Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 31 October 2010

hari ini 27

sebagai seorang wanita aku agak mempunyai masalah dalam memahami otak serta cara pemikiran makhluk berhalkum.ini menyebabkan hubungan aku dengan kaum ini kurang lancar, malah setiap conversation pasti berakhir dengan perbalahan ataupun perang mulut.

contohnya bila aku bercakap pasal kahwin, si dia mesti xmau layan.malah sering mengubah topik perbincangan.bila aku suarakan ketidakpuasan hati,dengan bersungguh-sungguh si dia akan menafikan.katanya,tak pernah pun dia alih topik bila bercakap dengan aku.

paling aku tidak faham si dia paling takut untuk menyuarakan hal kahwin dengan famili.seolah-olah cinta kami adalah cinta terlarang ataupun cinta budak hingusan yang masih belum layak untuk bercakap isu kahwin.come on lah, im 24 already!orang lain tidak keterlaluan untuk aku katakan, masing-masing sudah mengelek 2 3 orang anak.

mungkin juga dia bukan jenis yang suka berkeluarga.not a family man.mungkin dalam waktu sekarang, dia selesa dengan hubungan bf-gf macam ni. entahla, aku pening memikirkan apa yang dia suka.kadang-kadang aku rasa yang dia hanya berpura-pura cakap teringin nak berkeluarga sebab nak gembirakan aku.aku tau dia sayang aku,mesti dia nak gembirakan aku.

memikirkan yang kami sudah lama begini (bf-gf) buat aku sakit hati.tambahan lagi kami berdua masing-masing sudah kerja, lagi buat aku sakit hati.kawan aku yang sekelas dengan aku,khabarnya sudah nak kahwin bulan 12 ni.lelaki pulak tu, sama posting dengan aku.duduk sarawak pulak.lagila buat aku sakit hati, kenapa dia boleh buat tapi bf aku tak boleh.

mungkin ini yang aku kena hadapi sebab cari anak sulong.tapi rasanya member aku pon anak sulong jugak.entahlah, agaknya dia orang bandar.tak sama pemikirannya dengan orang kampung macam aku ni.kalau boleh nak settle down cepat-cepat,bela anak, beribadat kepada Allah dan tunggu mati saja.

fikir menda-menda macam ni buat aku rimas.kan dah tumpah nescafe ais aku atas meja... ^$%&**&*( grrr

Wednesday, 27 October 2010

macam celaka


salam, ini aisyah ke?

ya saya,sapa ni? (new fish ;P)

adalah.saya dapat no awal ni dari kawan awak.boleh berkenalan?

boleh.nak kawan apa salahnya.cakapla sapa yang bagi no saya ni.

edah.sori ya (celaka edah.berani kau)

awak tau tak? awak ni cantik orangnya.saya suka sangat (ermm..typcal)

terima kasih,saya biasa je.ramai lagi yang lebih cantik.

bleh tanya sikit?

apa dia?

dah ada boyfriend?

rahsia.hehhe

ala, cakaplah..

erm ada kot.

.........


.........

.........

........

.........

gampang.asal cakap ada boyfriend je terus senyap!

hari ini 26

1. tobat aku tak pernah main bola jaring seumur hidup aku.sekali kena kerah main,naik kejang seluruh badan aku.jalan mengangkang aje.

2. tengah aku khusyuk menanda kertas periksa,tiba-tiba dengar macam orang mengaum.ingatkan ada rimau jadian kat sekolah.oh,budak histeria rupa-rupanya.

3. oleh sebab aku sakit-sakit, aku lepas tension aku kat semua orang yang terdekat.dahla kalut ada cikgu buat taik,tak baca surat jpn ubah tarikh periksa.

