Semoga Allah merahmati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 6 April 2009

bila dia bersuara

ramai sukakannya.dikalangan teman teman, XY memang terkenal.mungkin kerana badannya yang agak sasa berbanding yang lain, atau mungkin juga kerana senyuman manisnya.dia tidak sombong,selalu tersenyum bila bertemu teman mahupun orang di sekeliling.kalau dilihat dari segi luarannya,dia seorang lelaki yang sangat sempurna.

tapi dia xpernah bersuara.dia tidak bisu, tapi tiada siapa pun pernah berborak dengannya.ah.. dia memang pelik dari yang lain.satu perkataan yang dia selalu sebut hanyalah

sejuk...
sejuk...

dan orang yang paling rapat dengannya hanyalah XX.sebagai seorang teman rapat,XX tahu, sejuk itu bermakna XY inginkan seorang teman dan satu pelukan yang penuh kasih sayang..satu pelukan semata mata.tiada perbualan, tiada apa apa.namun XX tetap menjadi teman yang setia walaupun hanya sepi yang mengisi ruang antara mereka.

tapi harini XY mula berkata2 dan kata-katanya juga sangat pelik.pada XX dia bercerita yang dia ingin membina sebuah rumah, dan dia ingin berkeluarga.katanya lagi,dia inginkan anak anak yang comel2.XX pening.kenapa tiba2 XY berkelakuan aneh?adakah dia diserang penyakit?sawan mungkin?akan dibawa XY berjumpa doktor.

mungkin XY cemburu melihat pasangan yang lain gembira bersama teman masing2.berjalan bersama2,makan bersama2 dan berlari bersama2 dibawah hujan.katanya, ingin sekali dia menendang mereka itu supaya jatuh dua2nya.arghh..XY memang pelik..kenapa baru harini ini dia meluahkan?

dan XX pun sebenarnya ingin sekali membaling kasut di kaki bila melihat kebahagian pasangan lain....tentang perangai pelik XY, akan XX tanya pada doktor esok.itu azamnya..

4 comments:

azrah said...

ni ape ni, certot eh? [certot = cerpen ketot] hehehe.. curi perkataan dari www.saharil.com.. cewahh sempat promote lagih.. saharil kena bayar aku komisyen camnih.. hehe

p/s: maybe kena tambah tiada kena mengena dengan yg hidup mahupun telah meninggal dunia, walaupun ada kaitan ;)

Aisyah said...

benda ni sorang je akan paham.tuan XY sendirik

Mocha Ghost said...

Pening ambo dengar cerita nie. Tapi rasanya cite ni tergantung kott. Maybe bleh di sambung supaya aku xrasa mabuk2 laut.

Anda telah ditagged.Xkira.hohohoho

keluarga 39 st johns close yg ada rhinitis said...

xy2 ni aku sensitip..teringat kt kyle xy aku..hihihi