Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 27 June 2009

hari ini 19- murah rezeki

venue: lorong hitam sejajar dengan ABU BAKAR
pukul: dalam setengah jam lepas maghrib


ini yat.dia baik.dia sangat suka memasak.tapi hari ini dia makan free.nampak tak senyum solid puas hati makan free!!



yang ini aku syak tengah menurun jembalang dari mana ntah.siap berkepuk-kepuk asap kemenyan


kami gembira.tak nampak ke muka macam gembira?kalau tak nampak buat buat nampaklah :P


ini orang cina saja reti masak.satu lagi orang kok lanas je.kalau terasa nak makan sila telefon no ini 00447872966094.free delivery


inilah kedai di lorong hitam.kakak waitress dia tak payah cakap memang skema.nasib baik mood tengah elok kalau tak dah lama aku karate meja!!



layan sekejap..sekarang 230 pagi mata tak boleh lelap.oh hati lara

Friday, 26 June 2009

hari ni 18- betul ke aku demam?


pagi pagi lagi aku dikejutkan dengan satu panggilan misteri.aku syak balak hensem mahu berkenalan.dalam mamai pun hati aku dah berbunga riang.tapi ternyata meleset sekali bila si pemanggil memperkenalkan dirinya.MSM shipping katanya.wth!!! baru pukul 6 pagi sudah mula kerja kah?.dalam duk menyumpah sempat lagi aku terfikir,orang orang macam ni kalau buat suami mesti hidup tak susah esok lusa.

dengan muka sememeh aku layan juga jejaka jejaka shipping ni.habis je angkat kotak aku sambung lagi tidur.niat di hati harini nak pergi GP.kan aku demam,kenalah check ni.nanti kena selesema babi satu rumah masuk wad pulak.

pukul 8 pagi aku call book appointment.kautim punya kautim, pukul 12 tgh hari aku jumpa dr siddiq.cantik orangnya.putih.slim.hidung mancung.yang hairannya aku pergi dengan badan panas.masuk saja bilik dia terus sihat.hasilnya,dia suruh aku balik sebab aku sihat.mungkin stress katanya.

stress???? aku??? duk melepak rumah je pun.stress amenda.aku syak dia ingat aku ni gila sebab tak demam tapi kata demam. wah wah dulu rasa macam pernah tengok dalam ER atau greys anatomy,orang yang dari segi saintifiknya sihat tapi dia sorang sorang saja rasa sakit.sekarang dah jadi kat aku.macam tak masuk je ngan gaya aku.macam gampang orang happy dah habis degree kita duk demam kat rumah.

dan harini result final keluar.alhamdulillah...semua pass.semua orang pass.boleh balik dengan hati girang.bo lah..aku dah nak makan paracetamol 2 biji kasi solid badan.esok mungkin nak pergi town jalan jalan.ada yang nak ikut???

Tuesday, 23 June 2009

hari ini 17- aku kamceng malek noor

harini macam letih gila,tuhan saja yang tahu.percaya atau tak,aku tengah menaip sambil baring,laptop atas perut.ini skill aku yang terbaru orang slim saja boleh buat.kalo korang perut tinggi,sila kuruskan perut dulu.

tgh hari tadi macam gampang angkat barang.lusa mary balik,jadi harini kena berusaha keras angkut barang milik 3 orang,sumbat dalam van dan angkut lagi masuk rumah baru.3round ok!tukang angkut 2 orang saja,aku bajet kalau malek noor tengok ,aku yakin dia mengalir air mata terharu.driver van pulak macam takde perasaan tengok saja.sengih saja pandai.LELAKI!!! what do u expect.

balik2,masak nasi lemak.penangan angkut barang,3 pinggan aku makan.malam makan lagi.sampai sekarang aku boleh nampak lagi tangan ni terketar2.hahhahah nampak je ganas tapi lembik sebenarnya.mungkin belum betul2 sihat agaknya.

demam nak balik? demam rindu? atau swine flu? oh babi tolonglah jangan susahkan aku.

p/s: apasal susah sangat nak respond bila aku tanya nak g gathering ke tak?