4. masa menulis entri ni pun aku tengah menanda kertas he..

nak g sambung lah ni

Wednesday, 20 October 2010

cacing

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupandan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggelupur lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

p/s:macam gampang!!!.ops... xoxo

20102010

aku jadi terfikir, kenapa hari ni rasanya macam tak ada kerja langsung. aku bukak facebook pun tak ada satu benda pun yang menarik.last-last, aku menapak dengan langkah yang longlai ke kantin.aku dah agak, ramai kutu-kutu kat sini.sume duk melepak sambil berbincang isu-isu semasa,isu politik,serta cara nak meningkatkan mutu kerja masing-masing.

aku pun join sekali jugak.apa hal nak lepak air tak order.kering tekak aku duk berbahas.

"mek, air sirap satu!"

sambil-sambil tunggu air aku makan karipap.sedap! nanti nak order 13 balang.boleh bawak balik kampung.aku jeling jam di dinding.celaka! jap lagi kelas 1 Amal.teringat semalam aku dah bagi starlite(acara tarik sudu,lepas ke kepala) sorang satu. aku bajet hari ni budak-budak tu lebih berhemah harini.

sampai-sampai air je, aku rasa nak marah.rasa macam basi pulak air sirap nih.tapi air sirap basi ke? aku tak tunggu lama.masa tu jugak aku karate meja.double fuck! aku nak masuk kelas.

Monday, 18 October 2010

hari ini 25


10hb Oktober,

saya rasa sangat bahagia sebab awak datang hantarkan saya ke Sabak. Kita makan-makan, bergurau senda.Awak tau tak, awak orang yang sangat suka buat lawak, suka saja buat saya tergelak macam orang sakai.Tapi itu yang saya suka pasal awak.


Sebelum tu, kita berdua sama-sama menyusuri pantai BNO, oh, ikan yang suka duduk atas batu tu tak ada hari ni. kecewa! saya nak sangat tunjuk kat awak.mungkin awak kena datang lain kali untuk tengok ikan tu (saya lupa namanya, mungkin sebenarnya saya tak tahu.hehe)


pukul 8 awak dah nak balik.saya dah mula rasa rindu.saya rasa awak tak nampak yang saya menangis waktu melambai kereta awak.makin lama, kereta awak makin jauh.saya rindu!


weekend yang seterusnya awak pergi Port Dickson.ada kursus.dekat sana, awak selalu curik-curi call saya.malam pula kita bergayut macam orang mabuk bercinta. Saya bahagia.awak tak macam biasa.sibuk,tak ada masa, letih,cepat megantuk.iyelah, sekarang dah kerja,saya cuba paham.


sekarang awak dah kerja balik.no more calls, no more chatting through the nite.saya rindu awak yang dua minggu lepas.saya nak memberontak.saya cakap kasar ngan awak, saya asyik marah-marah.saya panas.tapi saya tetap rindukan awak.


saya tulis semua ni, supaya kita berdua takkan pernah lupa kenangan yang indah ni. saya tak tahu samada kita ada jodoh di masa depan. adakah saya akan jadi isteri awak, atau saya akan tamatkan zaman bujang saya dengan orang lain.tapi, saya harap bila kita baca nota ni... kita akan cuba belajar untuk mengharagai apa yang kita pernah miliki dahulu.

Sunday, 17 October 2010

carut

tangan aku laju menaip keyboard laptop yang agak lanjut usianya, sebelum dapat kat aku, rasanya dah pernah ada 8 tuan komputer buruk ni. jadi secara rasminya aku jadi tuannya yang ke 9.macam gampang, terlepas nombor ong-8.

keyboard memang terbaik.ko tekan 2 3 kali pun belum tentu keluar hurufnya.laju tak payah tanyalah, nak start program saja dari zuhur, sampai asar pon belum tentu boleh guna.tapi jangan kalut, laptop ni style lagi, bila kita tolak ke atas untuk bukak screen dia, siap ada bunyi tik tik tak lagi, menandakan bila-bila masa boleh patah dua screennya.

