Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 13 October 2010

organ kumuh

suasana agak panas. tak perlu perhati betul-betul pon kau sudah boleh lihat deraian peluh mula menitis di dahiku.entah kenapa otak aku mula berfikir yang bukan-bukan, mula fikir yang karut -karut. sekali lagi aku jeling dia. ok, dia buat muka stern.aku tengok jam di tangan kiri aku, aku mula buat simple calculation. hmmm... lama lagi ni nak abis masa.

aku jeling dia lagi, " awak paham ke apa yang awak tulis ni?" dia gelak-gelak manja pula.hai, memang nak kena ni. puas aku cuba tahan diri supaya tidak mula menyumpah. aku tengok baju dia, ni mesti dari hari Senin pakai baju yang sama xbasuh. muka dia tak payah cakaplah memang berminyak habis, gaya mekanik baru lepas cabut tayar bas.

" kan saya suruh tulis organ perkumuhan, awak tak tahu ke? "

" apa pulak cikgu, betullah ni"

pandai pula dia jawab betul, dia ke aku yang jadi cikgu sekarang ni. bukan main lagi aku nampak dia duk bergurau senda kat belakang, main peluk-peluk ngan kawan-kawan.

melihatkan perkataan organ perkumuhan di whiteboard tu, tiba-tiba aku rasa nak senyum . tak sampai 5 saat lepas tu, aku karate meja.

Tuesday, 12 October 2010

mek?

"assalamualaikum cikgu "

"semekom cikgu "

"selamat pagi cikgu. Cikgu.. jawabla salam! "

ya ya saya jawab dalam hati. dalam hati aku duk pikir untungnya dapat sekolah budak-budak baik macam ni. aman hidup aku. hihi ada lagi segerombolan budak kat depan nampaknya.

"semekom cikgu"

" hai cikgu cantik, selamat pagi"

bagus betul budak2 ni. ni yang cikgu sayang nih.tiba-tiba..

"semekom mek" (' . .)

grr...macam c$#%&& ya ko panggil cikgu ko mek! nak amik sebijik cubit ketam aku
ngeh ngeh.. puas hati ^___^

not so relevent


" saya mahukan perempuan yang nak settle down sekarang, awak pula ada dia.."


err... apa maksud dia cakap macam tu? adakah dia cuba nak sedarkan diri saya ni yang saya sepatutnya pilih dia? yang saya sepatutnya tinggalkan bf saya untuk dia, yang menjanjikan satu perkahwinan segera untuk saya? ya, memang saya teringin sangat nak kahwin, tapi takkan nak kahwin suka2 hati dengan orang yang kita kenal gitu2 je.


kepada mr not-so-relevent saya hargai niat baik awak tu. tapi kenapa baru sekarang awak nak meluah perasaan. saya dah tua mcm ni baru awak cakap awak suka saya, rasa rugi tak mengorat saya.itulah, pernah dengar tak satu lagu yang sangat femes ni..


"jangan tunggu lama-lama

nanti lama-lama

dia diambil orang... "


saya dah kenal lama bf saya. Biarlah lama mana pun, saya akan tunggu dia. sebab saya dah tak boleh bayangkan hidup dengan orang lain.dari saya belasan tahun sampai saya dah separuh abad ni, saya hanya mengenali dan merasa cinta dia.no one else...


mr not-so-relevent, saya kenal awak pun sebab awak adalah orang yang telah menghancurkan impian cinta kawan saya. saya tau sampai sekarang pun dia masih tak dapat lupakan awak. dah hampir 5 tahn awak tinggalkan dia, tapi dia masih sendiri. mungkin dia boleh kata yang dia sudah lupakan awak, tapi buktinya till this very moment, she's all alone.awak tak tengok macam mana dia menderita. u turn her into something that i dunno.


dan bila awak cakap gf awak tinggalkan awak untuk x-bf dia, i know that was karma! is it a bad thing to think that way? i hav no idea. dan sekarang awak cakap awak suka saya? menda tu tak patut langsung terlintas di fikiran awak.


kepada sahabat2, janganlah menabur janji dan meninggalkan seseorang begitu saja, kerana esok lusa mungkin giliran kita pula..


p/s: u know u love me ^_^