Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 8 November 2010

hari ini 28- perasan la pulak

orang kata, kebahagiaan boleh datang dalam sekelip mata.orang juga kata kebahagian boleh ditarik balik dalam sedetik nafas juga.aku sangat setuju dengan ayat-ayat diatas.dalam cerita pendek aku ni,bahagia aku agak panjang umur sikit. lebih kurang 10 jam.

pagi tadi, si dia manjanjikan sesuatu yang amat indah.something yang dah lama aku nak.yang dah lama aku harapkan.masa tu, Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku.hati aku berdebar-debar.tangan aku tak berhenti-henti cubit lengan sendiri.betul ke? tak mimpi ke?dalam gembira hati aku tetap was was.

malam tu,baru aku tahu, yang dijanjikan tu adalah salah faham saja.alahai bodohnya aku gembira tak tentu pasal.malunya tak payah cakaplah.tapi aku redha,kerana dari salah faham ini, aku sempat merasa nikmat bahagia yang tiada taranya,walaupun hanya untuk seketika.Thanks Allah for giving me the chance.Laa yukallifullahu nafsan illa wusaa'ha. :)

No comments: