Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 24 April 2012

7 months preggy

Antara perkara yang aku susah sangat nak buat masa preggy 7 bulan ni adalah:

1. Potong kuku kaki ( sampai naik cramp dibuatnya. dahla tak nampak satu hal. nak membongkok pon takleh )

2. Pakai kain sembahyang (yang ni kena pakai sambil duduk. selalunya duduk atas katil lah)

3. Guna toilet cangkung! kan kan :P ( pergilah mana mana pun, aku mesti cari yang jenis duduk punya. kadang-kadang tu sanggup tahan kencing. hahahaha bila guna yang jenis cangkung ni, rasa baby turun ke bawah sangat. and sangat seksa masa nak berdiri semula.yang geramnya klinik kat kg ni, sume pakai cangkung.waaaaaa)

4.Mengadap laptop lebih dari setengah jam (sakit belakang kot!)

5. Tak tido kat sekolah (paham tak ayat aku ni? hahahha setiap hari, mesti aku akan cari masa untuk baring a.k.a melelapkan mata kat sekolah ni.) Tapi aku rasa fenomena tido atas lantai tu normal kot kat sekolah.

6. Hidup tanpa merasa panas dan berpeluh ( kalau tido malam, mesti terjaga sebab panas sangat.siap berpeluh-peluh )

Semalam pergi check up. agak terkejut jugakla... dalam masa 3 minggu berat aku hanya naik 0.8kg.
apalagi..kenalah membebel seround dua ngan nurse kat situ.waaa kesian baby aku...
mungkin sebab sebelum tu aku cirit birit sket, so dah cuci perut sume.pergi timbang memangla sikit je kan.hahahha ( ayat penyedap hati )

yang paling buat aku gundah gulana adalah AKU KENA MINUM AIR GULA LAGI SEKALI!!!!!
tobat menggangu perasaan, jiwa dan otak aku. waaaa xnak. benci. bosan. sebab ada family history. wth aku punyalah kecik gini takkanla ada kencing manis kot.waaaa

Friday, 20 April 2012

Tarik balik?

Ada sedikit crita tak puas hati.
Sempena cuti Hari Buruh ni, awal bulan April haritu aku dah apply cuti siap-siap untuk hari Isnin.
Guess what?
Aku dengar cerita pengetua nak tarik balik cuti.
Oh no! Boleh ke dia buat macam tu?
Punyala semangat aku dah mintak sebulan awal. Last minute cmni baru la nak tarik.
Waa so sedih. Harapnya tak jadilah pengetua nak tarik cuti.
Kita time orang suh kerja, kita kerja.
Jadi bila kita nak mintak cuti.. bagila kan..
Aku dah bagitau mak kat Kok lanas yang aku nak balik
Suh dia masak macam-macam.
Kecewalah amat sangat kalau cuti ku ditarik.
Pray for me!

I wish...

That u will hug me
kiss me endlessly
share your warmth
without me asking for them...
 I miss u badly
but i dont have the guts to say it
Really miss you sayang

Thursday, 19 April 2012

pelancaran Preve 2012

My hubby di sekitar majlis pelancaran proton preve.

Hensem kan :-) hahahahah ( ops terpuji plak )

Merah memang cantik kan?

Semoga Allah bg rezeki beli kereta ni hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 15 April 2012

Hari ini: Sakit belakang

SAKIT BELAKANG!
Pagi tadi aku balik dari Gombak. Alahai... pukul 5 pagi dah bertolak dari sana.
Rasa malas gila nak bangun pagi tadi. Nasib tido berpeluh, senang sikit nak mandi. Kalau tak, mesti nyenyak tido.
Agaknya sebab drive lama sangat tadi ( 2 jam jer :P ) maka sudah sakit belakangku ini.
Serba tak kena lah jadinya. Kalih sana salah, kalih sini pun salah. Nak suruh orang tolong urut pun takde. Sedihnyaaa...
Pasni balik sekolah aku ingat nak baring je. Semoga hilanglah sakit belakang ni.