dalam hati aku menyumpah tak habis. cikgu-cikgu tua kau jangan cari, pukul 2 dah sampai umah.balik bagi susu kat anak kot.tak paham bahasa agaknya, waktu opis abis pukul 2.30. aku je yang berdedikasi balik tiap-tiap hari sharp 2.30.yang lain, haram...

pedih-pedih mata, aku pandang pula tivi kat atas almari.kecik je, tapi cukuplah buat hiburan di kala tengah hari macam ni. celaka, citer Alisa. cerita paling tak bertamadun abad ini. cerita alisa ni, ko miss la berapa minggu pun, bila tengok balik mesti kau rasa macam tak tertinggal apa pun.cerita lembab buat aku rasa nak hempuk meja je. tekak pun kering .

dalam kesamaran aku pandang depan, nampak kain putih. aku dah rasa tak sedap.takkan hantu pulak pakai kain sembahyang tengah hari buta macam ni.aku zoom lagi, oh..ustazah mai tengah semayang rupanya.patutla kejap ada, kejap tak ada kepala dia.

aku pun nak pergi sembahyang. dari tadi asyik mencarut saja.tak sempat nak angkat punggung, ada orang sound aku.

"wei, tak reti nak balik ke? "

cancel, sembahyang kat rumahla.

hari ini 24


hari ini...
terfikir-fikir kebahagian yang aku capai 2 3 hari yang lalu, mungkin sudat tamat tempohnya.
terpandang kuku tangan yang belum habis dipotong.
teringat pada orang kesayangan yang jauh.

berfikir-fikir bila aku akan dapat interview spp. mintak-mintaklah bukan sekarang. aku belum sedia.

agak keletihan .
terasa tapak tangan aku sangat kasar. mungkin patut pergi beli losen.

Wednesday, 13 October 2010

organ kumuh

suasana agak panas. tak perlu perhati betul-betul pon kau sudah boleh lihat deraian peluh mula menitis di dahiku.entah kenapa otak aku mula berfikir yang bukan-bukan, mula fikir yang karut -karut. sekali lagi aku jeling dia. ok, dia buat muka stern.aku tengok jam di tangan kiri aku, aku mula buat simple calculation. hmmm... lama lagi ni nak abis masa.

aku jeling dia lagi, " awak paham ke apa yang awak tulis ni?" dia gelak-gelak manja pula.hai, memang nak kena ni. puas aku cuba tahan diri supaya tidak mula menyumpah. aku tengok baju dia, ni mesti dari hari Senin pakai baju yang sama xbasuh. muka dia tak payah cakaplah memang berminyak habis, gaya mekanik baru lepas cabut tayar bas.

" kan saya suruh tulis organ perkumuhan, awak tak tahu ke? "

" apa pulak cikgu, betullah ni"

pandai pula dia jawab betul, dia ke aku yang jadi cikgu sekarang ni. bukan main lagi aku nampak dia duk bergurau senda kat belakang, main peluk-peluk ngan kawan-kawan.

melihatkan perkataan organ perkumuhan di whiteboard tu, tiba-tiba aku rasa nak senyum . tak sampai 5 saat lepas tu, aku karate meja.

Tuesday, 12 October 2010

mek?

"assalamualaikum cikgu "

"semekom cikgu "

"selamat pagi cikgu. Cikgu.. jawabla salam! "

ya ya saya jawab dalam hati. dalam hati aku duk pikir untungnya dapat sekolah budak-budak baik macam ni. aman hidup aku. hihi ada lagi segerombolan budak kat depan nampaknya.

"semekom cikgu"

" hai cikgu cantik, selamat pagi"

bagus betul budak2 ni. ni yang cikgu sayang nih.tiba-tiba..

