aku jadi terfikir, kenapa hari ni rasanya macam tak ada kerja langsung. aku bukak facebook pun tak ada satu benda pun yang menarik.last-last, aku menapak dengan langkah yang longlai ke kantin.aku dah agak, ramai kutu-kutu kat sini.sume duk melepak sambil berbincang isu-isu semasa,isu politik,serta cara nak meningkatkan mutu kerja masing-masing.
aku pun join sekali jugak.apa hal nak lepak air tak order.kering tekak aku duk berbahas.
"mek, air sirap satu!"
sambil-sambil tunggu air aku makan karipap.sedap! nanti nak order 13 balang.boleh bawak balik kampung.aku jeling jam di dinding.celaka! jap lagi kelas 1 Amal.teringat semalam aku dah bagi starlite(acara tarik sudu,lepas ke kepala) sorang satu. aku bajet hari ni budak-budak tu lebih berhemah harini.
sampai-sampai air je, aku rasa nak marah.rasa macam basi pulak air sirap nih.tapi air sirap basi ke? aku tak tunggu lama.masa tu jugak aku karate meja.double fuck! aku nak masuk kelas.
Wednesday, 20 October 2010
Monday, 18 October 2010
hari ini 25

10hb Oktober,
saya rasa sangat bahagia sebab awak datang hantarkan saya ke Sabak. Kita makan-makan, bergurau senda.Awak tau tak, awak orang yang sangat suka buat lawak, suka saja buat saya tergelak macam orang sakai.Tapi itu yang saya suka pasal awak.
Sebelum tu, kita berdua sama-sama menyusuri pantai BNO, oh, ikan yang suka duduk atas batu tu tak ada hari ni. kecewa! saya nak sangat tunjuk kat awak.mungkin awak kena datang lain kali untuk tengok ikan tu (saya lupa namanya, mungkin sebenarnya saya tak tahu.hehe)
pukul 8 awak dah nak balik.saya dah mula rasa rindu.saya rasa awak tak nampak yang saya menangis waktu melambai kereta awak.makin lama, kereta awak makin jauh.saya rindu!
weekend yang seterusnya awak pergi Port Dickson.ada kursus.dekat sana, awak selalu curik-curi call saya.malam pula kita bergayut macam orang mabuk bercinta. Saya bahagia.awak tak macam biasa.sibuk,tak ada masa, letih,cepat megantuk.iyelah, sekarang dah kerja,saya cuba paham.
sekarang awak dah kerja balik.no more calls, no more chatting through the nite.saya rindu awak yang dua minggu lepas.saya nak memberontak.saya cakap kasar ngan awak, saya asyik marah-marah.saya panas.tapi saya tetap rindukan awak.
saya tulis semua ni, supaya kita berdua takkan pernah lupa kenangan yang indah ni. saya tak tahu samada kita ada jodoh di masa depan. adakah saya akan jadi isteri awak, atau saya akan tamatkan zaman bujang saya dengan orang lain.tapi, saya harap bila kita baca nota ni... kita akan cuba belajar untuk mengharagai apa yang kita pernah miliki dahulu.
Sunday, 17 October 2010
carut
tangan aku laju menaip keyboard laptop yang agak lanjut usianya, sebelum dapat kat aku, rasanya dah pernah ada 8 tuan komputer buruk ni. jadi secara rasminya aku jadi tuannya yang ke 9.macam gampang, terlepas nombor ong-8.
keyboard memang terbaik.ko tekan 2 3 kali pun belum tentu keluar hurufnya.laju tak payah tanyalah, nak start program saja dari zuhur, sampai asar pon belum tentu boleh guna.tapi jangan kalut, laptop ni style lagi, bila kita tolak ke atas untuk bukak screen dia, siap ada bunyi tik tik tak lagi, menandakan bila-bila masa boleh patah dua screennya.
dalam hati aku menyumpah tak habis. cikgu-cikgu tua kau jangan cari, pukul 2 dah sampai umah.balik bagi susu kat anak kot.tak paham bahasa agaknya, waktu opis abis pukul 2.30. aku je yang berdedikasi balik tiap-tiap hari sharp 2.30.yang lain, haram...
pedih-pedih mata, aku pandang pula tivi kat atas almari.kecik je, tapi cukuplah buat hiburan di kala tengah hari macam ni. celaka, citer Alisa. cerita paling tak bertamadun abad ini. cerita alisa ni, ko miss la berapa minggu pun, bila tengok balik mesti kau rasa macam tak tertinggal apa pun.cerita lembab buat aku rasa nak hempuk meja je. tekak pun kering .
dalam kesamaran aku pandang depan, nampak kain putih. aku dah rasa tak sedap.takkan hantu pulak pakai kain sembahyang tengah hari buta macam ni.aku zoom lagi, oh..ustazah mai tengah semayang rupanya.patutla kejap ada, kejap tak ada kepala dia.
aku pun nak pergi sembahyang. dari tadi asyik mencarut saja.tak sempat nak angkat punggung, ada orang sound aku.
"wei, tak reti nak balik ke? "
cancel, sembahyang kat rumahla.

Subscribe to:
Posts (Atom)