Khamis ni JPS nak datang lagi... mintak-mintaklah terlepas aku kna pantau.
Almaklumlah, bulan 3 baru ni JPS dan datang and aku dah kena! Takkan nak kena lagi. Masak!
Susah gila nak buat BBM la, kena mengajar penuh semangatla. Agaknya students pun pelik apesal la cikgu diorang ni bila ada MAAM  kat belakang jadi semangat semacam je.
Penat kot berlakon!

Bila dah sakit belakang ni, rasa berkenan plak nak beli bantal for mommies.
Tapi mana nak cari ek yang macam ni?

Nanti dah ada baby nak beli yang macam ni plak. Senang kot nak dapat..hehehhe



Sedikit info untuk mengelakkan sakit belakang...

1. Dalam peringkat akhir hamil khususnya sendi, pelvis dan ligamen akan mengendur. Pada masa yang sama pertambahan berat uterus mengubah pusat perseimbangan menyebabkan si ibu yang mengandung terpaksa berdiri dengan bahunya di belakangkan lebih dari biasa. Bagaimanapun kedudukan tersebut dan ligamen yang mengendur tadi menimbulkan sakit belakang bagi kebanyakkan wanita hamil, lebih-lebih lagi bagi wanita yang pernah mengalami sekali hamil atau lebih.

2. Menggunakan kasut tumit tinggi boleh memburukkan lagi ketegangan belakang dan harus dielakkan. Selipar adalah sesuai dipakai.

3. Jika hendak mengambil barang, jangan terus tunduk. Sebaliknya bengkokkan kaki.

4. Jangan angkat barang terlalu berat.

5. Jangan hanya duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Dan jangan duduk bersilang kaki.

6. Kepada kaki internet, jangan fokus lama sangat pada screen. Perasan tak yang kita akan membongkok tanpa kita sedar semasa layan internet or buat kerja di komputer.

*pekena Ribena ais pun sedap nih.. O_0

Monday, 9 April 2012

Minyak ikan semasa hamil.

Salam semua...
Harini nak bercakap pasal minyak ikan.
Masa pergi Medan bulan 3 adalah aku beli 2 botol minyak ikan.
Hmmm.. sampai sekarang tak habis-habis lagi. Ish aplah ummi ni. Sila konsisten ok!
Aku baca dari banyak sumber mengatakan yang minyak ikan ni sangat baik kita makan masa hamil.. Kenapa ya ?

"Minyak ikan bukan sahaja mengandungi Omega 3 malah turut mengandungi eikosapentaenoat (EPA) dan dakosaheksaenoat (DHA ) yang penting untuk pembentukan sel-sel saraf otak bayi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa dengan mengamalkan pengambilan minyak ikan semasa hamil, ibu mempunyai peluang untuk memastikan bayi yang bakal dilahirkan sihat dan cerdas."



"Akhir minggu ketiga kehamilan merupakan waktu yang tepat untuk mula mengguna minyak ikan, karena laju pertumbuhan otak manusia mulai terjadi saat itu, hingga beberapa bulan pertama setelah bayi dilahirkan. Penelitian lain menyimpulkan bahwa Cod liver oil yang dikonsumsi selama kehamilan dapat meningkatkan berat lahir dan menekan risiko bayi mengalami diabetes type 1."

*So kalau dah masuk 6 bulan pun masih belum terlambat ya nak makan minyak ikan ni :)

Sunday, 8 April 2012

Dr Muhaya

Prof Dr Muhaya :
 "Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain. Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sangat suka dengan kata-kata ni.Kepada encik suami..
marilah kita bekerja sama-sama dengan sebaik mungkin. 
Moga Allah kurniakan nikmat dalam hidup kita amin...

Allah tidak membebani seseorang melainkan...

