dah lama rasanya aku tak menulis perihal cinta.
CINTA???
kerana cinta, perempuan berbangga menjadi sundal!
kerana cinta lelaki bermegah menjadi bangsat!
bagaimana kalau aku ceritakan perihal perempuan yang sudah berpunya (kamu faham kan maksud aku), tetapi masih lagi memberi harapan pada lelaki lain, masih membuka ruang kemesraan antara keduanya... sundalkah perempuan itu di mata kamu?
bagi si sundal ini..apa daya diri hendak melawan kehendak hati dan jiwa yang sedang dahagakan perhatian dan kasih sayang.kenapa si dia tiba-tiba seolah-olah sudah tidak berminat?sudah burukkah rupa kita? aku akui lelaki bangsat selalunya akan mula berubah, mula berhati batu seawal usia perkenalan mencecah 3 tahun.
namun demikian lelaki-lelaki ini pastinya akan memujuk dengan kata-kata semanis gula-gula setiap kali ketidakpuasan hati diluahkan.dan kita bagai anak kecil riang sekali setiap kali termakan gula-gula manis sehingga kita tak sedar yang akhirnya gigi kita akan terasa ngilunya tatkala terlalu banyak makan gula-gula.
tapi selama manakah kita akan terleka?? tahu-tahu saja kita sudah tersedar dari mimpi yang panjang.dan apa yang kita lakukan? KITA JADI SUNDAL!!
masa yang terluang kita isi dengan melepak dengan kawan-kawan.kita sudah tidak lokek memberi senyuman serta membalas jelingan-jelingan bermakna insan berhalkum. 2 3 minggu selepas tu, sedar-sedar, kita sudah di meja makan malam yang indah bersama teman baru yang tidak sudah-sudah menjeling tajam ke mata.
ah..sundalkah? dayuskah si dia yang hanya membiarkan? salah siapa? aku tiada jawapannya......
4 comments:
hmm...mendalam....yg pasti bkn semua yg menduakan itu sundal..pasti ada sebab laen di blkgnya kan kan kan
betul..betul..selalunya ada ransangan..hehehhe
kalau setakat dua rasanya bukan sundal.
kalau 20 confirm mmg sundal (bagi yang tak kahwin la)
salah saya.. huhu =(
Post a Comment