hari ini geng kacip masak soto.perghhhh... kalau orang johor buat pun belum tentu lepas takat buku lali geng kacip aku ni.yang seorang ini memang in dengan aku.bila orang suruh tambah garam dia tambah garam,bila orang suruh tambah gula dia tambah gula.baru kacip masak ikut kehendak pelanggan.tak macam orang lain,apa barang orang cakap masin dia marah kita balik.hidup ini kena lah terima kenyataan.aku tahulah hukum cakap makanan tak sedap tu sunat muakkad,tapi niat teguran tu cuma untuk improvement.salahkah?macam mana nak aman dunia kalau semua teguran disalah tafsirkan. aku jadi darah tinggi.
tadi orang opis biasiswa email bagi berita gampang pula.ini satu lagi hal bagi orang darah tinggi.kenapa kalau urusan dengan kerajaan mesti akan ada masalah.macam mana surat 4 5 helai kertas pun boleh hilang.awal-awal dulu suruh hantar surat lah,tak mahu email lah,goreng pisang sedaplah,cik kiah jual cendol lah,banyaklah songeh dia.sekarang suruh email pula.inilah seorang lagi contoh orang yang sekolah bertingkat-tingkat tapi bodohnya berlapis-lapis.pulak tu dia ambil cuti untuk persediaan untuk peperiksaan(mungkin naik pangkat) dah macam separuh cuti bersalin.wth.
sejak-sejak dapat biasiswalah aku anti orang nama sharifah.lu jaga-jagalah,dendam gua time lu marah pasal gua pakai jeans haritu pun belum settle lagi.
tengok mentor pun sekali lagi aku kena darah ringgi.ini zaman shuffle ada lagi ke yang nyanyi lagu dangdut.zaman aku sekolah darjah 3 dulu bolehlah layan.tak cool langsung.aku yakin masa sekolah dulu misi tersalah cucuk budak black ni.orang cucuk bcg dia cucuk rubella,sebab tu orang shuffle dia dangdut.facebook pula bosan,hari ini pun tak ramai orang update blog.sila tulis sesuatu.aku dah sangat bosan sampai cerita bodoh comel kat tv3 pun aku tengok.sambil nganga tengok budak makeup tebal tu aku fikir,siapalah yang reka cerita ini.buat rugi duit,rugi masa dan lansung tak berwawasan.
nasib baik ada benda ni.nyam nyaam masyuk maltesers ni!!! nyam nyam rasa damai saja,indahnya dunia ni.macam inilah baru puas hati hidup hari ini.tiba-tiba aku macam termenyanyi "selangit selangit selangit"
gampang punya mentor!!aku pandang kanan kiri,nasib baik tak ada orang dengar. xoxo
p/s:untuk kacip yang tengah study untuk hari rabu ni,study rajin-rajin.
inilah aku
Monday, 18 May 2009
Sunday, 17 May 2009
kata urban,kepala hotak kau
lama mata aku menatap skrin yang sama besar dengan setem 50 sen ini.rasanya dah dekat 2 minit aku duk tertunjal-tunjal kat situ.
"takkan tak ada? pelik ni" aku garu kepala yang tak berapa nak gatal.
sekarang pukul 1224 tengah malam dan aku tengah bercakap sorang-sorang.rasa nak menyumpah pun ada,rasa nak karate meja pun ada.lama ni aku habis masa.rugi waktu!nak tidur dah.esok dahla kena bangun awal.subuh kena jaga takkan nak jama' lagi.
mata dah merah tanda dalam masa 5 saat lagi aku jadi gila.pang!!!aku baling ke dinding berkecai semua.gila apa henset tak ada function jam loceng.bodoh!
"takkan tak ada? pelik ni" aku garu kepala yang tak berapa nak gatal.
sekarang pukul 1224 tengah malam dan aku tengah bercakap sorang-sorang.rasa nak menyumpah pun ada,rasa nak karate meja pun ada.lama ni aku habis masa.rugi waktu!nak tidur dah.esok dahla kena bangun awal.subuh kena jaga takkan nak jama' lagi.
mata dah merah tanda dalam masa 5 saat lagi aku jadi gila.pang!!!aku baling ke dinding berkecai semua.gila apa henset tak ada function jam loceng.bodoh!
Saturday, 16 May 2009
hari ni 7-mazhab mana ni?

pukul 10 semalam tiba-tiba rasa nak minum nescafe.aku turn bawah,buka lampu,terus aku terpa kabinet.cantik!aku jumpa 2 packet instant cappucino.rasanya dah betul ini aku punya.kalau orang lain punya pun apa aku kisah,kempunan sangat dah ni.aku tekan suis pemanas air,dua minit tunggu air pun dah didih.ting!masuk air,masuk instant,masuk gula.masyuk..siap cappucino satu.
dah minum habis segelas besar,mata tak boleh tidur pulak.eh tak sembahyang isyak lagi ni.aku ingatkan diri sendiri.lepas layan karaoke slow rock setengah jam,aku pergi tandas,ambil air semnbahyang.siap 4 rakaat isyak,aku sambung lagi dua.alang alang mata tak leh tutup ni,aku sambung baca buku.adalah dalam 80000 perkataan aku buat karangan.kalau tak dapat seratus exam nanti,aku tak tahulah.
dalam pukul 3 pagi,aku terasa nak tidur.hati dah mula rasa tak sedap.rasa lain macam je,tapi tak apalah.letak kepala atas bantal tak sampai 3 saat,aku dah mula bermimpi berpimpin tangan dengan david beckam.pukul 11 tgh hari baru bangun esoknya.
sekarang dah pukul 10 malam balik,rasa tak sedap hati aku datang balik.eh apa yang tak kena ni.terlebih makan daging kambing ke tadi?apa barang jadi darah gemuruh lepas makan kambing.aku pergi serang syaza.
pukul berapa sembahyang subuh?
bila subuh masuklah.dalam pukul 3 dah boleh sembahyang la kot...
aku telan air liur
habis tu yang kau dengan yat cakap pasal jama', tu apa?
oh maghrib dengan isyak la.
aku angguk perlahan,pastu kasik senyuman paling manis untuk syaza.lekas-lekas aku tutup pintu bilik dia,cover muka pucat.gampang!macam mana aku boleh pergi jama' isyak dengan subuh?tak sekolah ke dulu?arghhhhhhhhh
Subscribe to:
Posts (Atom)

