dan sepatutnya aku dengar apa yang Sarah ajar kat depan,tapi aku otak aku terlalu tepu.patut makan dadah baru boleh lebih fokus!
sampai je bilik,aku bukak email.hati aku tersentap.inilah yang aku tungu2 dalam seminggu nih! bil elektrik rumah aku dah sampai.orang yang rapat dengan aku sudah sedia maklum yang 3 bulan lepas..hampir seribu pound bil rumah ni.masa tu,rasa macam nak pindah senyap2 je dari rumah ni,sebab tak nak bayar bil.tapi mungkin miah akan dapat jejak kami guna radar,jadi aku cancel niat mahu lari.
kitorang ubah strategi.no more dryer,no more vacuum cleaner,no more everything.peti ais dua pun kami guna satu je.hasilnya..korang tengokla sendiri,malas aku nak cakap.aku dan syaza sempat menagis dalam dakapan masing2 sebab terlalu gembira.kihkih

harini juga aku exam listening untuk kelas arab, dan kelas aku memang macam sampah seperti biasa.Sandra harini mengamuk lagi,nasib baik aku tak sakit jantung dengar dia jerkah Aryan sebab makan chewing gum.dan chewing gum dalam mulut aku?terus hilang..tertelan beb!!!.lepas dengar dia bebel dekat sepuluh minit,exam pun mula,aku cuba fokus tapi otak dah tepu-pukul 5 masa tu.tengok yat macam cool je.cis!dalam hati menyumpah diri sendiri sebab tak fokus masa menghafal semalam.nak terkoyak kertas tu aku tenyeh,berharap datang ilham tapi gagal.padahal dari tingkatan 1 lagi aku belajar arab,sampailah tua bangka tingkatan 5.sekolah je bertingkat2,bodohnya berlapis2.(emo sebab tak boleh jawab).
patutlah masa spm dulu aku dapat c.tu pun aku agak terpana,ingat dah fail sebab masa exam tu aku ingat lagi,aku banyak salin balik je soalan arab tuh.huh..mungkin otak aku kecik,iyelah..kepala pun kecik! sudah nak hafal
belajar banyak2,yang ni aku paling ingat
anta mutazawwij?
apa lagi.jawabla.buktikan yang korang lagi bijak dari aku!!! dan balik tadi aku dah start selesama.teringat tadi masa exam aku duduk dekat dengan Francisca,and she's from MEXICO! mungkinkah....
tidak! tak nak selesema babi.teringat zaman kecik2 dulu ada selesema burung,lembu gila la..banyak betul.stupid animals..y they all get sick?? terfikir untuk jadi vegetarian xoxo