aku sudah sedia.aku calit lipbalm sikit,aku sauk kasut putih cap anak anjing dan dengan penuh bergaya aku mulakan langkah.hari ini pukul 9.30 pagi baru aku dengan kacip keluar rumah.bukannya jauh pun manuel centre dari rumah aku,lebih kurang sekilo tolak 327 meter saja maka tak perlulah aku kayuh basikal,lagipun tak manis pula kalau aku tinggalkan kacip aku jalan seorang diri.kalau jadi apa apa dekat dia,kau mahu jawab? mesti sempat sampai.ujian arab aku sepatutnya mula pukul 10 pagi.
sudah separuh jalan tiba-tiba kacip tanya aku bawa student card atau tak.biar betul bai..dah separuh jalan ni baru nak cakap.apa boleh buat,maka sekuat hati aku lari balik rumah ambil kad.sudah sampai depan pintu aku cari-cari kunci dalam beg.tak sampai 2 saat aku sudah nampak id aku ada dalam beg,terselit di celah-celah nota arab.aku karate pintu masa tu jugak.buat penat saja.
dan kami teruskan perjalanan nak pergi exam.orang-orang yang sengih2 aku tak layan,orang-orang yang jeling2 aku tak ambil port.aku ada misi penting harini.misi dapat seratus arab.aku genggam padu tangan.dari jauh lagi sudah nampak kelibat budak kelas arab aku,roberto.dari gaya sengih aku syak dia baru balik jumpa susan boyle.aku jadi tak puas hati.dengan senyum plastik aku tanya dia
how was it?
well it was easy.it was exacly the same as last time.so yeah..it was good
hek eleh..kecoh!makcik jual goreng pisang depan rumah aku pun tak pernah cakap susah setiap kali keluar dewan peperiksaan.aku jadi panas.akhirnya sampai giliran aku.gila apa nak ambil ujian aku tak gentar lansung.muka steady je.part role plays memang kacang.part essay lagilah kacang.tingal soalan yang terakhir.aku memang yakin harapan untuk aku dapat seratus sudah dalam gengaman.
umr akhi thalatha wa ishriin sanaa
solid aku jawab.tapi aku rasa macam tak ngam,macam ada yang tak kena dengan jawapan aku tu.tutor aku pun sudah buat muka toya campur sengih semacam.bila aku fikir-fikir balik memang sah aku salah bagi jawapan.orang tanya adik dah kahwin ke belum aku pergi jawab umur adik aku pulak.gampang!!
dengan suara yang tersekat-sekat aku jawab afwan bila sandra kata syukran sambil hempas pintu halau aku keluar.hancur harapan aku nak bawa balik trofi dapat seratus hari ini..
1 comment:
hehehe...xpo...at least u learn sumtin from it =)
Post a Comment