Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 April 2009

hari ini 1

hari ni satu hari berada di uni-agak bangga dengan diri aku sebab berjaya bangun pagi,sebab minggu lepas(hari khamis juga), aku sakan tidur sampai terlepas satu kelas.balik kelas pula pukul 6 petang,aku rasa separuh gila.tadi dalam kelas aku tikam2 buku aku dengan pen,aku conteng2 meja dan sempat juga aku usha translator ber'bahasa isyarat'.(dia ni khas utk abang pekak dalam kelas aku).hasilnya aku tahu sign language untuk energy,equilibrium dan juga pressure.tiba2 rasa best jadi orang pekak.sorang lagi kakak pekak(juga dalam kelas aku-mungkin separa pekak),ada orang tolong tulis note untuk dia,untuk setiap subject pula tu.aku cemburu! patutkah aku berpura2 jadi pekak? supaya nanti dapat macam tu juga!(T_T)
dan sepatutnya aku dengar apa yang Sarah ajar kat depan,tapi aku otak aku terlalu tepu.patut makan dadah baru boleh lebih fokus!

sampai je bilik,aku bukak email.hati aku tersentap.inilah yang aku tungu2 dalam seminggu nih! bil elektrik rumah aku dah sampai.orang yang rapat dengan aku sudah sedia maklum yang 3 bulan lepas..hampir seribu pound bil rumah ni.masa tu,rasa macam nak pindah senyap2 je dari rumah ni,sebab tak nak bayar bil.tapi mungkin miah akan dapat jejak kami guna radar,jadi aku cancel niat mahu lari.

kitorang ubah strategi.no more dryer,no more vacuum cleaner,no more everything.peti ais dua pun kami guna satu je.hasilnya..korang tengokla sendiri,malas aku nak cakap.aku dan syaza sempat menagis dalam dakapan masing2 sebab terlalu gembira.kihkih


click kat gambar untuk imej lebih besar~

harini juga aku exam listening untuk kelas arab, dan kelas aku memang macam sampah seperti biasa.Sandra harini mengamuk lagi,nasib baik aku tak sakit jantung dengar dia jerkah Aryan sebab makan chewing gum.dan chewing gum dalam mulut aku?terus hilang..tertelan beb!!!.lepas dengar dia bebel dekat sepuluh minit,exam pun mula,aku cuba fokus tapi otak dah tepu-pukul 5 masa tu.tengok yat macam cool je.cis!dalam hati menyumpah diri sendiri sebab tak fokus masa menghafal semalam.nak terkoyak kertas tu aku tenyeh,berharap datang ilham tapi gagal.padahal dari tingkatan 1 lagi aku belajar arab,sampailah tua bangka tingkatan 5.sekolah je bertingkat2,bodohnya berlapis2.(emo sebab tak boleh jawab).
patutlah masa spm dulu aku dapat c.tu pun aku agak terpana,ingat dah fail sebab masa exam tu aku ingat lagi,aku banyak salin balik je soalan arab tuh.huh..mungkin otak aku kecik,iyelah..kepala pun kecik! sudah nak hafal

belajar banyak2,yang ni aku paling ingat

anta mutazawwij?

apa lagi.jawabla.buktikan yang korang lagi bijak dari aku!!! dan balik tadi aku dah start selesama.teringat tadi masa exam aku duduk dekat dengan Francisca,and she's from MEXICO! mungkinkah....
tidak! tak nak selesema babi.teringat zaman kecik2 dulu ada selesema burung,lembu gila la..banyak betul.stupid animals..y they all get sick?? terfikir untuk jadi vegetarian xoxo

Wednesday, 29 April 2009

orang keliling aku

not happy at all

orang-orang yang hidup disekitar rumah aku,memang tahu yang rumah ni tak pernah aman.kerat jari aku,dalam seminggu mesti akan ada yang tarik muncung.berbelas2 ela.Ma aku cakap,sepatutnya masa mula-mula nak duduk sekali dulu kena ambil no ic setiap orang pastu bawa pergi jumpa bomoh azlan kok lanas.bomoh dekat kg. Dendang pun tak apa juga.kasi tilik sikit tengok ada ong tak,mahu duduk sama-sama.kalau tak,inilah jadahnya.

aku memang benci kalau orang perempuan gaduh.rimas perut,rasa macam nak hempuk je semua orang dengan kuali.baru style!salah satu sebab syaza kuat isap dadah pun,sebab suasana rumah kitorang la.sebab tu dia yang paling cool.paling kurang gaduh!bila orang gaduh dah nak sampai klimaks,dia masih lagi tertenyeh-tenyeh hidung sebab tak cukup dose untuk hari itu.

