Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 11 October 2010

lagi pasal aku dan dia..

seandai kau tahu, apa yang ku mahu...
mahukah dirimu tuk mendekatiku...
dan aku tak bisa memaksa dirimu walau dalam tidur..
ku kan menantimu hingga akhir nanti..

awak masih ingat x? ini hadiah pertama awak untuk Birthday saya yang ke 19. ^___^ masih muda remaja lagi tuu.. sekarang teddy ni dah tua... hehe tp dia tetap comel dihati saya.

ni gambar yang awak jd photographernya.walaupon awak xada dalam gambar ni, tapi saya tau awak ada dengan saya. kita berdua je masa ni.pusing2 cari lapar di London. muaahhh. love u!


ni gaya nganga time makan. kenapa? nak saya suap ke? saya rindulah kat awak...terima kasih sebab masa ni b hanta ma ke Sabak.tq sangat sebab susahkan diri sendiri. pasni xnak susahkan b lagi...



dah berhabuk...

rasanya dah lama sungguh saya tak mengupdate blog.sibuk dengan exam final, sibuk dengan induksi... sekarang sibuk pula menjadi seorang CIKGU. 6___6 OMG! i'm a teacher already.sekarang ni saya sudah mengajar lebih kurang 2 bulan setengah dekat sebuah sekolah agama di Sabak Bernam.(oh nasib aku tak kena pergi Sarawak).

mula2 sampai kat sini hati agak kesayuan.. iyelah, jauh dari kampuang. namun begitu, terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak beri semangat esp Farhana Syahirah, Ainul Ilyani serta Shareza..hehhehe juga tak lupa kepada orang tersayang saya, En Anwar Faiz Othman. muahh really love u.

jap ek, saya bagi gambaran kehidupan saya sekarang...
ni masa pergi lapor diri di JPN selangor..

jamuan hari raya sekolah + perpisahan guru.oh ya tepi saya ni Farhana ^_^

Thursday, 3 June 2010

dari student mau jadi penjawat awam


alhamdulillah.. setelah sebulan berhempas pulas mencari kerja secara online, akhirnya orang kesayangan saya dah berjaya dapat kerja. saya pula yang lebih-lebih gembira. kenapa saya gembira? mestilah kerana saya yang menjadi tukang menulis email sampai naik kematu jari ni menekan key-board mencari kerja (iya! agak exaggerated disini).


tajuk kerjanya senang saja, seorang engineer di miyazu. tapi mendengarkan bahagian stamping saya jadi tertanya-tanya apa yang orang buat di stamping department ya? bunyi nya macam cop setem saja. haha saya memang buta engineering biarpun orang disekeliling saya termasuk abah dan juga adik saya orang engineering.


saya pula sekarang berada di maktab johor bahru. arghh... hati masih memberontak kerana tak sampai dua minggu di rumah saya perlu lagi balik kesini. kalau untuk jalan-jalan seronok juga, ini ada kursus induksi selama hampir 3 minggu! saya tahu kursus ini penting untuk proses pengesahan jawatan nanti tapi otak saya sudah agak tepu untuk menerima apa-apa output lagi setelah habis final exam 2 minggu lepas.


paling geram saya sudak tiada kereta lagi. rasa macam hilang sebelah kaki pun ada. sekarang hanya ikut orang dan sudi menumpangkan diri.hahaha semoga induksi ini cepat berlalu. amin..


saya agak merindui orang-orang yang jauh dari mata. harapnya kalau si dia ada kelapangan waktu, singgah2 la jenguk saya di sini.hehe. tambah lagi perkara menggeramkan. cuti sekolah ini saya terpaksa duduk di jb.jadi semua kenduri kawen kawan-kawan serta saudara-mara tak dapat saya pergi. ingatkan masa di UK saja saya tidak berpeluang. nampaknya tahun ini pun sama. baiklah, saya akan anggap bahawa saya sekarang sedang menikmati musim luruh di taman bunga Leeds.