham dan senang orang nak bayangkan.ayat-ayatnya terpaksalah aku melayu standardkan.nanti ramai plak yang tak paham. (._.')

1. cikgu-cikgu kat sini memang jenis lepas mulut.heheh aku akui memang kita akan jadi panas baran kalau dah berdepan dengan budak2 tiga suku kawasan pedalaman ni (err..pedalaman ke).oklah..sekolah harian di pinggir kota bharu yang sangat2 teruk disiplinnya.

2. situasi satu
cikgu tengah menanda kertas sastera melayu
"menate apolah ayat metafora mu tulis ni.buku mana mu baca??"

3. situasi dua
2 orang cikgu sedang mengumpat one of their student
ckgu 1- kau nampak dia naik motor ngan sapa?
ckgu 2- mestila."baso tino gelenya".pukul 12 tgh malam duk "gilo nga jate".kito gak pukul 10stengah mapuh doh tido.
ckgu 1- prangai bengong sunnguh budok syairah tu.

4. situasi tiga
masuk-masuk bilik buku teks je,cikgu mula hempas buku.
" letihla aku duk ngajar ngan sek2 tolol ni.mapuh g lah sek2 mu"
(sek2 = geng2)

5. dan aku hari2 duk mendengar sambil tersenyum saja.dan cikgu2 akan selalu kata yang bila kita dah mengajar,tak akan sama ngan masa praktikal.sume dah lain,tambah2 lagi kalo duk deal dengan budak sekolah yang otak tepu mcm budak2 sekolah ni.hehhehe nama sekolah ni rahsia.yeke rahsia?

6. ada satu hari tu, dua orang parents kena panggil sebab anak masing-masing buat hal.masa tu aku kat pejabat(kali ni aku tak tido,tengok tv je). dan bila aku balik bilik buku teks aku....
" mak shahril tu bagus,siap suruh ustaz pukul anak dia lagi"
"kenal mak afendi? haa...mak afendi macam hantu.serupalah perangai dengan afendi.dia pulak yang pergi marah cikgu.patutla anak gitu.mak pon sama ngan anak.xleh pakai"
******* dan aku cuma tergelak terbayang muka mak afendi kat pejabat tadi.memang mcm hantu,hantu gomak! hahah putih semacam dah naik kelabu.*************

7. dan sorang cikgu bm ni pulak pernah mengadu yang dia tiap2 tahun selalu je sumpah anak murid dia bagi xpass bm.aku akuilah memang cikgu tu doanya makbul,tapi perlu ke sampai nak doa mcm tu dekat budak tu.xpelah kalau budak tu tak suka kita,kesian dia xpass SPM.sbb tu lah sekolah ni tak pernah dapat seratus peratus lulus.sbb BM ni lah...

8.no lapan lain kali lah.aku nak pergi join korum cikgu belek2 kain tudung.iye,satu lagi..cikgu-cikgu sekolah ni sangatlah suka meniaga.pukul 10 pagi lagi, boleh pulak sorang cikgu ni duk ambil order nak ikan apa.siap dengan pengetua join sekali.hahha aku senyum lagi

Monday, 7 September 2009

hari ke-2 ROS

apa nak cakap ye, rupa-rupanya dah 2 hari aku kat sekolah ni.memang jadi lauk jela.walaupun aku tak mengajar, budak2 sekolah ni sume panggil aku cikgu.hehhehe
yang paling tak tahan diorang akan tunggu tempat aku parking kereta(pagi tau,sbb aku cikgu..ops bakal cikgu yang berdedikasi),lepas tu duk swit2(ya aku akui diorang memang terlampau).nak bawak bag lah, tanya kenapa cikgu datang lambat la,siap suruh aku senyum lagi,dia kata muka aku masam (ada aku kisah?).masa aku tukar kasut dalam kereta pun diorang nak sibuk juga.

**** semua ni buat aku terasa nak mengajar sekolah perempuan sahaja..lilbanat***

apalah nasib kawan2 aku yang lain.rasa nyesal juga tak ajak member2 buat ROS sekali.bosan nya duk terkapai2,sambil melayan budak-budak 3suku kat sini.hehhehe
err..cikgu-cikgu pun mungkin 3.5 suku juga.he ish ish..bulan puasa xbaik mengumpat.nanti aku sambung lagi.macam gampang!boleh juga...

Friday, 7 August 2009

hidup aku disini


aku malas nak marah orang tapi apakan daya...akhirnya aku give up! memang maktab ni sengal(mungkin hampeh lagi sesuai)

1-mula-mula sampai lagi, pendaftaran gila ciput.ada ke diorang cuma tampal kertas A4-tulis PENDAFTARAN PPC.

2-aku kena duduk dorm.ya..DORM!!! bayangkanlah.tak nak cakaplah aku kena duduk dengan berapa orang.rindu kelana jaya esp kacip aku yang sudah jauh di jitra.

3-kelas aku hari rabu dah start!daftar senin.gila xmenyempat.

4-oh berita paling hangat,aku kena halau keluar dari asrama.kena cari rumah sendiri,dia bagi dua minggu saja.jangan tanya sebabnya.lepas ni tidur bawah jambatan la nampaknya.

5-kawasan maktab ni sangat luas.nak pergi pintu keluar yang ada guard pon dah dekat 3km.mampusla sapa yang kena berjalan.

6-aku memang tak puas hati dengan semua menda.

7-lupa nak cakap,maktab call aku suruh daftar 2 hari sebelum tarikh daftar.pastu ngada2 nak baju putih la,kain gelap la,court shoes la.macam gampang!

8-aku diharamkan mengumpat pasal maktab ni.jadi aku takkan sebut maktab mana.korang dah tau kan???

9-sebab datang daftar sini juga,aku terlepas reunion sekolah rendah aku.oh,sangat kecewa.minta maaf ya semua.

10.ni kedua terhangat,aku xde wifi disini.... ("_"')

p/s: tak semua benda aku tak suka xoxo