Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 5 May 2011

hidup ni memang tak adil


Hidup ni terasa tiada tujuan sekarang.mungkin aku patut cipta satu hobi baru yang boleh mengisi kekosongan hidup ni.ntahla.. nak buat keje yang berlambak kat sekolah ni, aku malas..kenapa malas..

Sebab hati tak ada kat sini.suasana sekolah ni xbest..orang-orang besar asyik nak cari salah anak buah je.memang menjadikan suasana keje xbest.paling aku kesian, sorang cikgu kesayangan kitorang dah kena tukar sekolah sebab xsebulu dengan pentadbir..dahla suratnya pakai faks saja..hidup memang xadil.dia di sekolah ni dah lama, aku tau dia mesti sedih gila.

aku pulak asyik gaduh je ngan tunang.dah lama tak rasa dihargai.mcm manalah aku nak jadi orang yang sentiasa bersyukur..aku tau, kna banyak baca buku agama..kena selalu semayang, kna selalu muhasabah.. i will..semoga kebahagiaan itu milikku.

Sunday, 24 April 2011

counting months..

hari ini 25 april.. sangat teruja kadang-kadang sampai rasa tak ada perasaan.semoga allah tetapkan hati kami.tak tahulah nanti aku macam mana.paling ngeri sekali aku takut kalaulah nanti mak mertua suruh masak.even sekarang kalau aku terfikir pasal ini pun aku rasa jantung aku berdentum dentam..alahai..mama tolonglah anak mama ni.nak pandai masak macam mama..waaa

satu lagi, aku ni sangat pemalas nak kemas.aku lebih suka berkemas ikut mood.time rajin xyah cakapla..satu rumah aku bleh kemas.hihi dahla pas kawen ni plannya kna menumpang dulu rumah mertua.alahai... terpaksalah merajinkan diri kemas rumah, lipat baju, sidai kain.

dah tertulis diazali aku ni, jenis yang bangun lambat..tiap2 hari kat sekolah ni aku bangun 620 pagi.tu kire paling awal la.kalo weekend lagi lambat..pas subuh sambung la ke pukul 9 @ 10 pagi.ni bakal suami dah pesan, kat rumah mak nanti kna bangun pukul 5.30 pagi.. huaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, 6 April 2011

fakta!

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

15. Hampir semua pembaca akan cuba untuk menjilat sikunya.