"semekom mek" (' . .)

grr...macam c$#%&& ya ko panggil cikgu ko mek! nak amik sebijik cubit ketam aku
ngeh ngeh.. puas hati ^___^

not so relevent


" saya mahukan perempuan yang nak settle down sekarang, awak pula ada dia.."


err... apa maksud dia cakap macam tu? adakah dia cuba nak sedarkan diri saya ni yang saya sepatutnya pilih dia? yang saya sepatutnya tinggalkan bf saya untuk dia, yang menjanjikan satu perkahwinan segera untuk saya? ya, memang saya teringin sangat nak kahwin, tapi takkan nak kahwin suka2 hati dengan orang yang kita kenal gitu2 je.


kepada mr not-so-relevent saya hargai niat baik awak tu. tapi kenapa baru sekarang awak nak meluah perasaan. saya dah tua mcm ni baru awak cakap awak suka saya, rasa rugi tak mengorat saya.itulah, pernah dengar tak satu lagu yang sangat femes ni..


"jangan tunggu lama-lama

nanti lama-lama

dia diambil orang... "


saya dah kenal lama bf saya. Biarlah lama mana pun, saya akan tunggu dia. sebab saya dah tak boleh bayangkan hidup dengan orang lain.dari saya belasan tahun sampai saya dah separuh abad ni, saya hanya mengenali dan merasa cinta dia.no one else...


mr not-so-relevent, saya kenal awak pun sebab awak adalah orang yang telah menghancurkan impian cinta kawan saya. saya tau sampai sekarang pun dia masih tak dapat lupakan awak. dah hampir 5 tahn awak tinggalkan dia, tapi dia masih sendiri. mungkin dia boleh kata yang dia sudah lupakan awak, tapi buktinya till this very moment, she's all alone.awak tak tengok macam mana dia menderita. u turn her into something that i dunno.


dan bila awak cakap gf awak tinggalkan awak untuk x-bf dia, i know that was karma! is it a bad thing to think that way? i hav no idea. dan sekarang awak cakap awak suka saya? menda tu tak patut langsung terlintas di fikiran awak.


kepada sahabat2, janganlah menabur janji dan meninggalkan seseorang begitu saja, kerana esok lusa mungkin giliran kita pula..


p/s: u know u love me ^_^

Monday, 11 October 2010

lagi pasal aku dan dia..

seandai kau tahu, apa yang ku mahu...
mahukah dirimu tuk mendekatiku...
dan aku tak bisa memaksa dirimu walau dalam tidur..
ku kan menantimu hingga akhir nanti..

awak masih ingat x? ini hadiah pertama awak untuk Birthday saya yang ke 19. ^___^ masih muda remaja lagi tuu.. sekarang teddy ni dah tua... hehe tp dia tetap comel dihati saya.

ni gambar yang awak jd photographernya.walaupon awak xada dalam gambar ni, tapi saya tau awak ada dengan saya. kita berdua je masa ni.pusing2 cari lapar di London. muaahhh. love u!


ni gaya nganga time makan. kenapa? nak saya suap ke? saya rindulah kat awak...terima kasih sebab masa ni b hanta ma ke Sabak.tq sangat sebab susahkan diri sendiri. pasni xnak susahkan b lagi...



dah berhabuk...

rasanya dah lama sungguh saya tak mengupdate blog.sibuk dengan exam final, sibuk dengan induksi... sekarang sibuk pula menjadi seorang CIKGU. 6___6 OMG! i'm a teacher already.sekarang ni saya sudah mengajar lebih kurang 2 bulan setengah dekat sebuah sekolah agama di Sabak Bernam.(oh nasib aku tak kena pergi Sarawak).

mula2 sampai kat sini hati agak kesayuan.. iyelah, jauh dari kampuang. namun begitu, terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak beri semangat esp Farhana Syahirah, Ainul Ilyani serta Shareza..hehhehe juga tak lupa kepada orang tersayang saya, En Anwar Faiz Othman. muahh really love u.

jap ek, saya bagi gambaran kehidupan saya sekarang...
ni masa pergi lapor diri di JPN selangor..

jamuan hari raya sekolah + perpisahan guru.oh ya tepi saya ni Farhana ^_^