Pagi tadi encik suami dah bertolak pergi kerja tepat jam 5pagi.
masih terasa kehangatan saat dia selimutkan aku pagi tadi.
Terima kasih ya Allah kerana kau telah dekatkan hatinya padaku, sehingga saat ini.
Semoga kasih sayang antara kami tetap kukuh, tak di pisahkan oleh jarak yang sedang memisahkan kami sekarang.
Aku bersyukur kerana aku mampu menjadi seorang yang tabah. Alhamdulillah...
Memang kalau ikutkan hati, rasa sedih, murung, nak menangis pun ada mengenangkan terpaksa berjauhan dengan dia. Tapi kita kenalah ingatkan...


Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Apa yang penting adalah masa berkualiti yang kita spend bersama suami. Alhamdulillah walaupun kami hanya jumpa hujung minggu, tapi hujung minggu itulah kami gunakan sebaik-baiknya.Time tu lah aku masak (tapi selalunya tak sedap lah).. Urut-urut suami (tapi dia lebih suka aku garu-garu sebab kuku aku panjang.hahha O_0).. paling best main kejar-kejar(iye..aku tengah pregnant, tapi bestla main kejar-kejar.) Dan tak lupa juga setiap kali tidur, tidurlah atas lengan suami :)

Jom baca info sikit!

1. Hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
2.Hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
3.Hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
4.Isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Agak lawak la kan... tapi setakat ni aku tak pernah tidur atas bantal lagi kalau dia ada.hehehe
Tak lenguh ke? TAK!

Friday, 6 April 2012

Pai daging terhebat Cikgu


Tenung gambar lama lama dulu

Nyum nyum nampak sedap tak? Ok kalau sedap jom try resipi yang agak tak simple ni.heheheh

Tapi sedap laa :-)

Untuk lapisan pertama a.k.a yang paling bawah sekali...

3 ulas bawang merah (cincang)

2 ulas bawang putih (cincang)

1 biji bawang besar ( dadu)

Daging cincang

Cili sos

Tomato sos

Sos spageti (tak nak pon xpe,tp x nyum nyum la)

Sayur campur

Garam

Gula

Sedikit origano+ mixed herbs (xde pon ok)

Semua bahan diatas dimasak pekat.ala ala inti pau :-)

Untuk lapisan kedua a.k.a yang tengah

Rebus 5/6 biji kentang

Garam

Lenyekkan

Part paling best...

Tuang inti kita dalam bekas

Lapiskan dengan kentang yang dilenyek, sampai xnampak dah inti tu

Taburla cheese sebanyak mungkin ( ahahhahaha )

Bakar! Done!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 4 April 2012

Save your egg!

Ni semua gambar diambil semasa aktiviti save your egg dalam makmal haritu.

Semua bajet kreatif boleh selamatkan telur diorang.

Dari tingkat 2 aku baling sekuat hati.hihihi pecahhhhh

Ada satu group je xpecah.hebat hebat!


Aktiviti yang simple but yet fun fun fun.

Masa sekolah dulu asyik duk buat menda alah ni je.

Hope budak budak enjoy, yang penting CIKGU RILEX

Daaaa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 3 April 2012

Resipi: The simplest macaroni tuna bakar



Alahai malam ni trasa tak lalu plak nak makan nasik
so end up bakar macaroni tuna. nyum nyum!

Resipi:

1. Rebuskan macaroni + garam, kemudian toskan
2. Buatkan sup cendawan Campbell.bagi pekat sikit, sebab nanti nak gaul dengan macaroni.
    (kalau guna sos spagetti cendawan preigo pon sedap)
3. Gaulkan macaroni dengan sup campbell.
4. Masukkan tuna, saya suka yang pedas :)
last..masukkan semua bahan ke dalam bekas. Letak cheese yang banyak!
(kalau mozarella, tawar... saya pakai cheese keping2 je)
Bakar! Done!Makan dengan sos best!

Monday, 2 April 2012

Panduan memberi nama anak

TQ so much kepada one of my closest student for this book.

Tak sempat baca lagi tapi sempatla belek belek.

Baba nak nama Ali, so ummi nya nih, ditugaskan cari nama kedua ysng boleh msuk ngan Ali...

Pening gakla fikir.

So aku harap buku ni dapat tolong aku pasni...


Published with Blogger-droid v2.0.4