dengan si yat ni,aku tak tahu lagi apa nak bagi nama,sebab dialah yang selalunya paling jahat,paling kejam mungkin.kalau dia dah benci orang,tak payah nak hempuk2 kepala orang dengan kuali.terus disconnect!cubala try tengok sapa yang pernah gaduh dengan dia,ada lagi tak dalam ym list dia.tak ada wa cakpa lu.lagi stylo.

haritu aku pernah cakap yang perempuan tak g*&^ tak wujud.aku tarik balik kata-kata aku.kadang2 gaduh dengan lelaki lagi senang.bukan aku pro lelaki,tapi selalunya lelaki lebih banyak mendiamkan diri bila terlibat dalam situasi sebegini.tak serabut otak,tak rimas perut.aku suka lelaki!

dan harini aku pula yang mulakan pergaduhan.aku tau salah,dan aku tak nak jadi betul pun kali ni.aku paling pantang kalau orang jenis berkira.hidup sesama manusia kenala ada toleransi.mungkin sekolah dulu dia tak belajar maksud perkataan tu.nak orang layan kita dengan baik,mestilah kita layan orang dengan baik juga.sesiapa yang tak suka dengan aku,menyampah baca apa yang aku tulis ni,boleh berambus.iye..berambus!perlukah aku tunjuk caranya???

perihal semalam


pukul 5.30 petang lagi aku dah kerah orang suruhan aku masuk dapur.ingat nak suruh dia potong sayur,potong bawang ke.aku kasi blend bawang sikit,cili kering sikit,nak bagi kaw.dah terbayang mee aku ni rasanya pedas2 sikit,manis2 sikit,masin2 sikit.nampaknya semua bahan dah sedia.udang ni besar gila,ada la sebesar genggam tangan aku.nampak gayanya mee jijan aku akan bakal jadi hit kat rumah ni.teringat masa muda2 dulu,aku selalu kempunan nak makan mee mamak.tapi kat kelantan mana ada mamak,kena tunggu balik shah alam baru boleh makan.kesian...duit pulak tinggal 2 ringgit je dalam poket,jadi aku kenalah wat muka manis dekat jejaka-jejaka target supaya nanti adalah orang volunteer nak belanja aku makan.itu je trick yang aku tahu.

memasak memang aku power.tak ada hal, cuma satu je masalah,berkaitan dengan orang suruhan aku.sakit mata betul tengok dia asyik pakai shower cap setiap kali masuk dapur.gila tak rock!ikut hati aku mahu je aku rentap cap tu,masuk tong sampah.tapi tak boleh nak salah kan dia.dia mana tahu etika nak jadi tukang masak hebat.reti makan dadah, beli dadah je.sebelum dia turun dapur,aku dah pastikan dia makan ubat sakit jiwa dia sebiji.supaya otak dia tegar!baru boleh tolong aku masak.

mee jijan ni macam dekat kedai mamak aku buat.masak satu-satu.perghhh kalau korang tengok mesti tak sempat habis baca entry aku ni,korang dah berlari-lari pergi cari mee jijan kat kedai.hahhahah aku punya special,ada telur.masuk kicap,masuk sos tiram.masuk minyak bijan(ni paling penting.tak ada bahan ni.hampeh!) masuk udang,sayur tauhu.kasi letak sayur sikit.siap!

aku panggil 2 orang suruhan aku.masa untuk makan,orang jepun kata-ittadakimaaas.kenapa aku suka tengok cerita kartun jepun?bukan nak kutuk kartun malaysia,tapi aku nampak,kartun jepun lebih banyak mengandungi mesej-mesej yang tersirat.tengok naruto saja sudah cukup.part lawan2 bukan banyak pun.yang banyak, berkisar tentang semangat,tentang daya saing,serta tujuan dalam hidup.kartun malaysia apa barang!kalau upin ipin tu,apa mesej dia?so forgetable.

balik pada cerita tadi,aku amik garfu,aku amik sudu.slurrpp.sambil suap mee masuk mulut,aku tanya dua-dua orang suruhan aku:

amacam,ada masyuk?lepas ni korang rasa aku boleh bukak kedai mee special tak?

sepi..dekat seminit aku tunggu.diorang buat senyap je.nampaknya dua orang suruhan aku itu agak dingin dengan soalan aku kali ini.tak guna!