Wednesday, 29 April 2009
perihal semalam
pukul 5.30 petang lagi aku dah kerah orang suruhan aku masuk dapur.ingat nak suruh dia potong sayur,potong bawang ke.aku kasi blend bawang sikit,cili kering sikit,nak bagi kaw.dah terbayang mee aku ni rasanya pedas2 sikit,manis2 sikit,masin2 sikit.nampaknya semua bahan dah sedia.udang ni besar gila,ada la sebesar genggam tangan aku.nampak gayanya mee jijan aku akan bakal jadi hit kat rumah ni.teringat masa muda2 dulu,aku selalu kempunan nak makan mee mamak.tapi kat kelantan mana ada mamak,kena tunggu balik shah alam baru boleh makan.kesian...duit pulak tinggal 2 ringgit je dalam poket,jadi aku kenalah wat muka manis dekat jejaka-jejaka target supaya nanti adalah orang volunteer nak belanja aku makan.itu je trick yang aku tahu.
memasak memang aku power.tak ada hal, cuma satu je masalah,berkaitan dengan orang suruhan aku.sakit mata betul tengok dia asyik pakai shower cap setiap kali masuk dapur.gila tak rock!ikut hati aku mahu je aku rentap cap tu,masuk tong sampah.tapi tak boleh nak salah kan dia.dia mana tahu etika nak jadi tukang masak hebat.reti makan dadah, beli dadah je.sebelum dia turun dapur,aku dah pastikan dia makan ubat sakit jiwa dia sebiji.supaya otak dia tegar!baru boleh tolong aku masak.
mee jijan ni macam dekat kedai mamak aku buat.masak satu-satu.perghhh kalau korang tengok mesti tak sempat habis baca entry aku ni,korang dah berlari-lari pergi cari mee jijan kat kedai.hahhahah aku punya special,ada telur.masuk kicap,masuk sos tiram.masuk minyak bijan(ni paling penting.tak ada bahan ni.hampeh!) masuk udang,sayur tauhu.kasi letak sayur sikit.siap!
aku panggil 2 orang suruhan aku.masa untuk makan,orang jepun kata-ittadakimaaas.kenapa aku suka tengok cerita kartun jepun?bukan nak kutuk kartun malaysia,tapi aku nampak,kartun jepun lebih banyak mengandungi mesej-mesej yang tersirat.tengok naruto saja sudah cukup.part lawan2 bukan banyak pun.yang banyak, berkisar tentang semangat,tentang daya saing,serta tujuan dalam hidup.kartun malaysia apa barang!kalau upin ipin tu,apa mesej dia?so forgetable.
balik pada cerita tadi,aku amik garfu,aku amik sudu.slurrpp.sambil suap mee masuk mulut,aku tanya dua-dua orang suruhan aku:
amacam,ada masyuk?lepas ni korang rasa aku boleh bukak kedai mee special tak?
sepi..dekat seminit aku tunggu.diorang buat senyap je.nampaknya dua orang suruhan aku itu agak dingin dengan soalan aku kali ini.tak guna!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wtfh!!!!jeles ko xde shower cap kan.......................
btw..tgn itu nmpk besar sekali..x edit beb
aku tahu maksud ko.ada benda lain yang nampak tidak besar kali ni.tahniah!
hahahahaha...kalau dah takde org komen tu...paham2 sudeh maksud dia..;))
Post a Comment