Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 25 November 2010

ikatan hati...




hari ini.. sudah 1 minggu 1 hari aku jadi tunangan orang...
hari tu memang berdebar gila, aku duk cover line dengan senyum je sepanjang masa.
dalam hati Tuhan je yang tahu.
hari tu aku sempat bakar sate untuk family cik abe..harap boleh tahan la makan sate manis ore kelate..
love u sayang..thanks for loving me

Monday, 8 November 2010

hari ini 28- perasan la pulak

orang kata, kebahagiaan boleh datang dalam sekelip mata.orang juga kata kebahagian boleh ditarik balik dalam sedetik nafas juga.aku sangat setuju dengan ayat-ayat diatas.dalam cerita pendek aku ni,bahagia aku agak panjang umur sikit. lebih kurang 10 jam.

pagi tadi, si dia manjanjikan sesuatu yang amat indah.something yang dah lama aku nak.yang dah lama aku harapkan.masa tu, Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku.hati aku berdebar-debar.tangan aku tak berhenti-henti cubit lengan sendiri.betul ke? tak mimpi ke?dalam gembira hati aku tetap was was.

malam tu,baru aku tahu, yang dijanjikan tu adalah salah faham saja.alahai bodohnya aku gembira tak tentu pasal.malunya tak payah cakaplah.tapi aku redha,kerana dari salah faham ini, aku sempat merasa nikmat bahagia yang tiada taranya,walaupun hanya untuk seketika.Thanks Allah for giving me the chance.Laa yukallifullahu nafsan illa wusaa'ha. :)

Wednesday, 3 November 2010

rindu kot

our feveret

rasanya dah 2 hari mata kiri aku tak berhenti bergerak-gerak.macam berdenyut-denyut.macam tak boleh nak fokus pada kerja sebab otak aku sentiasa berfikir apa petanda mata aku berdenyut-denyut macam ni.

on the way ke toilet tadi, aku borak-borak kosong dengan makcik cleaner(berjiwa rakyat,mungkin boleh jadi wakil rakyat di masa hadapan).tergerak pulak nak tanya dia.dia kata kalau denyut bawah mata, selalunya nak nangis tuh.

dengan segera aku menepis.

tak tak! saya berdenyut-denyut kat atas ni.dekat kening.

oh, nak jumpa cik abangnya la tu.kan nak balik harini.deepavali.


aku jadi speechless.nak jumpa abang apanya.dahla weekend ni aku sambut deepavali kat kampung nih.duk rumah je tak de plan lagi nak g mana-mnana.waaa.. rasa nak jerit je kat muka wak ni.cik abang saya jauh..takkan saya nak jumpa cik abang baru kat kampung ni.OH NO!!

Monday, 1 November 2010

hari ini 28

walaupun hari ini adalah hari yang agak kurang proaktif kerana kena jaga exam, aku gagahkan jua kaki aku ni.rasa macam nak serat-seret je kaki ni.agak tiada mood kerana aku masih lagi dalam konflik percintaan dengan bf aku.ermm..tua-tua pun ada konflik lagi.

masuk-masuk kelas, budak-budak ni ada lebih kurang 15 minit je lagi sebelum habis masa.sounds so little time,but when it comes to exams..15 mins can be a good torture.boring-boring budak2 ni ajak borak.aku tak nak! tapi diorang paksa jugak aku cakap ngan diorang.ish memang stock degil sehh..

yela yela...awak nak bagitau apa? aku tanyala sekadar nak berbasa basi.

cikgu, ada satu kapal selam, ada 39 orang penumpang naik.tiba-tiba ada perempuan pregnant naik kapal, lepas tu kapal selam pun tenggelam.kenapa?

aii..ni yang aku takleh blah.teka-teki susah cam gampang.pikir punya pikir aku give up.dah habis pun 15 minit.aku tak tau apa jawapannya.

jawapannya, sebab kapal tu, kapal selam.sebab tu tenggelam!! riuh diorang gelakkan aku.

%&*(**))*( aku jadi bengang.terus blah,tak kutip kertas pon.