Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 9 July 2009

gelang hikmat


2 hari aku tak buat apa apa yang berfaedah.tak ada kerja sungguh.tenung dinding,makan,tidur,apa lagi?? dahla internet tak ada kat rumah.akhirnya aku packing barang.masuk berus gigi (ini yang utama), ambil tuala, laptop (ini kedua penting) dan serba mak nenek yang lain, dengan semangat aku menapak ke rumah ain.yeayyy

inilah hasilnya.dapat jugak online harini.dasyat sungguh.isnin ni grad!!! oh sungguh tak sangka 3 tahun kat sini akhirnya aku dah nak balik.im so not gonna miss this crappy place.

tukar topic,aku nak cerita menda lain, pasal gelang aku.gelang ini kutu aku beli dari mekah.i had the same one,my ma gave it to me last year.so barang buruk,patah, jadi aku suruhla kutu aku cari kat mekah.punyalah susah nak cari.zaman sekarang dah tak ada,CLASSIC!dulu2 pun mek aku bagi.hahaha lama tuh

aku syak gelang aku ada magic.kisahnya semalam aku bukak gelang ni sebab nak pakai jam.wanna know what happened?

1. pagi pagi buta yat dah curah air ribena atas seluar aku.fine!

2. aku pergi beli tipup broadband.dah terang2 kalo beli 25 pound lagi untung sebab 7 megabyte tapi aku pergi beli jugak yang 15 pound just for 3 megabyte.damn!

3. on the way nak keluar morrison aku perasan cardigan kesayangan H&M aku dah hilang.macam gampang bila masa dia jatuh aku tak perasan.masuk balik pusing morrison cari2 tapi tak jumpa jugak.rasa nak nangis pulak!

4. dekat factory outlet castleford tiba2 muka aku jadi gatal semacam.gatal gila macam nak ambil batu tolong garukan.aku mana pernah ada allergy apa2.waaaa hati aku dah start menyumpah dah ni!

5. ingat tak yang aku beli broadband topup? 2 nombor dari 16 digit tu hilang kena frapuccino aku.hasilnya,kertas tu dah tukar jadi kaler chocolate dan tak boleh nak pakai pon,sengal!!!

oleh itu,aku pakai balik gelang hikmat ni.hahhaha xoxo cun gak .wahai orang yang tengah marahkan ku...im sooooooooooooo sorry.ampun yak

Tuesday, 7 July 2009

hari ini 21- aku balik

baru balik dari nottingham.5 hari kat sana buat aku rasa malas gila nak balik Leeds.tapi apa nak buat sume orang dah mula nak halau aku balik,maka kenalah aku naik bas sorang2 balik ke leeds.3 jam tuh.35 kali tersengguk2 tapi tak pening lansung!! satu pencapaian yang agak baik sebab pertama kali naik bas tak ada pening lansung. terima kasih ya allah.hihihi

boleh dikatakan minggu2 terakhir dekat Leeds ni aku akan sibuk.sibuk nak buang kertas2,sibuk nak kutip baju2.oh tak sangka baju dan nota aku ni banyak sekali.kalo siapa2 yang rasa sama size dengan aku,sila bagitahu.ada banyak gila baju sejuk,baju tak sejuk,dan budak2 physics,silalah datang sini.banyak gila nota2 dan past paper!!! yakin berkat ni kalo guna nota aku.

tak sempat lansung nk baca blog orang ,nak tulis blog sendirik,nak komen lagi.arghhhhhhhhh i wish to go home NOW!

p/s: sapa yang tak datang gathering memang rugi.best gila kot! gambar sila tgk facebook.

Wednesday, 1 July 2009

hari ini20- macam nak gila

hari ini aku dah belajar skill baru.skill ni untuk orang yang jenis tak ada perasaan hati batu sahaja.nak tau apa?hahaha skill tidur 12 jam tanpa henti,bangun makan minum atas katil sambil dengar-layan lagu rock kapak scoin stings bpr sampaikan spin pun aku layan.masyallah..perit telinga dengar suara achik.

aku tak tahulah macammana orang yang takde kerja hidup.punyalah aku tak ada kerja tak buat apa apa,sekadar kadang-kadang tolong orang angkat barang,bawak kawan kawan yang datang leeds berjalan,shopping ,tengok wayang dan masuk hari ni dah macam siot gila aku rasa.waaaaaa aku nak masuk maktab!(aku pun tak percaya sekarang aku tengah meraung-raung nak masuk maktab)

semalam kacip dah betolak ke london,tidur di airport katanya.ma ngan abah nak datang mestilah kacip happy.satu kacip pergi,satu lagi sudah balik dari rome.wah wah dah macam janet jackson aku tengok(aku abaikan pasal m.j yang fake-kan kematian dia).muka belang2 tangan belang2 kaki pun belang2.aku saja yang mantain putih.satu saja aku tak puas hati! takda souvinir pun untuk aku,orang pergi umrah pun bagi air zam zam tau.siap minyak atar lagi(rasa nak merajuk la)...kacip sorang lagi(kacip baru kalau korang perasan) pulak dah start pergi hospital bla bla semoga selamat berjaya.aku doakan ko nih!

esok nak pergi nottingham untuk gathering tu(aku tau dah ramai orang syak aku ada buah kat sana,selalu sangat pergi sana).aku sudah berjaya pujuk fiza ngan ain pergi.punyalah jual mahal budak-budak ni.padahal bukan jumpa sapa pun.classmate diorang juga.hehhehe oklah aku nak g mandi.rasa macam dah tak tahan gila duk atas katil ni.i need to get up. daaa xoxo