SAKIT BELAKANG!
Pagi tadi aku balik dari Gombak. Alahai... pukul 5 pagi dah bertolak dari sana.
Rasa malas gila nak bangun pagi tadi. Nasib tido berpeluh, senang sikit nak mandi. Kalau tak, mesti nyenyak tido.
Agaknya sebab drive lama sangat tadi ( 2 jam jer :P ) maka sudah sakit belakangku ini.
Serba tak kena lah jadinya. Kalih sana salah, kalih sini pun salah. Nak suruh orang tolong urut pun takde. Sedihnyaaa...
Pasni balik sekolah aku ingat nak baring je. Semoga hilanglah sakit belakang ni.
Khamis ni JPS nak datang lagi... mintak-mintaklah terlepas aku kna pantau.
Almaklumlah, bulan 3 baru ni JPS dan datang and aku dah kena! Takkan nak kena lagi. Masak!
Susah gila nak buat BBM la, kena mengajar penuh semangatla. Agaknya students pun pelik apesal la cikgu diorang ni bila ada MAAM kat belakang jadi semangat semacam je.
Penat kot berlakon!
Bila dah sakit belakang ni, rasa berkenan plak nak beli bantal for mommies.
Tapi mana nak cari ek yang macam ni?
Nanti dah ada baby nak beli yang macam ni plak. Senang kot nak dapat..hehehhe
Sedikit info untuk mengelakkan sakit belakang...
1. Dalam peringkat akhir hamil khususnya sendi, pelvis dan ligamen akan mengendur. Pada masa yang sama pertambahan berat uterus mengubah pusat perseimbangan menyebabkan si ibu yang mengandung terpaksa berdiri dengan bahunya di belakangkan lebih dari biasa. Bagaimanapun kedudukan tersebut dan ligamen yang mengendur tadi menimbulkan sakit belakang bagi kebanyakkan wanita hamil, lebih-lebih lagi bagi wanita yang pernah mengalami sekali hamil atau lebih.
2. Menggunakan kasut tumit tinggi boleh memburukkan lagi ketegangan belakang dan harus dielakkan. Selipar adalah sesuai dipakai.
3. Jika hendak mengambil barang, jangan terus tunduk. Sebaliknya bengkokkan kaki.
4. Jangan angkat barang terlalu berat.
5. Jangan hanya duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Dan jangan duduk bersilang kaki.
6. Kepada kaki internet, jangan fokus lama sangat pada screen. Perasan tak yang kita akan membongkok tanpa kita sedar semasa layan internet or buat kerja di komputer.
*pekena Ribena ais pun sedap nih.. O_0
No comments:
Post a Comment