1-bangun tidur lambat.sebenarnya awal lagi bangun,tapi sengaja peram atas katil.malas gila nak buat kerja
2-tak mandi,terus siap2 pergi morrisons.niat di hati mahu beli yakult.satu lori aku borong harini
3-perut terasa lapar,breakfast kat subway pukul 3.mamai tak habis lagi
4-cari hadiah untuk orang-orang yang hari lahirnya dah dekat.aku order 12 guni semuanya.separuh lagi masih atas kapal.on their way
5-beli kasut baru,beli beg baru.saja nak lepas tension.bila beli barang baru rasa gembira sangat.tapi tak boleh lawan rasa gembira orang kiss u through the phone
6-mungkin malam ni baru start study.kena mandi dulu baru otak kuning.eh otak kencang!!!
harini aku sudah buat keputusan mahu break sementara.aku sayang dia, itu yang pasti.tapi aku harus juga berfikir untuk diri sendiri.terus terang aku katakan dalam setahun ni,aku banyak makan hati.terlalu banyak,sampai dah tak ada hati.pathetic kan? tapi itulah yang aku rasa.siapa yang tak makan hati,kalau dia cuma berubah untuk 2 3 haru saja,lepas tu back to normal.aku tak marah kalau dia sibuk! aku tak salahkan dia,tapi aku rasa agak terkilan bila dia gunakan sibuk tu,sebagai alasan untuk abaikan aku.satu lagi,aku rasa dia sudah jadi orang yang kuat mengeluh semenjak dua menjak ni.nak tanya kabar aku sekali sehari pun susah,maksudnya aku ini tiada apa-apa bagi dia
shabery chik pun hari-hari update facebook.menteri tu.sibuk juga.ini kisah betul ok,yat ada fb dia!
dipendekkan cerita,pergaduhan kami sudah masuk bab ungkit-mengungkit.aku memang kalah dalam bab ni.terasa macam orang salahkan kita atas setiap pengorbanan yang dia lalui.nampak seperti semua yang dia lakukan bukan datang dari hati yang ikhlas.menda-menda macam ni,buat aku terfikir,ikhlas kah dia selama ini?? jadi baik aku jauhkan diri sebelum aku pula yang mula mengungkit (T_T) sangat cemburu dengan perempuan paling power-ini bukan siapa-siapa.perempuan paling power adalah perempuan yang jadi no.1 dalam hati pasangannya.mengalahkan semua perempuan dalam dunia ni.huhu i wish to be someone's perempuan paling power.
sekarang terasa seperti mahu tengok wayang-mungkin cerita yang tidak best-star trek.ada orang mahu ikut?lelaki sahaja!!! terharu ada teman seper'blog'an tulis pasal kisah sedih aku.boleh baca disini-macam batu bersurat aku tengok.
sekarang musim exam kan,aku tahu semua orang tengah struggle.aku pun sama.stress pun betambah-tambah,makan banyak,nangis banyak,merajuk pun banyak.ampunkanlah aku
tapi exam bukanlah alasan untuk sentiasa tenang.aku tak tenang pun.salah aku kah..salah orang yang aku gaduh kah...atau takdirkah??? huh harini gaduh lagi
kenapa aku susah nak faham manusia?aku ni bukan manusia ke?tangan ada muka ada kaki ada.hey, aku manusia lah!aku ke yang mengada-ngada? mungkin ya, sebab aku tengok orang lain tak pernah pula gaduh selang 2 3 hari,jadi sangat besar kemungkinannya aku lah yang bermasalah.ME! (T_T) masalah aku hanya satu.. terlalu mengharapkan orang bagi perhatian pada aku dah tak dapat..berguling2 lah.salahkah, aku panas bila 4 5 texts aku,satu pun dia tak balas? susah sangat ke nak
aku sudah cuba memahami, lelaki ada kawan-kawan mereka sendiri,sama pentingnya dengan kita lelaki ada aktiviti harian mereka sendiri,juga penting tapi apa nak buat,aku still rasa excited macam baru mula-mula kenal rasa berkobar-kobar lagi tapi lelaki biasalah,kalau dah nak masuk 4 tahun.. mana nak sama dengan perasaan waktu baru kenal 4 minggu LELAKI SELALU BEGINI aku cuba memahami yang manusia berubah seiring dengan waktu semoga aku pon berubah,nak jadi juga macam lelaki
salah salah salah waktu subur pun tak tahu!menurut kamus dewan bahasa, waktu subur adalah..carilah sendiri.tentu semua sedia maklum (T_T)
aku ada masalah.bukan masalah sebenarnya,satu kekeliruan secara tepatnya.sebagai seorang perempuan aku patut tahu bab2 ini,tapi harini terbukti aku masih mentah,tak tahu apa-apa.DAMN! selama ini memang terpatri dalam otak aku yang waktu subur adalah dekat-dekat waktu period.(anda juga fikir begitu?)sungguh naif sekali.
kita mula di sini---> kawan baik aku yang seorang ni ada masalah konflik personaliti.katanya bila nak period je dia kan rasa nak melawa,nak pakai make-up,nak pakai gelang,nak pakai cincin.dan katanya dalam 2 3 hari lagi memang waktu period dia.oh aku dengan yakinnya mengaplikasikan teori aku ke atas behaviour ni(ini bukan module animal behaviour, jauh sekali genetics).nak tau apa?
aku kata patutla dia nak melawa,sebab waktu subur,dekat denga period.iyelah waktu-waktu sebeginilah kena pikat pasangan anda(untuk yang dah berkahwin sahaja ye).dan ternyata teori aku memang salah! salah! salah! kerana waktu subur adalah 14 hari selepas period!!terima kasih kepada cikgu biologi kami.lepas ni,aku akan pastikan aku ingat WAKTU SUBUR!!! everyday learn something new.yahoo
p/s: cik haneem..lamanya tak nampak kamu -aku still stress exam nak dekat,esok pula ada oral test.arghhhhhhh