Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 11 March 2010

hari ini di sekolah 1- aku jadi cuak



ni masa aku "mengawal" budak2 kawad secara berhemah...

SMK SJ2...
harini aku dah jerkah one group of student.ada ke duk mengacau budak2 nak exam???
aku dah larang (sebenarnya lebih kepada menghalau dengan nada yang nyaring) 2-3 kali, tapi xde respons yang memberansangkan. aku pun naik darahla!!!

dan diorang pandang muka aku macam nak telan.tiba2 aku jadi kecut, membayangkan kereta kesayangan aku yang mungkin jadi mangsa mereka.damn..kenapala buat garang ngan diorang.aku jadi cuak! @_@

Monday, 9 November 2009

masjid besi????

** aku tak tau lah kenapa muka aku nampak ceria sangat dalam gambar ni!

of all places,tak tambah lagi dengan kekecohan masa nak pilih tempat lawatan, akhirnya kami pergi KL.macamlah dah takde tempat lain.PETROSAINS plak tuh.

nasib pegi lepak2 saja,kalau la lawatan skema, memang aku terjun dari KLCC tuh.nak jadikan cerita aku pegila masjid besi.tau ke kat mana? PUTRAJAYA la.
cari punya cari xjumpa satu pun kain sembahyang perempuan.rasa nak menyumpah je. tapi ingatkan aku kat dalam masjid masa tu so aku senyap je la.mungkin sebab baru bukak kot.

paling takleh blah,siap ada escalator ngan lift lagi.toilet ngan tempat wuduk tu tak payah cakapla memang besar bagai istana.membazir je(bagi pandangan aku yang tak berapa cukup ilmu ni la)

dah abis jamak takyah ngan qasar sume, tiba-tiba ada kawan aku jerit dari bawah.

kain sembahyang kat bawah la wei...

aku macam " what the hell, gila apa kain sembahyang kat belakang dalam kawasan sembahyang lelaki???" masjid bertingkat-tingkat.nak buat tabir pun tak boleh.macam @$%&*(

aku istifar je dalam masjid tu (._.')

Thursday, 29 October 2009

jiwa kacau

dah lama tak menulis.bukan kerana tiada masa, tapi lebih kepada hati aku ketika ini dalam dilema.kenapa sebelum ini aku tak pernah terfikir yang benda-benda macam ni mungkin terjadi. kenapa bila kita rasa yang penantian kita selama beberapa tahun akan membuahkan hasilnya,semuanya tiba-tiba hancur?

aku tak pernah rasa macam ni.yang pastinya aku tak tahu pada siapa lagi aku nak mengharap kecuali pada yang Maha Kuasa.apa yang aku buat sekarang semuanya aku ikut hati.

tapi betulkah tindakan aku.kata orang ikut hati mati!

tapi sumpah aku tak pernah berniat nak sakitkan hati siapa-siapa.aku benci bila orang main tarik-tarik tali dengan aku.aku benci bila aku tak ada kekuatan nak memilih secara rasional.

jadi aku memilih untuk jadi orang yang sebegini.yang akhirnya akan melukakan hati banyak orang.god i hate ME!!!