1-kenapa bila waktu dia marahkan aku,aku tercari-cari kemaafan darinya.
2-kenapa bila dia sudah mula mahu pujuk aku jadi jual mahal hati keras jiwa batu.
3-kenapa bila ada orang cuba berbudi bahasa ringan tangan hendak tolong,aku akan ada perasaan negatif yang dia hendak tolong kerana inginkan balasan.
4-kenapa bila aku rindu aku akan jeling-jeling telefon 2 minit sekali,dalam otak ada beribu-ribu perkara yang hendak aku katakan tapi bila si dia sudah call,aku cuma terkeluar "ok,tak apa".
5-kenapa aku selalu tersenyum setiap kali si dia janji perkara-perkara yang manis padahal aku sedia tahu yang semua tu hanya bertahan paling lama pun 2 3 hari.
6-kenapa aku jelik tengok orang lain bahagia.tak cukup bahagiakah aku selama ini.
7-kenapa aku tulis ni?aku pun tak tahu.ini lagu yang tengah kacip dengan emosi aku
3 comments:
owhsss...ko jgn jelik tengok aku bahagia sudah.
hhaahaha
sbb kita wanita...emosi mengatasi fikiran...
mocha: xnampak depan mata takpe
haneem: i already got u ur LC.wanna c hah?
Post a Comment