Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 7 August 2009

hidup aku disini


aku malas nak marah orang tapi apakan daya...akhirnya aku give up! memang maktab ni sengal(mungkin hampeh lagi sesuai)

1-mula-mula sampai lagi, pendaftaran gila ciput.ada ke diorang cuma tampal kertas A4-tulis PENDAFTARAN PPC.

2-aku kena duduk dorm.ya..DORM!!! bayangkanlah.tak nak cakaplah aku kena duduk dengan berapa orang.rindu kelana jaya esp kacip aku yang sudah jauh di jitra.

3-kelas aku hari rabu dah start!daftar senin.gila xmenyempat.

4-oh berita paling hangat,aku kena halau keluar dari asrama.kena cari rumah sendiri,dia bagi dua minggu saja.jangan tanya sebabnya.lepas ni tidur bawah jambatan la nampaknya.

5-kawasan maktab ni sangat luas.nak pergi pintu keluar yang ada guard pon dah dekat 3km.mampusla sapa yang kena berjalan.

6-aku memang tak puas hati dengan semua menda.

7-lupa nak cakap,maktab call aku suruh daftar 2 hari sebelum tarikh daftar.pastu ngada2 nak baju putih la,kain gelap la,court shoes la.macam gampang!

8-aku diharamkan mengumpat pasal maktab ni.jadi aku takkan sebut maktab mana.korang dah tau kan???

9-sebab datang daftar sini juga,aku terlepas reunion sekolah rendah aku.oh,sangat kecewa.minta maaf ya semua.

10.ni kedua terhangat,aku xde wifi disini.... ("_"')

p/s: tak semua benda aku tak suka xoxo

Monday, 27 July 2009

hari ni 23- orang gomen

sekarang aku tengah merempat di KL.umah G.alahai panas gila la,xtahan lansung.malas nak menulis.

harini aku pergi lapor diri.memang aku dah lama tak puas hati dengan KPM tapi harini memang aku rasa macam nak karate orang saja.sesi lapor diri aku selesai dalam tempoh masa 10 minit sahaja,itupon aku dah tambah waktu aku melepak kat sofa tunggu kerani mana ntah yang nak uruskan lapor dri tu.nak tau aku buat apa masa lapor diri???? cuma hulur borang (yang dah siap2 isi kat rumah) dan sengih2 macam kera tak berapa nak sumbang kat situ.pastu dia dah suruh blah.hiuhh memang panas hati.

jauh2 aku datang macam siot je diorg halau.nak rasa sejuk aircond pon tak sempat,dah la putrajaya macam siot panas.aku rasa macam nak bersila baca talkin je kat lobi masa tu.kalau dah sekejap sangat urusan lapor diri tu apasal la diorang ni macam gampang tak suruh orang pos je borang lapor diri tu.ohh sengal.tak berbaloi lansung aku datang jauh2.aku benci orang gomen.hidup kalau tak susahkan orang memang bukan gomen la namanya.

tengok orang kerajaan ni kadang-kadang sejuk hati jugak.ayu je semua pakai baju kurung.cakap pon lembut saja.cuma satu ajelah,pergerakan pon lembab jugak.sapa nak jawab ni.nak pergi adu dekat sammy vellu boleh?lepas ni jangan harapla aku nak bersusah-susah lagi datang pergi kementerian.macam........ xoxo

Saturday, 25 July 2009

hari ini 23- esok menanti

wahh..dah bersawang rupa-rupanya blog aku nih.akhirnya aku selamat sampai ke malaysia.alhamdulillah...rasa best sangat2
pertama...jumpa orang yang dirindui
kedua.....jumpa orang yang disayangi
ketiga....makan nasik pon dah 4 kali sehari.sumpah!aku tak tipu
cumanya,belum lagi sempat nak makan menda yang pelik2 macam akok,macam nasik air,macam banyak lagilah...sumpah,nasik kerabu kok lanas memang xbleh lawan.sapa nak nasik krabu.mehlaaaa
pagi2 buta lagi esok aku dah nak g kl.kali ni naik kapal terbang lagi.hishhhhh rasa xbest lansung.aku rela naik bas 8 jam la dari duk ada perasaan takut camni.apa nak buat,sudah keturunan.hhahah
hari senin kena pergi daftar diri di KPM.grrrr xsuka tempat tu
oklah
later...