Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 4 October 2009

dilema si sundal

dah lama rasanya aku tak menulis perihal cinta.

CINTA???

kerana cinta, perempuan berbangga menjadi sundal!
kerana cinta lelaki bermegah menjadi bangsat!

bagaimana kalau aku ceritakan perihal perempuan yang sudah berpunya (kamu faham kan maksud aku), tetapi masih lagi memberi harapan pada lelaki lain, masih membuka ruang kemesraan antara keduanya... sundalkah perempuan itu di mata kamu?

bagi si sundal ini..apa daya diri hendak melawan kehendak hati dan jiwa yang sedang dahagakan perhatian dan kasih sayang.kenapa si dia tiba-tiba seolah-olah sudah tidak berminat?sudah burukkah rupa kita? aku akui lelaki bangsat selalunya akan mula berubah, mula berhati batu seawal usia perkenalan mencecah 3 tahun.

namun demikian lelaki-lelaki ini pastinya akan memujuk dengan kata-kata semanis gula-gula setiap kali ketidakpuasan hati diluahkan.dan kita bagai anak kecil riang sekali setiap kali termakan gula-gula manis sehingga kita tak sedar yang akhirnya gigi kita akan terasa ngilunya tatkala terlalu banyak makan gula-gula.

tapi selama manakah kita akan terleka?? tahu-tahu saja kita sudah tersedar dari mimpi yang panjang.dan apa yang kita lakukan? KITA JADI SUNDAL!!
masa yang terluang kita isi dengan melepak dengan kawan-kawan.kita sudah tidak lokek memberi senyuman serta membalas jelingan-jelingan bermakna insan berhalkum. 2 3 minggu selepas tu, sedar-sedar, kita sudah di meja makan malam yang indah bersama teman baru yang tidak sudah-sudah menjeling tajam ke mata.

ah..sundalkah? dayuskah si dia yang hanya membiarkan? salah siapa? aku tiada jawapannya......

Wednesday, 30 September 2009

semalam blackout

malam semalam memang panas.dahla seharian aku sudah keletihan kena berlari-lari main sukan dipadang.bila mata dah ngantuk yang aku geram nak tidur pun tak boleh,sebab keje sekolah punya lah banyak sampai nak tercabut otak aku.mata dah kuyu, otak dah tepu.dalam esak tertahan akhirnya keje aku siap juga... pukul 1.30 pagi.macam gampang!

bila aku lelap? aku pun tak tahu.tau-tau saja aku celik mata, rasanya panas betul.kenapa sunyi semacam ni? hati aku dah tak sedap.aku tolak-tolak kepala kacip.aku sound: kenapa tutup kipas ni?

selalunya kacip aku kuat tidur.susah nak bangun.tapi semalam lancar je dia jawab: blackout kot.sekarang pukul 2.30 pagi.

aku jadi tak puas hati.baru nak lelap ni..kacau betul.dalam mamai aku melangkah malas pergi cari suis kipas.celaka!! letrik tak ada.sambil pejam mata aku melangkah balik ke katil yang tak berapa empuk tu.

panas tak payah cakap sampai aku tak boleh tidur.agaknya kacip pun tak boleh tidur.aku nampak dalam kesamaran dia mengiring ke kanan, ke kiri.tiba-tiba Linda yang kat hujung sekali jerit MAK!! aku terkedu.

Yat yang dah memang penakut ni terus saja kejutkan Lina kat tepi.Boleh plak Lina tiba-tiba pula jerit ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR dalam kegelapan tu.alahai..adakah dia terkejut tengok yat yang dah macam pontianak harum sundal tengah-tengah malam?aku pun naik cuak plak.

dah hempuk-hempuk kepala, baru dia sedar,dia senyum sambil berkata.. Ya yat??

Ida pulak tiba-tiba sambil mata pejam mengibas-ngibas badan dengan bantal.kenapa semua orang buat menda pelik-pelik tengah gelap ni??

aku jadi tak faham!kesimpulannya, blackout semalam memang lain daripada biasa..

pagi yang indah esoknya aku tanya apa yang mereka buat semalam masa blackout?ini jawapannya...

Linda: aku celik mata tiba-tiba nampak gelap sangat.tu yang aku jerit.
Lina : mana ada Lina cakap apa-apa.(muka stern memang blur)
Yat : yat tak leh tidur.sebab tu kejutkan orang.
Ida : panas sangat.sebab tu kipas ngan bantal.
Ira n Syuhadah : Blackout ke semalam?????

sengal!!!

Sunday, 27 September 2009

aku dah bosan

aku dah bosan tengok budak-budak kat sini berkasut tumit tinggi

aku dah bosan hari-hari kena maki dengan lecturer kat sini

aku dah bosan hari-hari makan nasi goreng kampung

aku dah bosan try cuba connect internet yang slow ni

aku dah bosan rindu orang-orang tersayang kat rumah

tapi satu je aku tak bosan...
suasana kat sini do remind me of those happy time in school...